Options
Perbandingan sebutan hibrid dalam wacana lisan berskrip dan wacana lisan spontan di Singapura: Analisis fonetik
Citation
Mukhlis Abu Bakar & Maisarah Zulkifly. (2023). Perbandingan sebutan hibrid dalam wacana lisan berskrip dan wacana lisan spontan di Singapura: Analisis fonetik. Jurnal Bahasa, 23(2), 259-288. https://doi.org/10.37052/jb23(2)no3
Abstract
Sebutan Baku (SB) mula diperkenalkan di Singapura pada tahun 1993 menerusi pelaksanaannya dalam Kurikulum Bahasa Melayu dan media penyiaran bahasa Melayu. Sebutan Baku menggantikan Sebutan Johor-Riau (SJR) sebagai sebutan yang baku, khususnya untuk Bahasa Melayu Standard (BM Baku) dalam konteks formal. Penggunaan SJR sebagai sebutan bagi dialek Bahasa Melayu Kolokial (BM Basahan) dalam konteks tidak formal pula tidak terjejas. Kajian ini menerapkan analisis fonetik dalam penelitian kualiti SB pertuturan pemimpin politik, pembaca berita di televisyen dan pembaca berita di radio (n=15) yang semuanya membaca skrip. Sebagai perbandingan, kajian ini turut meneliti pertuturan spontan juruhebah radio (n=5) dalam konteks separa formal. Kajian menunjukkan bahawa sebutan responden yang membaca skrip tidak sempurna, dan bersifat hibrid (campuran antara SB dengan SJR). Antara puncanya termasuklah huruf “i†dan “u†pada suku kata akhir yang lebih sering disebut mengikut model SJR berbanding dengan SB. Pembaca berita di televisyen merupakan pengguna SB yang lebih tekal menggunakan SB walaupun tetap mencerminkan sebutan hibrid. Faktor sosial, seperti jantina dan pengalaman persekolahan dengan SB atau tidak, didapati mempunyai kesan, walaupun minimal, terhadap kualiti sebutan. Dapatan juga menunjukkan bahawa sebutan hibrid meluas ke luar konteks formal di luar domain SB. Kertas ini menawarkan perspektif terhadap kemunculan sebutan hibrid dan mengunjurkan prospek yang kurang baik bagi pencapaian SB yang sempurna di Singapura.
Date Issued
2023
Publisher
Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia
Journal
Jurnal Bahasa
DOI
10.37052/jb23(2)no3