Options
Masuri S.N. sekilas pandang, seteguk air: Murid, guru dan pengetua istimewa
Citation
Kamsiah Abdullah. (2008, July). Masuri S.N. sekilas pandang, seteguk air: Murid, guru dan pengetua istimewa. Paper presented at the Seminar Masuri S. N (2008), Singapura.
Author
Kamsiah Abdullah
Abstract
Nama Masuri S.N. terkenal sebagai seorang penyair agung Dunia Melayu yang telah
mengharumkan nama Singapura, ternpat beliau lahir dan berkarya hingga ke akhir hayatnya.
Karya-karya beliau terutama sajak-sajaknya kerap dideklamasikan oleh para peminat seni
kesusasteraan Melayu di mana-mana diadakan majlis dan acara bahasa dan kebudayaan.
Namun ramai yang tidak begitu sedar bahawa Masuri S.N. atau Cikgu Masuri adalah juga
seorang pendidik yang berwibawa yang telah meninggalkan jejaknya yang istimewa dalam
dunia pendidikan.
Pengaruh beliau di kalangan teman-teman dan anak muridnya amat besar. Gelaran Cikgu
yang lebih akrab disebut dalam kalangan mereka walaupun mereka lebih maklum jiwa seni
guru mereka sebagai seorang penyair ulung yang telah mencapai tara£ mulia sebagai tokoh
Tun Seri Lanang dan Doktor Kehormat.
Kertas kerja ini akan cuba mengenali sekilas pandang sambil menyelami sekadar seteguk air,
wajah Masuri dalam kehidupannya sebagai seorang murid, guru pelatih, 'pegawai pelajaran'
lulusan dari SITC dan pengetua sekolah yang menyumbang sebagai seorang guru Melayu
dalam gerak kocak zaman persekolahan Melayu hingga ke akhir hayatnya. Detik-detik
sumbangan dan pengaruh sepanjang zaman daripada 1) semasa baru masuk ke sekolah, 2)
pelatihannya sebagai seorang guru, 3) perjawatannya sebagai guru muda di sekolah rendah
Melayu, 4) kemudian ke fasa sekolah Menengah dan akhirnya, 5) sebagai seorang pengetua
akan cuba diselidiki, dicerakin dan dipersembahkan.
Date Issued
July 2008
Description
This paper was presented at the Seminar Masuri S. N. (2008), held in Singapore from 26 – 27 Julai 2008