Speech Transcripts

Permanent URI for this collection

Browse

Recent Submissions

Now showing 1 - 5 of 78
  • Publication
    Open Access
    Uchapan pembukaan oleh Ketua Satu, Saudara Muhammad Ariff Ahmad [Opening speech by Chairman One, Mr Muhammad Ariff Ahmad]
    (1965)
    Muhammad Ariff bin Ahmad
    Ucapan ini adalah ucapan pembukaan oleh Ketua 1, dengan bertujuan untuk mengkaji perkara-perkara yang telah dan yang akan dijalankan oleh Asas 50 sebagai pertubuhan Bahasa dan Sastera. Tiap-tiap anggota Asas 50 mempunyai tanggungjawab terhadap Asas 50 dan beliau berharap akan dapat dikerjakan juga mana-mana projek yang bengkalai. Antaranya adalah kursus sastera yang dirancangkan yang bengkalai kerana tujuannya terlalu besar. Mungkin ia dapat dikerjakan jikalau dimulakan untuk dijadikan sebagai kursus untuk anggota. Sumbangan anggota Asas 50 dalam siri ceramah kebudayaan melalui Radio Malaysia di Singapura sangat ketara. Malangnya rancangan ceramah ini dihentikan pada bulan Julai dan Ogos dan apabila dihidupkan semula pada awal tahun 1965 pertubuhan-pertubuhan diminta menghubungi langsung penerbitnya kerana ia tidak lagi dikelolakan oleh LTK sebagaimana mula-mulanya. Diharapkan jawatankuasa akan membuat hubungan langsung kepada pihak Radio untuk Asas 50 beri sumbangan dalam siri ceramah-ceramah itu.
      139  44
  • Publication
    Open Access
    Ucapan disampaikan kepada Angkatan Karyawan Islam sempena terima Anugerah Tun Seri Lanang [Speech delivered at the Angkatan Karyawan Islam in conjunction to receiving the Tun Seri Lanang Award]
    (1993)
    Muhammad Ariff bin Ahmad
    Ucapan ini disampaikan di majlis penyampaian Anugerah Tun Seri Lanang anjuran Majlis Bahasa Melayu Singapura, 1993. Cikgu Muhammad Ariff Ahmad meletakkan dirinya sebagai pemelihara dan pemaju bahasa, persuratan dan kebudayaan Melayu. Berbuat baik kepada masyarakat adalah sebahagian daripada ibadah jariahnya. Beliau yakin yang segala usaha yang dikerjakan itu diberkati Allah SWT maka keberkatan itulah, barangkali, yang telah mendorong para penilai memilihnya sebagai penerima anugerah Tun Seri Lanang bagi tahun 1993. Beliau berharap Anugerah Tun Seri Lanang itu akan menjadi penggalak kepada sekalian penulis dan sasterawan, terutama penulis dan sasterawan muda untuk lebih serius, kreatif dan tekal dalam usaha menatarkan mutu persuratan kita sejajar dengan persuratan dan kesusasteraan dunia.
      308  37
  • Publication
    Open Access
    Ucapan terima kasih kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris anugerah Ijazah Doktor Kehormat di konvokesyen ke-8; 24 Ogos 2006 [Thank you speech to the Sultan Idris Education University for the Honorary Doctorate Degree award at the 8th convocation; 24 August 2006]
    (2006)
    Muhammad Ariff bin Ahmad
    Ucapan ini disampaikan oleh Cikgu Muhammad Ariff Ahmad di upacara anugerah Ijazah Doktor Kehormat di Konvokesyen ke-8, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Penyampai mengucapkan terima kasih kepada UPSI yang menganugerahkan ljazah Doktor Kehormat Persuratan kepadanya sempena majlis tersebut. Anugerah ijazah doktor ini merupakan penghormatan yang amat tinggi. Ia merupakan pengiktirafan terhadap kepakaran dan pencapaian si penerima dalam bidang kepakarannya. Cikgu Muhammad Ariff Ahmad berkongsi pengalaman pendidikannya dari zaman kanak-kanak hingga zaman pendudukan Jepun, zaman pentadbiran Inggeris dan juga semasa beliau menjadi guru pelatih. Beliau menyelesaikan pengajiannya pada Jun 1949, dan semenjak itu beliau menjadikan dua puisi untuk muhasabah diri, dan juga untuk memeriksa tiap langkah dan tindakannya sebagai guru, sasterawan, bahasawan atau budayawan.
      117  64
  • Publication
    Open Access
    Majlis penutup: Perkhemahan Sastera Pelajar Pra-U Tampines JC [Closing ceremony: Tampines JC Pre-U Students' Literary Camp]
    (2001)
    Muhammad Ariff bin Ahmad
    Ucapan ini disampaikan di upacara penutup perkhemahan sastera untuk para pelajar Program Bahasa Pilihan Melayu. Perkhemahan bertujuan untuk memperkenalkan, memupuk, memajukan serta memperkembangkan kesusasteraan Melayu dalam kalangan intelek Melayu di Singapura yang akan datang. Kaitan sastera dengan bahasa dan budaya amat rapat. Bahasa adalah perakam, pemangkin dan wahana sastera. Budaya pula adalah isi dan jiwa bagi sastera. Cikgu Muhammad Ariff Ahmad merujuk kepada watak Kitul dalam Hikayat Hang Tuah dan juga Sejarah Melayu yang mewakili orang yang gemar berbicara tentang apa yang mereka tidak tahu. Cikgu berpendapat bahawa masih ramai yang berbicara dengan menggunakan istilah yang mereka tidak fahami. Peranan penting ASAS 50 juga disentuh. Selepas penubuhannya, ASAS 50 telah berunding dengan penerbit-penerbit agar para penulis diberikan honorarium. ASAS 50 juga telah mengadakan forum untuk membincangkan slogan 'seni untuk seni' dan 'seni untuk masyarakat'. Dalam mesyuarat agung ke-46 (2001), ASAS 50 telah menyatakan rancangannya untuk mengadakan Akademi Sastera dan Hibah Sastera. Kedua-dua projek ini akan melibatkan kegiatan kesusasteraan di sekolah-sekolah rendah hingga ke peringkat Pra-Universiti. Cikgu Muhammad Ariff berharap khemah sastera ini dapat menggalakkan para peserta untuk mendalami pengetahuan bahasa Melayu di samping mengenali sastera dan budaya.
      323  82
  • Publication
    Open Access
    Majlis perasmian Anjung Budiman [Opening ceremony of Anjung Budiman]
    (1997)
    Muhammad Ariff bin Ahmad
    Ucapan ini disampaikan di majlis perasmian Anjung Budiman. Jawatankuasa Projek Anjung Budiman telah mengundang Cikgu Muhammad Ariff Ahmad sebagai penyampai mengenai 'Anjung Budiman dan Peranannya'. Penyampai menerangkan tentang usaha mencari nama untuk kumpulan warga tua, sebab nama Anjung Budiman digunakan, makna dan juga peranan 'Anjung Budiman'. 'Anjung' bermakna tempat orang beristirahat, duduk bersantai, mengambil angin segar, berbual-bual, bertukar-tukar fikiran. 'Budiman' pula merujuk kepada orang yang berbudi. Nama 'Anjung Budiman' digunakan sebagai nama kelab warga tua dan diharapkan menjadi lambang, simbol atau slogan kegiatan kelab tersebut. Penyampai mengesyorkan beberapa kegiatan yang boleh diusahakan, seperti mengumpulkan cerita-cerita lama dan bahan-bahan sejarah, membina hobi dan kepakaran para anggota, mengusahakan seni kraftangan, mengadakan kegiatan pembelajaran dan mengajar sesama anggota kelab dalam bidang duniawi dan ukhrawi. Penyampai berharap penganjur dan pengurus kelab akan pertimbangkan saranan-saranannya.
      115  81