Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/10497/20516
Title: 
Authors: 
Citation: 
Muhammad Ariff Ahmad. (n.d.). Kata seerti dan kata berlawan dalam bahasa Melayu [Synonyms and antonyms in Malay]. https://hdl.handle.net/10497/20516
Abstract: 
Artikel ini mengenai kata seerti dan kata berlawan dalam bahasa Melayu. Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang digunakan di sekolah-sekolah di Singapura kata seerti, kata berlawan dan kata berbilang makna telah dimasukkan sebagai satu daripada aspek tatabahasa yang harus diajarkan kepada murid. Sebelum Jun 1959, pembelajaran tentang kata seerti dan kata berlawan dilakukan dalam pelajaran kefahaman. Tetapi mulai Jun 1959, apabila pemerintah mengisytiharkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan maka ramai orang dewasa bukan-Melayu telah mendaftar diri untuk belajar bahasa Melayu. Untuk memenuhi tuntutan pelajar yang ramai, maka ramai orang Melayu yang bukan guru telah diterima sebagai pengajar di kelas-kelas bahasa kebangsaan itu. Satu kaedah mempercepat pelajar bahasa asing mengingati banyak kekata ialah dengan mengumpulkan kata seerti dan kekata berlawan. Oleh kerana kata seerti dan kata berlawan itu memang terbatas jumlahnya maka terdapatlah daftar kata berlawan yang sumbang ,misalnya: buku lawannya pensel, bumi lawannya langit, makan lawannya minum; dan sebagainya. Ini memberi semacam kekacauan dalam pembelajaran kata seerti atau kata berlawan pada ketika itu. Apabila timbul pula era baru yang di mana Bahasa Melayu itu hanya dipelajari oleh anak-anak Melayu sebagai bahasa kedua di sekolah-sekolah maka timbullah pelbagai pendapat untuk menepatkan pengategorian kata-kata seerti, seiras, berlawan, berpasang, bertimbal dan sebagainya. Untuk itu timbullah pencarian untuk menentukan definisi berdasarkan ciri-ciri kesamaan dan kelainan makna kekata-kekata itu. Definisi dan ciri-ciri itu nampaknya seakan-akan sudah dapat diterima umum untuk kita mengategorikan kekata-kekata ke dalam kumpulan-kumpulan tersebut. Kata seerti adalah dua atau beberapa kekata yang memberi erti dan maksud yang tepat dan betul-betul sama, misalnya: engkau seerti dengan awak, anda; emak seerti dengan ibu, induk, mami; buruh seerti dengan kuli, pekerja; dan sebagainya. Kata seiras adalah dua atau lebih kekata yang memberi makna yang hampir sama; barangkali sama ertinya tetapi berbeza maksudnya misalnya: lihat seiras dengan tengok, pandang, nampak; bagus seiras dengan elok, baik; sebab seiras dengan kerana, lantaran; dan sebagainya. Kata berlawan adalah dua kekata yang bertentang maknanya; makna yang satu menafikan makna yang lainnya misalnya: cantik berlawan dengan hodoh, gagal berlawan dengan jaya, suka berlawan dengan benci dan sebagainya. Kata berpasang adalah dua kekata yang sama nilainya tetapi berbeza sebutannya keran perbezaan jantinanya misalnya: ayah berpasang dengan ibu, abang berpasang dengan kakak, posmen berpasang dengan posnita dan sebagainya. Kata bertimbal itu adalah kekata yang sama nilainya tetapi berbeza sebutannya kerana perbezaan kedudukan atau keadaannya misalnya: langit bertimbal dengan bumi, laut bertimbal dengan darat, desa bertimbal dengan bandar dan sebagainya. Pada umumnya; kata berlawan, kata berpasang dan kata bertimbal itu kelihatan seperti sama tetapi pada keperinciannya ketiga-tiga golongan itu mempunyai ciri-ciri yang berbeza.

This article is about the use of synonyms and antonyms in the Malay language. In the Malay Language syllabus used in Singapore schools, synonyms, antonyms and words with multiple meanings; have been included as one of the aspects of grammar that should be taught to students. Before June 1959, the learning about synonyms and antonyms was done in comprehension lessons. However, starting from June 1959, when the government declared the Malay language as the national language, many adult non-Malays enrolled to learn the Malay language. To meet the demands of students, many Malays who were not trained as teachers were employed to teach the Malay language in the classes. One method which is used to speed up the learning of Malay language by foreign learners is to expand their vocabulary by remembering synonyms and antonyms. However, since the synonyms and antonyms are indeed limited in number, there came about a list of dissenting words that are inconsistent e.g: antonym of the book is the pencil, the antonym of the earth is the sky, the antonym of food is the drink; etc. This gives a kind of confusion in the learning of synonyms and antonyms at that time. Then came a new era that makes Malay language learners to be only from Malays and to be taken as a second language in schools. With that came the opinions to categorize words which are 'seerti' (synonymous), 'seiras' (identical), 'berlawan' (antonyms), 'berpasang' (paired), 'bertimbal' (comparison) and so on. Therefore, the search arises to determine the definition based on the characteristics of similarities and differences in the meaning of the words. The definitions and characteristics seem to be generally acceptable for us to categorize words into these groups. 'kata seerti' (synonym) is two or more words that give the exact and correct meaning and meaning, e.g.: engkau is 'seerti' with awak, anda; emak is 'seerti' with ibu, induk, mami; buruh is 'seerti' with kuli, pekerja; workers; etc. 'Kata seiras' (identical) are two or more words that give almost the same meaning; perhaps the same meaning but different meanings e.g.: lihat is 'seiras' with tengok, pandang, nampak; bagus is 'seiras' with elok, baik; sebab is 'seiras' with kerana, lantaran;; etc. 'Kata berlawan' is two words that have opposite meanings; one meaning denies the other meaning e.g.: cantik 'berlawan' with hodoh, gagal 'berlawan' with jaya, suka 'berlawan' with benci and so on. 'Kata berpasang' is two words that have the same value but different pronunciations due to gender differences e.g.: ayah 'berpasang' with ibu, abang 'berpasang' with kakak, posmen 'berpasang' with posnita and so on. 'Kata bertimbal' is a word that has the same value but different pronunciation due to differences in position or condition for example: langit 'bertimbal' with bumi, laut 'bertimbal' with darat, desa 'bertimbal' with bandar and so on. In general; the 'kata berlawan', 'kata berpasang' and 'kata bertimbal' are similar but upon closer examination, the three groups of words have different characteristics.
URI: 
File Permission: 
Open
File Availability: 
With file
Appears in Collections:Manuscripts

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
MAS-UM-181.pdf1.18 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open
Show full item record

Page view(s) 1

1,671
checked on Sep 27, 2022

Download(s) 50

75
checked on Sep 27, 2022

Google ScholarTM

Check


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.