Options
Citation
Muhammad Ariff Ahmad. (1988, July 15). M17 [Radio broadcast transcript]. In Nordin Kassim (Producer), Mestika Pusaka. Singapore Broadcasting Corporation (SBC). https://hdl.handle.net/10497/20433
Author
Muhammad Ariff bin Ahmad
Abstract
Transkrip ini adalah dari skrip M17 dari rancangan Mestika Pusaka dari siaran Radio 2, SBC dan adalah perbincangan peribahasa mengenai manusia. Kelainan sekitaran menjadikan manusia tidak sama; tidak sama sifat perangainya, tidak sama budi bicaranya, tidak sama daya upayanya dan, tidak sama pula mutu peribadinya. Peribahasa 'belakang parang diasah lagikan tajam' mengumpamakan bahawa seseorang walaupun bodoh, jika diajar dan diasuh dengan sempurna lambat laun menjadi pandai juga. Seperti peribahasa 'genggam bara api biar sampai jadi arang' menganjurkan bahawa apabila melakukan sesuatu pekerjaan hendak lah dikerjakan dengan sungguh-sungguh tapi jangan sampai 'berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi' yang mengungkap sikap orang yang segera berundur apabila menghadapi cabaran. Skrip ini membincangkan tentang peribahasa seperti: 'hidup pohon biar berbuah, hidup manusia biar berfaedah', 'hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati ', 'hutang semir belum langsai, hutang kajang datang pula' dan banyak lagi. Demikian pula halnya dengan peribahasa 'mengukur baju di badan sendiri' dimana tiap pekerjaan yang hendak dibuat haruslah sesuai dari segi kebolehan dan kemampuan. Sikap 'mengata dulang paku serpih; mengata orang aku yang lebih' atau 'mengata dulang bawak serpih, mengata orang awak yang lebih' menempelak seseorang yang gemar mencela atau mengata-ngata orang lain padahal dirinya sendiri lebih buruk daripada orang yang dikatai. Peribahasa 'berjalan pelihara kaki, bercakap pelihara lidah' atau 'berjalan selangkah mengadap surut berkata sepatah difikirkan' mengajari manusia supaya sentiasa memikirkan kelakuan dan perbuatan yang mungkin boleh membangkitkan persengketaan. 'Berjalan selangkah mengadap surut' bermakna menengok atau menoleh ke belakang. Maka untuk mengekalkan keharmonian dan keamanan orang bermasyarakat, kita disindir peribahasa dengan katanya 'berjalan sampai ke batas, belayar sampai ke pulau' yang mengajari manusia bahawa tiap yang dilakukan atau dikerjakan adalah mempunyai tujuan dan matlamat tertentu. Skrip ini membincangkan banyak lagi peribahasa lain.
This transcript is from the M17 script of the programme Mestika Pusaka from Radio 2, SBC and is about proverbs on human behaviour. Environmental differences make human to be different; different characters, different behaviours, not the same effort and not the same personal qualities. The proverb 'belakang parang diasah lagikan tajam' is likened to a person who even if stupid, when taught and nurtured properly will become smart sooner or later. Like the proverb 'genggam bara api biar sampai jadi arang' advocates that when doing a job, it should be done diligently but not till 'berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi' which reveals the attitude of some people who immediately retreat or give up when faced with difficulties. This script discusses proverbs such as: 'hidup pohon biar berbuah, hidup manusia biar berfaedah', 'hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati ', 'hutang semir belum langsai, hutang kajang datang pula' and many more. The proverb 'mengukur baju di badan sendiri' means that the job to be done must be appropriate in terms of abilities and capabilities of that person. And the attitude of some people who 'mengata dulang paku serpih; mengata orang aku yang lebih' or 'mengata dulang bawak serpih, mengata orang awak yang lebih' who likes to criticize or talk bad of other people even though he himself is worse than the person being criticized. The proverb 'berjalan pelihara kaki, bercakap pelihara lidah' or 'berjalan selangkah mengadap surut berkata sepatah difikirkan' teach people to always think of behaviors and actions that may cause conflict. 'Berjalan selangkah mengadap surut' means to keep looking backwards. So to maintain the harmony and peace of people in society, the proverb 'berjalan sampai ke batas, belayar sampai ke pulau' teaches human beings that everything that is done has a specific purpose and goal. This script discusses many other proverbs.
Date Issued
July 15, 1988