Options
Masuri S.N. dari jendela Arif Budiman dan pembinaan rumah manusia sejagat
Citation
Hadijah Rahmat. (2008, July). Masuri S.N. dari jendela Arif Budiman dan pembinaan rumah manusia sejagat [Paper presentation]. Seminar Masuri S. N., Singapore.
Abstract
Karya dan sumbangan Masuri S.N. sering dilihat dari sudut sastera dan sosial. Kertas ini membincangkan nilai karya Masuri dari jendela pendidikan, khususnya dalam konteks kurikulum bahasa Melayu yang baru di Singapura. Karya-karya Masuri pernah dijadikan teks sastera di sekolah Melayu pada tahun 1960-an dan 1970-an. Tetapi sejak penutupan sekolah aliran Melayu pada tahun 1980-an, karya beliau kurang diberi perhatian dan tidak mendapat tempat sewajarnya dalam kurikum dan pengajaran di sekolah. Karya-karya Masuri, khususnya sajak, perlu dinilai kembali, dipilih dan digolongkan mengikut tahap kesesuaiannya untuk mengisi visi dan keperluan kurikulum bahasa Melayu di Singapura dan diajar di sekolah dengan menggunakan pendekatan dan teori pendidikan yang terkini. Ini memerlukan perancangan program pendidikan bahasa, sastera dan budaya yang dinamik, teratur dan menyeluruh. Untuk memulakan usaha pembinaan program pendidikan karya Masuri yang disarankan, contoh-contoh rancangan pengajaran berdasarkan sajak-sajak pilihan beliau disediakan untuk membantu guru menggunakan pendekatan dan kaedah mengajar yang berkesan bagi mengisi matlamat kurikulum bahasa Melayu, visi Arif Budiman.
Date Issued
2008
Description
This paper was presented at the Seminar Masuri S. N. (2008), held in Singapore from 26 – 27 Julai 2008