Author Suryani Atan
Title Analisis wacana kritis bilik darjah: Interaksi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah (Classroom Critical discourse analysis: Interactions in the teaching and learning of Malay language at secondary school)
Institute Thesis (Ph.D.) National Institute of Education, Nanyang Technological University
Year 2013
Supervisor Mohd Mukhlis Abu Bakar
Call no. PL5105 Sur
 
Summary

Tesis ini mengkaji wacana bilik darjah secara kritis terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di empat buah sekolah menengah di Singapura. Tesis ini bertujuan untuk melakukan deskripsi terhadap interaksi yang berlaku di dalam bilik darjah menerusi penganalisisan terhadap (i) penggunaan bahasa sebagai medium utama penyampaian pengajaran; dan (ii) hubungan kuasa serta pengaruh ideologi guru dalam pengajaran. Dengan itu, terdapat beberapa persoalan pokok yang menjadi teras kepada kajian ini, iaitu (i) apakah struktur interaksi yang diamalkan oleh guru-guru dalam data kajian semasa mengajarkan Bahasa Melayu; (ii) apakah bentuk kuasa dan ideologi yang diamalkan oleh guru-guru dalam interaksi pengajaran mereka yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu; dan (iii) bagaimanakah faktor kuasa itu boleh digunakan secara produktif oleh guru bagi meningkatkan pelibatan dan pembelajaran pelajar di dalam bilik darjah.

Tesis ini menggunakan Linguistik Fungsional Sistemik sebagai tulang belakang bagi Analisis Wacana Kritis dengan tujuan untuk melihat hubungan antara bahasa yang digunakan oleh guru-guru dalam kajian ini dengan kuasa dan ideologi serta amalan sosial. Unsur-unsur yang diambil kira ialah bidang, tenor dan mod, dengan tumpuan terhadap pemilihan leksikal atau perkataan, panggilan, modaliti, kongruensi antara jenis modus dengan fungsi bahasa, pelakuan berbahasa, giliran bertutur, serta tema tautan penghubung ayat dan panggilan, khususnya kata gantinama orang kedua. Kesemua unsur ini dilihat hubungannya dengan konteks, kuasa dan ideologi, serta amalan sosial. Menerusi bahasa yang digunakan dalam interaksi bilik darjah, kajian ini meneliti amalan kuasa dan pergelutan kuasa yang berlaku antara guru dengan pelajar sebagai partisipan dalam struktur sosial bilik darjah. Selain itu, kajian ini juga meneliti penggunaan kuasa yang produktif yang diamalkan oleh guru menerusi amalan memberikan kuasa dengan tujuan untuk memperkasakan dan mempertingkatkan pelibatan pelajar dalam pembelajaran. Ini termasuklah membincangkan peluang-peluang pembelajaran yang boleh dipertingkatkan menerusi amalan memberikan kuasa kepada pelajar.

This thesis is a critical discourse analysis of a classroom discourse in the teaching and learning of the Malay Language at four secondary schools in Singapore. The purpose of this thesis is to provide a description of the interactions that occur in the classroom for the teaching and learning of Malay Language through the analysis of (i) the language used as medium of instruction in lesson delivery; and (ii) the power relation and the influence of the teacher’s ideology in teaching. Research questions are as follows: (i) what is the interaction structure practised by the teachers in this research during the teaching of Malay Language; (ii) what are the forms of power and ideology that are practised by the teachers in their teaching interactions that influence the teaching and learning of Malay Language; and (iii) how can this power factor be used productively by teachers to increase students’ engagement and learning in the classroom.

This thesis applies the Systemic Functional Linguistic as the backbone of the Critical Discourse Analysis with the objective to study the relation between language used by the teachers in this research with power and ideology, and also social practices. The component that this thesis researched on are field, tenor and mode, with a focus on lexical or words choice, addressee, modality, congruency of the mood and speech function, speech act, turn taking, and conjunctive cohesion and addressee as theme, specifically the pronouns for second person. This thesis will investigate the relation of these factors with context, power and ideology, and social practices. Through the language used in the classroom interactions, this research analyses the practise of power and the power struggle that transpired between teachers and students as participants in the classroom social structure. In addition to that, this thesis also analyses the productive use of power by the teachers through the practice of empowerment with the intention to empower and increase students’ engagement in learning. These include the discussion on learning opportunities that could be increased through the practice of student’s empowerment.