Options
Cerpen-cerpen Melayu Singapura 1965-2004 : satu kajian pertumbuhan, perkembangan dan perubahan
Author
Muhamad Rafi Abu Bakar
Supervisor
Hadijah Rahmat
Abstract
Kajian ini menumpukan pemerhatian terhadap perkembangan, pertumbuhan dan perubahan yang berlaku terhadap cerpen-cerpen Melayu Singapura sepanjang tahun 1965 hingga 2004. Kajian ini juga bertujuan untuk memperlihatkan kesankesan pengkaryaan cerpen setelah Singapura berpisah daripada Malaysia dan mengenalpasti penulis-penulis Singapura yang produktif, penulis cerpen sepanjang zaman, penulis-penulis muda dan juga cerpen-cerpen yang telah dihasilkan dan tersiar di dalam akhbar Berita Minggu pada setiap hujung minggu daripada tahun-tahun 1965 hingga 2004. Untuk menganalisis cerpen-cerpen ini, satu direktori cerpen-cerpen sepanjang empat puluh tahun telah dapat dihasilkan. Cerpen empat dekad ini merupakan bahan utama kajian. Sejumlah 2021 buah cerpen telah tersiar sepanjang empat dekad ini.
Satu pendekatan eklektik yang menggabungkan tiga pendekatan telah digunakan bagi mendapatkan gambaran yang holistik mengenai perkembangan, pertumbuhan dan perubahan cerpen-cerpen Melayu Singapura selama ini. Pendekatanpendekatan tersebut adalah Pendekatan Historikal yang akan mengkaji aspek sejarah iaitu sejarah awal dan juga sejarah empat dekad kajian, Pendekatan Formalistik yang mengkaji aspek tema dan plot yang sering digunakan penulispenulis Melayu Singapura di dalam berkarya dan Pendekatan Sosiologi yang akan mengkaji aspek sejauh mana cerpen mampu mendokumentasi kehidupan masyarakat Melayu Singapura pada sesuatu zaman.
Analisis terhadap cerpen-cerpen Melayu Singapura ini menemukan sejarah penulisan cerpen Melayu Singapura yang bermula sejak kedatangan teknologi percetakan yang telah merubah wadah penceritaan di dalam masyarakat Melayu. Enam dekad pertama ( 1900-an hingga 1960-an ) merupakan dekad penyambung dan pemangkin tradisi sastera lisan masyarakat Melayu. Pada masa inilah, sastera lisan berubah bentuk menjadi sastera bercetak yang lebih dikenali sebagai cerpen. Empat dekad selanjutnya (1965-2004), menyaksikan bagaimana secara politik, Singapura menjadi sebuah negara baru yang berdaulat dan terpaksa membentuk identitinya sendiri. Hala tuju dan masa depan dunia penulisan Melayu Singapura harus dibentuk dan dibina penulis-penulis Melayu Singapura. Secara tidak langsung, usaha penulis-penulis ini bukan sahaja telah membentuk identiti sastera Melayu Singapura dan juga membina khalayak penulis dan pembaca. Cerpencerpen ini juga telah mendokumentasikan kehidupan masyarakat Melayu Singapura yang terpaksa melalui satu transformasi kehidupan kepada satu lagi transfomasi kehidupan yang lain.

Date Issued
2009
Call Number
PL5135 Muh
Date Submitted
2009