Options
Kenang-kenangan almarhum Abu Yazid b. Abidin (Wijaya Mala) [Memories of the late Abu Yazid b. Abidin (Wijaya Mala)]
Citation
Muhammad Ariff Ahmad. (n.d.). Kenang-kenangan almarhum Abu Yazid b. Abidin (Wijaya Mala) [Memories of the late Abu Yazid b. Abidin (Wijaya Mala)]. https://hdl.handle.net/10497/20251
Author
Muhammad Ariff bin Ahmad
Abstract
Tulisan ini adalah mengenai kenangan2 almarhum Abu Yazid b Abidin (WIJAYA MALA) oleh Muhammad Ariff Ahmad (MAS). Almarhum Abu Yazid bin Abidin, yang lebih dikenali dengan nama penanya, Wijaya Mala, adalah seorang peraih getah di kampungnya di Bota (Boteh) Kiri, Perak. Dia berpindah ke Singapura dan bekerja sebagai pentahsih (proof-reader) bersama penulis Jymy Asmara di akhbar harian 'Melayu Raya' pada tahun 1950. Wijaya seorang yang lemah-lembut, sentiasa tersenyum dan banyak bertimbang-rasa sesama kengkawan. Suaranya yang halus beralun dan berlagu apabila berkata-kata menggemarkan hati orang yang mendengarnya dan dia jarang marah. Wijaya telah berumahtangga dengan bekas rakan sekerjanya di 'Melayu Raya', Cik Khatijah bt Suboh, dan tinggal di Geylang Serai. Wijaya telah mulai menulis semenjak tahun 1949 dan bekerja di 'Melayu Raya' semenjak 1950 tetapi baru menjadi anggota Asas 50 di September 1951. Wijaya pernah menjadi anggota Jawatankuasa Pengelola Asas 50 buat tahun kegiatan 1951-52 dan tahun kegiatan 1957-58. Dia berpindah ke Kuala Lumpur pada awal 1958 dan tidak aktif lagi sebagai anggota Asas 50. Pada tahun 1961 MAS telah mengunjungi Wijaya di kediamannya di Petaling Jaya dan perbualan tertumpu kepada hal2 keluarga. Pada masa itu hubungan mereka hanyalah terikat menerusi kad2 hari raya hinggalah MAS ketahui bahawa Wijaya telah meninggal dunia menerusi Berita Minggu (Singapura) pada 18 Mei 1980.
This article is about the memories of the late Abu Yazid b Abidin (WIJAYA MALA) by Muhammad Ariff Ahmad (MAS). The late Abu Yazid bin Abidin, also known by his pen-name, Wijaya Mala, was a rubber collector at his village in Bota (Boteh) Kiri, Perak. He moved to Singapore and worked as a proof-reader with the writer Jymy Asmara in the daily 'Malay Raya' newspaper in 1950. Wijaya is soft-spoken, always smiling and have a lot of considerations towards his fellow friends. He is rarely angry and when he does it will only be for a moment. Wijaya is married to his former colleague in 'Raya Melayu', Cik Khatijah bt Suboh, and lives in Geylang Serai. Wijaya has written since 1949 and worked in the 'Melayu Raya' since 1950 but only became a member of Basic 50 in September 1951. Wijaya has been a member of Jawatankuasa Pengelola Asas 50 for the activity year 1951-52 and activity year 1957-58. He moved to Kuala Lumpur in early 1958 and was no longer active as a member of Asas 50. In 1961 MAS visited Wijaya at his residence in Petaling Jaya and the conversation was concentrated to family matters. At that time their relationship was only tied through Hari Raya cards until MAS received the news that Wijaya had passed away through the Berita Minggu (Singapore) on 18 May 1980.