Options
Pelayaran Amerika Syarikat di tengah lautan warisan persuratan Nusantara
Loading...
Type
Article
Citation
Hadijah Rahmat. (2012). Pelayaran Amerika Syarikat di tengah lautan warisan persuratan Nusantara [Special ed.]. iJACH: The International Journal of Arts, Culture and Heritage, 1, 17-47.
Abstract
Khazanah persuratan Melayu tradisional adalah lautan luas yang amat besar nilainya tetapi belum diterokai dan diselami serta dimanfaatkan sepenuhnya untuk pembangunan masyarakat, negara dan manusia sejagat. Makalah ini membincangkan warisan persuratan Melayu di Amerika Syarikat, yang telah dibawa ke sana sejak awal abad ke-19 Masihi, melalui dua pelayaran sejarah yang utama Amerika di Asia Tenggara, iaitu pelayaran gerakan mubaligh Kristian dari Lembaga Suruhanjaya Misi Luar Negara Amerika atau ringkasnya A.B.C.F.M., (dari 1834-1843) dan Ekspedisi Wilkes, pelayaran sains Amerika yang pertama (1838-1842) yang telah singgah di Singapura pada tahun 1842. Beberapa hasil penelitian awal penulis di bawah Program Sarjana Pelawat Fulbright, dari November 2002 hingga Mei 2003, di Universiti California Berkeley, Houghton Library, Universiti Harvard dan di Library of Congress, Washington, akan dibentangkan. Hasil dapatan awal ini membuktikan bahawa pengkajian warisan persuratan Melayu di Amerika Syarikat ini amat penting untuk mengetahui jalinan sejarah antara Amerika Syarikat dengan Asia Tenggara, perkembangan bahasa dan percetakan awal Melayu, pergerakan mubaligh Kristian dalam sejarah persuratan, pendidikan Singapura dan Asia Tenggara umumnya.
Date Issued
2012
Publisher
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
Journal
iJACH: The International Journal of Arts, Culture and Heritage