Options
Perihal adat melangkah bendul [About step-over custom]
Citation
Muhammad Ariff Ahmad. (1997). Perihal adat melangkah bendul [About step-over custom]. https://hdl.handle.net/10497/20051
Author
Muhammad Ariff bin Ahmad
Abstract
Teks ini berkenaan dengan perihal adat 'melangkah bendul'. Adat 'melangkah bendul' itu bukan daripada ajaran Islam dan bukan juga perintah namun tidak pula ditegah. Adat semenda orang Melayu ialah pihak lelaki yang mencari, memilih dan melamar calon isteri dan pihak perempuan hanya menunggu. Jika anak dara yang dilamar itu mempunyai kakak yang belum bersuami atau belum bertunang, maka adat melangkah bendul diwujudkan dengan muafakat orang tua-tua Melayu lama. Upacara melangkah bendul itu dilaksanakan pada hari persandingan adiknya dengan cara yang teliti dan cara bersembunyi. Pemberian melangkah bendul itu bukanlah pampasan atau ganti rugi dan merupakan sepersalinan pakaian sebagai tanda terima kasih kepada si kakak. Adat ini tidak berlaku bagi abang-abang perempuan yang dinikahkan. Sistem mengaturkan jodoh sekarang dilakukan oleh diri yang hendak berkahwin itu sendiri. Maka tidaklah lagi timbul masalah siapa kahwin dahulu siapa yang kemudian. Sesuai dengan keadaan, kekata 'andartu' elok pula dipinda menjadi 'andartang' (anak dara yang cukup matang). Dengan memperkenalkan perkahwinan pada umur andartang, sistem kekeluargaan Melayu akan lebih mantap tanpa adat melangkah bendul.
This text is about the 'melangkah bendul' (step over) custom. This custom is not from religion and is not commanded, but it is also not prohibited. It is a Malay custom when choosing their spouses, the boy's family will be the one to seek, select and visit the candidates while the girls' family will wait for prospective grooms. If the girl who is proposed to have an older sister who is not married or not engaged yet, then the custom is implemented by consensus of olden Malays elders. The ceremony will be held on the wedding of the younger sister in a thorough yet subtle manner. The gifts given to the older sister are not compensation and consist of a set of clothes as a sign of gratitude to the elder sister. This custom does not apply to elder brothers of the bride. Following the current situation, the word 'andartu' means an old maid should be changed to 'andartang' which means a mature girl. By introducing the marriage at the age of 'andartang', the Malay family system will be more stable without this custom.
Date Issued
March 25, 1997
Related Source
Muhammad Ariff Ahmad. (1998, April 9). Cara orang Melayu lama hurai masalah 'andartu'. Berita Harian, 5.