Options
Perihal mengucapkan selamat [About greetings]
Citation
Muhammad Ariff Ahmad. (1997). Perihal mengucapkan selamat [About greetings]. https://hdl.handle.net/10497/20050
Author
Muhammad Ariff bin Ahmad
Abstract
Teks ini berkenaan dengan perihal 'mengucapkan selamat'. Budaya mengucapkan 'selamat pagi' dalam kehidupan orang Melayu Singapura baru mula diperkenalkan melalui murid-murid sekolah pada tahun 1930-an. Sebelum zaman itu, apakala orang Melayu bertemu sesama Melayu, ucapan yang dilafazkan ialah 'sala-malekom' dan dijawab dengan 'malekom-salam'. Ini adalah yang disebutkan sebagai 'assalamu alaikum' dan 'wa alaikum salam'. Jika orang yang ditemui itu orang bukan Melayu, maka ucapannya ialah 'tabik Tuan', 'tabik Toke' atau sebagainya. Ucapan 'selamat pagi' adalah terjemahan daripada ucapan Inggeris: good morning dan lumrahnya orang akan menjawab dengan jawapan 'pagi' atau 'morning' sahaja. Ucapan Selamat Pengantin Baru merupakan ucapan tahniah kepada suami isteri baharu sambil mendoakan mereka supaya panjang jodoh dalam keadaan aman sejahtera. Tidak ada ucap selamat kepada perkara yang tidak disukai seperti penceraian. Daripada ucapan Selamat Pengantin Baru, budaya Barat itu ditiru orang Melayu sampai kepada sambutan lain seperti: Selamat Hari Ulang Tahun, Selamat Hari Jadi, Selamat Maju Jaya dan lain-lain. Ucapan Selamat Hari Raya pula disampaikan orang sama ada melalui lisan atau dengan melayangkan kad.
This text is about 'mengucapkan selamat'. The culture of greeting 'selamat pagi' in Singapore Malays was first introduced through school students in the 1930s. Before this period, Malays greet each other with 'sala-malekom' and was answered with 'malekom-salam'. These are the greetings of 'assalamu alaikum' and 'wa alaikum salam'. If the person meets a non-Malay, then the greeting will be 'tabik Tuan' (salute Sir), 'tabik Toke' (salute Towkay) and so forth. The greeting 'selamat pagi' is a translation of the English greeting 'good morning' and usually people will answer it with the reply of 'pagi' or 'morning'. 'Selamat Pengantin Baru' is a congratulatory greeting for recently married couples and is a sincere prayer for them to have a long-lasting marriage. However, there is no greeting to things that people dislike, such as divorces. From 'Selamat Pengantin Baru', the western culture is copied by the Malays and other celebrations are included such as 'Selamat Hari Ulang Tahun', 'Selamat Hari Jadi' and 'Selamat Maju Jaya'. The Eid greetings of 'Selamat Hari Raya' are usually delivered verbally or using greeting cards.
Date Issued
March 20, 1997