Options
Forum Sastera Wanita KAMUS [KAMUS Women’s Literature Forum]
Citation
Muhammad Ariff Ahmad. (1992). Forum Sastera Wanita KAMUS [KAMUS Women’s Literature Forum; Speech transcript]. https://hdl.handle.net/10497/20369
Author
Muhammad Ariff bin Ahmad
Abstract
Ucapan ini disampaikan di suatu forum anjuran KAMUS dengan tema: sastera wanita - peranan dan cabaran. Forum ini membincangkan hal-hal yang bersangkut-paut dengan penulis-penulis wanita. Sekitar tahun 50-an, banyak penulis wanita seperti Wancik Abdullah, Rayuan Sukma, Ashikin Budiman, Djah Lelawati dan banyak lagi, memenuhi ruangan sastera majalah-majalah pada masa itu. Namun, kebanyakan daripada mereka tumbuh dan menghilang atau timbul dan tenggelam seolah-olah kehabisan daya upaya. Ada yang menulis sekadar untuk mendapatkan gelaran 'penulis' atau 'sasterawan' dan mula sibuk dengan kesibukan yang tidak perlu dan seterusnya memberikan alasan tidak ada masa untuk menulis. Ada juga yang berhenti menulis apabila menjadi isteri atau ibu sebab tanggungjawab sebagai isteri/ibu dikatakan begitu sibuk untuk mereka menulis dan yang berpindah bidang karya daripada sasterawan ke usahawan. Penyampai merujuk kepada penulis allahyarham Noor S I yang telah meninggalkan serangkai kata yang sangat berhikmat kepada penulis lain: ‘sekali jadi penulis kita mesti terus menulis hingga ke akhir hayat’. Penyampai yakin bahawa rahsia bagi Noor S I untuk berjaya menjadi penulis yang menulis hingga akhir hayatnya adalah dengan mengazamkan kemahuannya, direlakannya segala suka-duka pengalamannya menjadi penulis, diperkukuh ketahanannya dan diperhebat segala percubaannya. Jika penulis-penulis wanita, yang hadir di forum ini bersedia dan bertindak untuk menhadapi masalah dan cabaran yang dikemukakan, maka mereka akan lebih bersedia dan berperanan lebih besar dalam menghasilkan karya yang lebih baik menjalang abad ke-21.
This speech was presented in a forum organized by KAMUS with the theme; women writers - roles and challenges. The forum discusses on issues with women writers. Many women writers such as Wancik Abdullah, Rayuan Sukma, Ashikin Budiman, Djah Lelawati and many more wrote articles in popular literary magazines in the 50s. However, many have come and gone or disappeared seemingly due to their loss of interest or lack of effort in their work. Some turn to writing just to get the title of 'writer' and got busy with other things except writing thus giving excuses that they have no time to write. Some may stop writing when they get married or become a mother because of the responsibilities of a wife/mother and some shift their focus from writing to become publishers of other writers. The speaker refers to the late writer, Noor S I, who had left a lasting impression on other writers; once a writer, a writer must continue to write till the end of life. The speaker is certain that to be successful as the writer, Noor S I who wrote until the end of his life, a writer has to be resilient in the profession, accept the ups and downs of his experiences to be a writer, and to reinforce and intensify all his attempts. If women writers, attending this forum, are ready to act and face the issues and challenges presented, then they will be ready and have a greater role in creating good literary work towards the 21st century.
Date Issued
July 18, 1992
Description
Speech delivered at the Forum Sastera Wanita KAMUS, 18 July 1992,
National Museum, Singapore
National Museum, Singapore