Options
Masalah: Dua/tiga fonem selambang [Problem: Two/three consonant phonemes]
Citation
Muhammad Ariff Ahmad. (1992, May 29). Masalah: Dua/tiga fonem selambang [Problem: Two/three consonant phonemes; Radio broadcast transcript]. In Sari Bahasa. Singapore Broadcasting Corporation (SBC). https://hdl.handle.net/10497/20109
Author
Muhammad Ariff bin Ahmad
Abstract
Transkrip ini adalah dari siaran rancangan Sari Bahasa di SBC, W94.2 mengenai masalah dua/tiga fonem selambang. Dalam bahasa Melayu, boleh dikatakan semua istilah agama dan kebanyakan istilah kemasyarakatan dan keilmuan diambil dari bahasa Arab. Apabila Kongres Bahasa memutuskan untuk membakukan dan menyekatakan sistem ejaan rumi maka tulisan dan Ejaan Rumi telah dipersetujui untuk dijadikan tulisan dan ejaan bahasa Melayu. Walaupun asalnya sistem yang dipilih bagi pengejaan ialah sistem fonemik namun terdapat kesukaran mengikut sistem itu seratus peratus. Maka itulah terdapat sekarang fonem-fonem yang digambar dengan dua lambang seperti 'gh', 'kh', 'ng', 'ny' dan 'sy'. Terdapat pula satu lambang terpakai bagi dua fonem atau lebih, misalnya /t/ bagi melambangkan fonem 'ta' dan 'tho', /d/ bagi melambangkan fonem 'dal' dan 'dhot', /z/ bagi melambangkan 'tzal', 'zai' dan 'dzo' dan seterusnya. Fonem 'ain' dan 'hamzah' yang menjadi fonem pemuka sesuatu kekata tidak dihadirkan; hanya vokalnya dihadirkan tunggal, misalnya 'umur', 'ilmu, 'alam' dan lain-lain. Tetapi, jika 'ain' dan 'hamzah' itu menjadi fonem koda, iaitu fonem sekat, 'ain' atau 'hamzah' itu digambar dengan lambang /k/, misalnya 'rakyat', 'iklan', 'mukmin' dan seumpamanya.
Date Issued
May 29, 1992