Options
Sekelumit kisah pra-lahirnya Asas 50 [The pre-beginnings of ASAS 50]
Citation
Muhammad Ariff Ahmad. (n.d.). Sekelumit kisah pra-lahirnya Asas 50 [The pre-beginnings of ASAS 50]. https://hdl.handle.net/10497/20252
Author
Muhammad Ariff bin Ahmad
Abstract
Tulisan ini adalah mengenai sekelumit kisah pra-lahirnya Asas 50 oleh Muhammad Ariff Ahmad (MAS) dia mengongsikan kisah Asas 50 yang bermula dari tujuannya untuk menyatukan penulis2 tanahair dalam sebuah persatuan. Umum mengetahui bahawa ASAS 50 dilahirkan pada 6 Ogos 1950 di rumah kediaman MAS tetapi tak banyak yang mengetahui sejarah sebelumnya. Apabila MAS dilantik menjadi salah seorang anggota jawatankuasa BPP/KGMS (Badan Penerangan dan Persuratan, Kesatuan Guru-guru Melayu Singapura), dia mencadangkan supaya KGMS mengambil inisiatif mengundang para penulis, pengarang dan ahli2 bahasa Melayu di Singapura, Johor dan negeri2 berhampiran, dengan tujuan hendak menubuhkan suatu persatuan atau ikatan untuk penulis2. Kerana proses mengusul ini memakan masa yang agak lama, MAS menunggu juga keputusan BPP/KGMS dengan hati berdebar. Pada 29 April 1950, beberapa orang pengarang, wartawan2 serta penulis budiman diundang oleh konsol Indonesia untuk bertemu-ramah dengan ahli bahasa Indonesia, Prof Sutan Muhammad Zain, yang telah berkunjung di Singapura. Dalam sesi tersebut, mereka (MAS, Masuri SN, Asraf, Hamzah, Jymy Asmara, Rosemera) telah diperkenalkannya sebagai penulis2 Angkatan 50. Itulah pertama kalinya kata 'Angkatan 50' disebut dan ia begitu mempengaruhi MAS untuk bergerak. Dengan galakan dari rakan2 penulis lain mereka bersetuju untuk mengundang penulis2 lain untuk bertemu. Pertemuan di rancangkan untuk diadakan di rumah MAS di Henderson Road dan Jymy Asmara, sebagai Punca Sahabat Pena, mengundang penulis2 yang menjadi anggota Sahabat Pena. Asraf mencadangkan penulis muda Kris Mas (Kamaluddin Muhammad) menjadi 'star' dalam mesyuarat itu. Apabila surat undangan telah diedarkan, MAS menerima undangan KGMS tentang usulannya di bulan Julai. Maka kedua-dua pertemuan penulis itu berlangsung dimana Asas 50 di lahirkan pada 6 Ogos 1950 dan pertemuan KGMS melahirkan Lembaga Bahasa Melayu pada 1 September 1950. Penulis menyenaraikan ahli2 anggota pengasas Angkatan Sasterawan 50 dan ahli jawatankuasa.
This writing is about the pre-beginnings of Asas 50 by Muhammad Ariff Ahmad (MAS) in which the writer shares the beginnings of Asas 50 with the purpose to unite writers from the homeland into an association. The public may know that Asas 50 was formed on 6 August 1950 at MAS's residential home but few may know the history behind it. When MAS was appointed as a member of the BPP/KGMS (Badan Penerangan dan Persuratan, Kesatuan Guru-guru Melayu Singapura), he suggested that KGMS take the initiative to unite writers, authors and linguists of the Malay language in Singapore, Johor and nations nearby, with the aim of establishing an association or a union for writers. Because the process of motioning such a movement is time-consuming, MAS had to wait out the outcome from BPP/KGMS. On 29 April 1950, several authors, journalists and writers were invited by the Indonesian consolate to meet-up with the Indonesian linguist, Prof Sutan Muhammad Zain, who was visiting Singapore. In the session, they (MAS, Masuri SN, Asraf, Hamzah, Jymy, Rosemera) were introduced as writers from Angkatan 50. That was the first time Angkatan 50 was formally called and this influenced MAS to take action. With encouragement from other co-writers they agreed to invite other writers to meet. The meeting was planned to be held at MAS's home at Henderson Road and Jymy Asmara, who was in charge of the 'Sahabat Pena' society, invited writers who were members of 'Sahabat Pena'. Asraf suggested the popular young writer, Kris Mas (Kamaluddin Muhammad), to be the 'star' of the meeting. When the invitation letters were distributed, MAS received KGMS invitation about his proposal in July. Thus both writers' meetings were held where Asas 50 was born on 6 August 1950 and the KGMS meeting produced the Lembaga Bahasa Melayu on 1 September 1950. The writer lists the name of members of the founding members of Asas 50 as well as the committee members.