Options
Tentang kekata: Memancing [About the word “fishing”]
Citation
Muhammad Ariff Ahmad. (1992, May 14). Tentang kekata: Memancing [About the word “fishing”; Radio broadcast transcript]. In Sari Bahasa. Singapore Broadcasting Corporation (SBC). https://hdl.handle.net/10497/20087
Author
Muhammad Ariff bin Ahmad
Abstract
Transkrip ini adalah dari siaran rancangan Sari Bahasa di SBC, W94.2, mengenai kekata 'memancing'. Apabila kekata 'pancing' itu terbentuk menjadi 'memancing' maka sinonimnya dengan kata 'mengail' sudah mula merenggang. Dalam hal menangkap ikan, 'memancing' dan 'mengail' masih sinonim. Tetapi, jika kekata 'memancing' digunakan pada hal yang lain seperti: 'memancing' rahsia, 'memancing' undi dan 'memancing' anak dara. Frasa yang mempunyai kekata 'memancing' itu tidak boleh ditukar dengan kekata 'mengail'. Orang Melayu di kampung, apabila kerongkongnya sakit ketika menelan makanan atau minuman, dikatanya kena sakit 'kail-kail'; tetapi orang Melayu di Singapura yang kebanyakannya berasal dari Indonesia, terutama dari Jawa, menyebut sakit 'kail-kail' itu dengan nama 'kepancingan'. Walaupun makna kedua kekata itu bersamaan tetapi bentuk katanya berbeza.
This transcript was delivered in a program Sari Bahasa broadcasted by SBC, W94.2 and is about the word 'memancing'. When the word 'pancing' is formed to become 'memancing', then the synonymity with the word 'mengail' becomes even distant. In terms of fishing, 'memancing' and 'mengail' are still the same. However, suppose the word 'memancing' is used on other things such as: 'memancing rahsia', 'memancing undi' and 'memancing anak dara'. In that case, the phrase with the word 'memancing' cannot be exchanged with the word 'mengail'. Hence the synonymity of the words 'mengail' and 'memancing' does not fit at all. Malay people in villages call the illness of sore throat as 'kail-kail' but the Malays in Singapore, mostly from Indonesia and mainly from Java, call the sickness 'kail-kail' with the name 'kepancingan'. Although the meaning of both words is the same both forms are different.
Date Issued
May 14, 1992