Options
Uchapan penutup oleh Muhamad Ariff Ahmad [Closing speech by Muhammad Ariff Ahmad]
Other titles
Ucapan penutup oleh Muhamad Ariff Ahmad
Citation
Muhammad Ariff Ahmad. (1963). Uchapan penutup oleh Muhamad Ariff Ahmad [Closing speech by Muhammad Ariff Ahmad; Speech transcript]. https://hdl.handle.net/10497/21178
Author
Muhammad Ariff bin Ahmad
Abstract
Ucapan ini adalah daripada petikan ucapan Muhamad Ariff Ahmad sebagai Ketua 1 Asas 50. Beliau tidak dapat hadir dari awal kerana ada urusan lain. Ucapan ini telah disampaikan di simposium kedua Asas '50 dan diadakan dalam bidang perayaan Minggu Bahasa Kebangsaan Singapura. Simposium kedua ini dilakukan untuk mengemukakan serta membincang masaalah mengenai bahasa Kebangsaan. Tiga aspek perkembangan bahasa Kebangsaan akan dibicarakan dalam simposium ini dan tiga penceramah akan mengemukakan pendapatnya, masing-masing mengenai: pengajaran, amalan dan nilainya, serta pengaruh kesusasteraan bahasa Kebangsaan itu. Asas '50 telah memulakan langkah memperjuangkan tujuan bahasa Melayu sejak tahun 1950. Ucapan mengimbas kembali persidangan-persidangan dan kongres-kongres yang telah dihadiri Asas '50 dari mula ia ditubuhkan sehingga PTM mengistiharkan bahawa bahasa Melayu akan menjadi bahasa Kebangsaannya dan Singapura mengikuti ketetapan itu dengan pemakaian empat bahasa sejajar. Setelah diusahakan oleh pemerintah untuk memajukan dan menggunakan bahasa Kebangsaan mulai bulan Julai 1959, maka kerajaan telah mempamerkan angka-angka rasmi hasil usaha itu, iaitu jumlah orang dewasa bukan Melayu yang telah lulus bahasa Kebangsaan. Namun, daripada sambutan umum/rakyat, yang katanya sedia menumpukan taat setianya kepada negara kita ini, dapat kita mengukur tanggapan mereka terhadap bahasa kebangsaan. Penulis juga mengongsikan tentang adanya pendapat yang menyatakan bahawa bahasa kebangsaan kita itu tidak ada nilai ekonomi. Tetapi sebagai rakyat kita tidak harus bersikap hanya memandang keuntungan. Kalau kita mahu menjadi rakyat, kita mestilah sanggup mengalami segala yang dialami oleh negara.
This speech is prepared by Muhamad Ariff Ahmad as Head 1 of Asas '50. He was unable to attend earlier as he had other business to attend to. This speech was presented at the second symposium of Asas '50 and was held during the national Language Week. The purpose of the second symposium was to submit and discuss problems about the national language. Three aspects of national language development will be discussed by three speakers who will submit their own opinions on matters about: teaching, practices and values, and the influences of the literature of the national language. Asas '50 was formed with a purpose to the development of the Malay language since 1950. The speech recalls the conferences and congress meetings that Asas '50 participated from the beginning it was established until PTM declared that Malay language would be the national language and Singapore followed the resolution with the use of four parallel languages. Having been undertaken by the government to develop and use the national language from July 1959, the government then exhibited the official numbers to depict the efforts; i.e. the number of adults, who are non-Malays, and who passed the national language. But from the public/people's responses, who said that they are willing to be loyal to the country, their impressions and support towards the national language can be measured. The writer also shared about someone's opinion that stated that the national language has no economic value. But as citizens, we should not be just looking at the profit. If we want to be citizens, we must be willing to experience all that is to be experienced by the country.
Date Issued
1963
Description
Speech delivered at the Ngee Ann College Hall, 13 September 1963, Singapore