Options
Bahasa evaluatif dalam wacana akhbar Melayu = Evaluative language in Malay newspaper discourse
Loading...
Type
Thesis
Author
Suhaini Sarikon
Supervisor
Paitoon M. Chaiyanara
Roksana Bibi Abdullah
Abstract
Tesis ini merupakan suatu kajian tentang wacana akhbar bahasa Melayu. Dua jenis akhbar telah digunakan dalam kajian ini, iaitu Berita Harian/Minggu Singapura (BH S’pura) dan Berita Harian/Ahad Malaysia (BH M’sia). Artikel-artikel komentar sahaja telah dipilih sebagai bahan kajian selain memastikan bahawa ia berkaitan dengan pengeboman Pusat Dagangan Dunia di New York yang telah berlaku pada 11 September 2001. Kajian ini menghadkan kepada artikel-artikel yang mempunyai tema sedemikian kerana konteksnya yang sama.
Kajian ini berharap dapat menunjukkan deskripsi terhadap strategi yang dilakukan oleh akhbar menerusi penulis komentar itu terhadap pembacanya supaya pihak akhbar boleh menerapkan proposisi yang cuba dimajukan oleh mereka ke dalam diri pembaca. Pendeskripsian ini dilakukan berdasarkan pada dapatan analisis terhadap bahasa evaluatif yang terkandung dalam teks. Seterusnya, penafsiran dibuat terhadap sebab-sebab sesuatu penilaian dilakukan. Dan sebab-sebabnya berkaitan dengan latarbelakang pemerintahan sesuatu negara.
Kajian ini menggunakan Linguistik Sistemik-Fungsional sebagai dasar aliran linguistik untuk menghasilkan Kerangka Bahasa Evaluatif Pindaan. Kerangka ini mengupayakan bahasa evaluatif dalam wacana akhbar Melayu dikenal pasti. Entiti-entiti utama yang terdapat dalam kerangka yang juga menjadi entiti yang dianalisis merupakan bentuk ujaran, bahasa evaluatif, strategi atitud dan polariti. Bagi bahasa evaluatif itu sendiri, terdapat entiti-entiti lain, iaitu Atitud, Penglibatan dan Pemeringkatan.
Analisis di peringkat kedua pula meneliti perbandingan entiti-entiti tersebut serta unsur-unsurnya dari sudut pelaku sosial yang terdapat daripada kedua-dua akhbar. Dapatan menunjukkan bahawa pengganas dan Amerika Syarikat (AS) merupakan pelaku sosial yang menerima paling banyak penilaian dalam kedua-dua akhbar. Terdapat persamaan dan perbezaan dari segi penilaian terhadap sikap kedua-duanya menerusi Pengadilan dan bentuk ujaran menerusi suara luaran. Dapatan tentang pelaku-pelaku sosial lain seperti Osama bin Laden, Israel, masyarakat Islam dan Palestin juga menunjukkan perbezaan khususnya dalam sistem Pengadilan, sistem Pemeringkatan dan entiti-entiti lain seperti bentuk ujaran dan kemudiannya cara suara dalaman itu digunakan.
Dari segi Pengadilan, kedua-dua akhbar lebih banyak membuat pengadilan terhadap AS kerana status AS sebagai kuasa besar yang berpengaruh kuat dan status pengganas sebagai musuh dunia. Namun perbezaan dari segi Pengadilan pula berlaku apabila BH M’sia lebih kerap menunjukkan sokongan mereka terhadap AS kerana keperluan negara tersebut untuk mempunyai hubungan baik dengan AS menjadi lebih genting kerana hubungan tegang antara mereka sebelum ini. Dari segi suara luaran, persamaan berlaku kerana kedua-dua akhbar lebih banyak menggunakan sumber luar untuk menyokong tanggapan mereka terhadap AS berbanding pengganas kerana sama-sama mengakui kebesaran dan kekuatan AS, lantas peranan besar yang dimainkan oleh mereka dalam kesejahteraan kedua-dua negara. Namun perbezaan berlaku apabila BH S’pura tidak menggunakan suara luaran langsung terhadap pengganas kerana keperluannya untuk menilai lebih langsung.
Dapatan tentang pelaku-pelaku sosial lain seperti Osama bin Laden, Israel, masyarakat Islam dan Palestin juga menunjukkan perbezaan khususnya dalam sistem Pengadilan, sistem Pemeringkatan dan entiti-entiti lain seperti bentuk ujaran dan kemudiannya cara suara dalaman itu digunakan. Secara keseluruhannya perbezaan ini berlaku kerana pengaruh kuat cara pemerintahan kedua-dua buah negara.
Dengan menggunakan Wacana Kritis pula, entiti-entiti yang telah dianalisis, unsurnya serta pelaku-pelaku sosial yang terlibat telah dihubungkan dengan ideologi. Dapatan menunjukkan bahawa jumlah penilaian yang banyak telah digunakan terhadap pelaku-pelaku sosial tertentu kerana faktor-faktor yang berkaitan dengan keadaan pemerintahan kedua-dua negara. Di antara penilaian ini ialah atitud negatif terhadap pengganas yang banyak. Keadaan ini berlaku kerana pemerintah daripada kedua-dua negara amat menekankan usaha membanteras pengganasan di negara masing-masing. Pemerintah Singapura menekankan pembanterasan pengganas di negaranya menerusi penentangan terhadap perbuatan sekumpulan orang yang telah menyalahgunakan nama Islam dan bukan penentangan terhadap agama Islam itu sendiri. Manakala pemerintah di Malaysia pula menentang pengganasan kerana berpendirian bahawa fahaman Islam mereka salah dan menyimpang, sebaliknya memajukan fahaman Islam di Malaysia yang progresif. Kedua-dua akhbar juga lebih banyak memberikan atitud negatif terhadap Osama bin Laden. Hal ini berlaku kerana pemerintah daripada kedua-dua negara tidak menyetujui tindakan yang diambil olehnya demi mempertahankan nasib orang Islam di seluruh dunia.

Date Issued
2021
Call Number
PN5449.S55 Suh
Date Submitted
2021