Options
Bahasa Bawean di Singapura: Satu kajian pengalihan dan pengekalan
Loading...
Type
Book chapter
Citation
Roksana Bibi Abdullah. (2015). Bahasa Bawean di Singapura: Satu kajian pengalihan dan pengekalan. In Rohayah Mohd Lani & Sundusia Rosdi (Eds.), Masyarakat Bawean Singapura La-Ao-Be (pp. 41-58). Persatuan Bawean Singapura.
Abstract
Masyarakat Melayu di Singapura rata-rata mempunyai latar belakang yang rencam dan berasal usul dari pelbagai daerah di rantau ini, termasuklah Pulau Bawean. Kajian ini menyingkap sejauh mana bahasa Bawean masih mampu bertahan dalam konteks Singapura. Kajian ini juga telah memanfaatkan teori rangkaian sosial (social network theory) yang meninjau penggunaan bahasa yang dipilih oleh para responden sewaktu berkomunikasi dengan interlokutor dari pelbagai latar. Hasil pengumpulan data dari kelompok masyarakat Bawean dalam 3 generasi yang berbeza, bukti kukuh diperolehi di mana bahasa Bawean dalam konteks Singapura dapat dikelompokkan sebagai ‘endangered language’. Kelompok generasi ketiga secara keseluruhan tidak mampu menggunakan bahasa Bawean. Walau bagaimanapun, masyarakat Bawean merupakan golongan yang aktif menjalankan pelbagai aktiviti dan berusaha mengekalkan bahasa Bawean di Singapura.
Date Issued
2015
ISBN
9789810937997 (pbk.)
9789810937980 (hbk.)
Publisher
Persatuan Bawean Singapura