Options
Tentang: Singkatan kekata [About: Word abbreviation]
Citation
Muhammad Ariff Ahmad. (1992, June 8). Tentang: Singkatan kekata [About: Word abbreviation; Radio broadcast transcript]. In Sari Bahasa. Singapore Broadcasting Corporation (SBC). https://hdl.handle.net/10497/20144
Author
Muhammad Ariff bin Ahmad
Abstract
Transkrip ini adalah dari siaran rancangan Sari Bahasa di SBC, W94.2 dan adalah tentang singkatan kekata. Selain daripada akronim dan kata singkatan, dalam tulisan Melayu terdapat beberapa kekata umum yang ditulis dengan ejaan singkat, misalnya 'yg' bagi 'yang', 'tsb' bagi 'tersebut', 'dll' bagi 'dan lain-lain', 'dsb' bagi 'dan sebagainya', 'dst' bagi 'dan seterusnya' dan yang seumpamanya. Kadang-kadang, ada orang yang tersalah guna antara 'dll' dengan 'dsb'. Singkatan 'dll' digunakan untuk merangkum yang lain-lain secara umum tidak kira yang sejenis atau tidak. Singkatan 'dsb' pula digunakan unruk merangkum yang lain-lain tetapi yang sama jenisnya sahaja. Ada pula singkatan yang dipakaikan garis miring antara huruf singkatan itu misalnya 'a/n' bagi 'atas nama, 'b/p' bagi 'bagi pihak' dan seumpamanya. Singkatan 'd/a' yakni 'dengan alamat' itu dipakai orang menggantikan singkatan 'd/m' yang terpakai masa dahulu dan bermaksud 'dalam maklum' yang merupakan terjemahan dari kata Inggeris 'c/o' (care of). Di Malaysia dilihat alamat tuanpunya lori atau teksi yang tertulis di pintu kenderaannya. Jika alamat itu bukan alamatnya maka alamat tuanpunya kenderaan itu akan ditulis selepas singkatan 't/a' yakni 'tumpang alamat'.
This transcript was delivered in a program Sari Bahasa broadcasted by SBC, W94.2 and is about word abbreviation. In addition to the acronym and abbreviations, in Malay writings, there are some common words that are written with the short spelling, such as 'yg' for 'yang', 'tsb' for 'tersebut', 'dll' for 'dan lain-lain', 'dsb' for 'dan sebagainya', 'dst' for 'dan seterusnya' and so forth. Sometimes, people there are misuse between 'dll' with 'dsb'. The abbreviation 'dll' is used to summarize all others in general no matter the same kind or not. The abbreviation 'dsb' is used to summarize all others but of the same kind. There is also another abbreviation that is applied with the slash in between the abbreviation letters, e.g. 'a/n' for 'atas nama' (on behalf), 'b/p' for 'for the party of' and so on. The abbreviation 'd/a' i.e. 'dengan alamat' (with the address) is used to replace 'd/m' that was used in the past and means 'dalam maklum' which is a translation of the English word 'c/o' meaning 'care of'. In Malaysia sometimes we can see the address of the truck or taxi that is written on the vehicle's door. If it is not the owner's actual address, then the address of the vehicle will be written after the abbreviation 't/a' which means 'tumpang alamat'.
Date Issued
June 8, 1992