Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/10497/20442
Title: 
Authors: 
Issue Date: 
9-Sep-1988
Citation: 
Muhammad Ariff Ahmad. (1988, September 9). M23 [Radio broadcast transcript]. In Nordin Kassim (Producer), Mestika Pusaka. Singapore Broadcasting Corporation (SBC). https://hdl.handle.net/10497/20442
Abstract: 
Transkrip ini adalah dari skrip M23 dari rancangan Mestika Pusaka dari siaran Radio 2, SBC dan adalah perbincangan peribahasa mengenai kehidupan manusia. Peribahasa 'menepuk air di dulang mercik ke muka sendiri' menyindir seseorang yang membuka atau mendedahkan keaiban saudara-maranya, tetapi pada yang sama dia juga beroleh malu kerana 'siapa yang makan lada dialah berasa pedas'. Manusia harus berhati-hati antara orang bersaudara kerana bicara dan bertindak sesuka hati ada resikonya sebab 'ikut hati mati, ikut resa binasa' dan 'sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa'. Peribahasa 'menepuk air di dulang...' tidak sama dengan 'membukakan pekung di dada' kerana 'pekung' melambangkan keburukan yang sukar disembunyikan ibarat 'bangkai gajah dapatkah ditudung dengan nyiru'. Untuk mengubah kejahatan menjadi kebaikan, seseorang itu apabila sedar akan perbuatannya harus segera bertindak ibarat peribahasa 'sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan', 'seperti pinang pulang ke tampuk' atau 'seperti sirih pulang ke gagang'. Peribahasa 'seperti pinang pulang ke tampuk' juga boleh diumpamakan sebagai orang dagang yang pulang balik ke kampung halaman atau sepasang suami isteri yang sudah bercerai, merujuk semula. Peribahasa 'seperti minyak dengan air' atau 'minyak dengan air bolehkah/adakah bercampur?' melambangkan keadaan orang kaya dan orang miskin dan ia mengungkap bahawa orang miskin tidak layak bergaul dengan orang kaya. Seperti juga peribahasa 'enggang sama enggang, pipit sama pipit' yang mengungkap bahawa tiap-tiap sesuatu itu haruslah dijodohkan dengan yang sama padan. Peribahasa 'enggang lalu ranting patah' mengungkap nabib malang orang yang biasa buat salah, apabila berlaku kesalahan di tempat dia berada, maka pada ghalibnya dia menjadi suspek utama. Skrip ini juga membincangkan peribahasa seperti: 'gaharu dibakar kemenyan berbau', 'kemenyan sebesar lutut, jika tiada dibakar manakan berbau?' dan lain-lain. Pepatah 'emas berpeti, kerbau berkandang', 'isteri berumah, anak bersekolah' mengingatkan orang untuk menjaga harta dan amanah mereka supaya selamat dan sejahtera miliknya. Kalau emas disepah-sepah, kalau kerbau dibiar merayau itulah alamat harta akan pupus. Memelihara isteri harus dirumahi dan memelihara anak harus disekolahi, jika ilmu dan harta dikendalikan dengan saksama maka selamatlah manusia hidup di dalam dunia. Skrip ini membincangkan banyak lagi peribahasa-peribahasa lain.

This transcript is from the M23 script of the programme Mestika Pusaka from Radio 2, SBC and is about proverbs relating to human lives. The proverb 'menepuk air di dulang mercik ke muka sendiri' is a satire for someone who reveals the shame of his own relatives, but at the expense of his own dignity because 'siapa yang makan lada dialah berasa pedas'. Humans must be careful between families because speaking and acting wilfully is risky because 'ikut hati mati, ikut resa binasa' and 'sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa'. The proverb 'menepuk air di dulang...' is not the same as 'membukakan pekung di dada' because 'pekung' symbolizes an ugliness that is difficult to hide like 'bangkai gajah dapatkah ditudung dengan nyiru'. To turn back what which has been done, a person who is aware of his evil acts should quickly behave as in the proverb ‘sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan', 'seperti pinang pulang ke tampuk' or 'seperti sirih pulang ke gagang'. The proverb 'seperti pinang pulang ke tampuk' can also be likened to a traveller who has returned to his hometown or a divorced couple who has gotten back together. The proverb 'seperti minyak dengan air' or 'minyak dengan air bolehkah/adakah bercampur?' symbolizes the disparity between the rich and the poor and it reveals that the poor are not worthy to mix with the rich. Like the proverb 'enggang sama enggang, pipit sama pipit' which reveals that everything must be matched with accordingly. The proverb enggang lalu ranting patah' reveals the unfortunate fate of the person who used always make mistakes so when something happens at the same place where he is, then normbally he becomes the main suspect. This script also discusses proverbs such as: 'gaharu dibakar kemenyan berbau', 'kemenyan sebesar lutut, jika tiada dibakar manakan berbau?' and many others. The proverb 'emas berpeti, kerbau berkandang', 'isteri berumah, anak bersekolah' reminds people to take care of their property and that which they are entrusted so that they will be safe and prosperous. If the gold is littered and the buffalo is allowed to wander, then their fortune will quickly be depleted. The wife should be provided with a home and the child should be schooled thus if knowledge and property are handled fairly then human beings will live safely and securely in the world. This script discusses many other proverbs.
URI: 
File Permission: 
Open
File Availability: 
With file
Appears in Collections:Radio Broadcast Transcripts

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
MAS-UM-153.pdf474.36 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open
Show full item record

Page view(s)

89
checked on Jan 30, 2023

Download(s) 50

70
checked on Jan 30, 2023

Google ScholarTM

Check


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.