Options
Analisis wacana kritis : kuasa dalam bilik darjah satu kajian kes sekolah menengah di Singapura
Author
Effendy Ahmadi
Supervisor
Roksana Bibi Abdullah
Sanat Md Nasir
Abstract
Di dalam sesebuah bilik darjah, secara akaliah, guru menjadi pemegang kuasa. Guru menjadi penentu proses pembelajaran dan pengajaran yang akan berlaku di dalam sesebuah bilik darjah. Pengmanifestasian kekuasaan guru ini terlaksana melalui penggunaan wacana bilik darjah. Justeru itu, tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat kehadiran fitur-fitur kuasa linguistik dalam wacana bilik darjah khususnya dalam matapelajaran Bahasa Melayu bagi pelajar aliran Normal Teknikal, dengan menggunakan pendekatan Analisis Wacana Kritis (Critical Discourse Analysis) Norman Fairclough (2001). Pelajar Normal Teknikal dipilih kerana profil mereka yang dikatakan amat mencabar. Analisis kuantitatif akan dijalankan ke atas teks kajian dan proses ini diikuti dengan analisis kualitatif yang juga akan menggunakan dapatan daripada borang soal-selidik pelajar dan wawancara guru. Dapatan-dapatan analisis kuantitatif dan kualitatif ini dapat memperlihatkan siapa yang berkuasa dalam bilik darjah matapelajaran Bahasa Melayu yang disebutkan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa jumlah kehadiran fitur kuasa linguistik guru adalah sebanyak 845 fitur (54%) dan di pihak pelajar, sebanyak 728 fitur (46%). Min kekuasaan bagi guru ialah 0.28 sementara di pihak pelajar, 0.24. Sungguhpun jumlah ini menunjukkan bahawa kuasa dipegang oleh guru, analisis kualitatif telah menunjukkan beberapa implikasi penting terhadap aspek pedagogi timbul dengan kewujudan kuasa di pihak pelajar. Dengan itu juga, kajian ini telah berjaya menjawab tujuan kajian utama iaitu memperlihatkan kuasa dalam wacana bilik darjah dan juga kuasa yang dipegang oleh guru serta implikasinya.
In a typical classroom, by common sense, the teacher will be the one in power. The teacher is the individual who will decide the teaching and learning process that will take place in a classroom. The teacher’s power is manifested clearly through their classroom discourse. Thus, the main objective of this research is to identify and analyse the linguistic power features in a classroom discourse by using Norman Fairclough’s (2001) Critical Discourse Analysis. The chosen classroom discourse takes place in a Normal Technical stream Malay Language class. The Normal Technical class is of interest to the researcher because of their challenging profile. Quantitative analysis will be carried out on the data. This will be followed by a qualitative research which will be using data from the student’s survey and teacher’s interview. These analysis will be able to give light to the power play in the classroom discourse. The quantitive analysis has identified 845 teachers linguistic power features (54%) and 728 students linguistic power features. The power mean for the teachers is 0.28 while the students; 0.24. Although the mean values shows that the teacher is still in power, findings indicates that there are serious pedagogical implications on the linguistic power present in the students classroom discourse. Thus, this research has answered the main question that is raised pertaining to power in a classroom discourse and its implications on the students education.
Date Issued
2011
Call Number
P302 Eff
Date Submitted
2011