Options
Tentang perimbuhan [About affixes]
Citation
Muhammad Ariff Ahmad. (1992, May 25). Tentang perimbuhan [About affixes; Radio broadcast transcript]. In Sari Bahasa. Singapore Broadcasting Corporation (SBC). https://hdl.handle.net/10497/20105
Author
Muhammad Ariff bin Ahmad
Abstract
Transkrip ini adalah dari siaran rancangan Sari Bahasa di SBC, W94.2 mengenai perimbuhan. Morfologi mengubah kata dasar menjadi kata bentukan dengan kaedah perimbuhan, pergandaan dan pergabungan. Dengan perimbuhan, kata-kata dasar itu dipakaikan awalan, akhiran, sisipan atau apitan. Ada kata-kata bentukan yang dipakaikan awalan dan/atau akhiran kedua. Morfem-morfem awalan bagi bahasa Melayu ialah 'ber', 'ter', 'di', 'ke', 'se', 'per', 'me' dan 'pe' misalnya 'songkok'-'bersongkok', 'ambil'-'terambil' dan sebagainya. Awalan-awalan dipakai tanpa mengubah fonem-fonem kata dasar kecuali awalan 'me' dan 'pe' dimana ada sikit perbezaan. Bukan semua kata bentukan yang berawalan 'me' dan 'pe' yang tidak berubah fonem kata dasarnya. Penulis menyenaraikan morfem-morfem tersebut. Jika fonem pemuka kata-kata dasar yang hendak dipakaikan awalan 'me' atau 'pe' itu lain daripada fonem-fonem tersebut tadi maka pengimbuhannya tertakluk kepada hukum penasalan. Kata-kata dasar seperti 'basuh' akan jadi 'membasuh, pembasuh'; 'dapat' akan jadi 'mendapat; pendapat' dan seumpamanya. Hukum penasalan ini adalah hukum asas yang umum, melibatkan semua kekata bahasa Melayu, sama ada yang asal Melayunya mahupun yang baru masuk Melayu.
This transcript was delivered in a program Sari Bahasa broadcasted by SBC, W94.2 and is about 'perimbuhan' or affixation. Morphology transforms base words into word formations using the methods of affixation, pluralisation, and compounding. With affixation, base words are applied with prefix, suffix, infix, or affix. There are even word formations that used both prefix and/or suffix. Morphemes that are the prefix for the Malay language is 'ber', 'ter', 'di', 'ke', 'se', 'per', 'me' and 'pe' for example 'songkok'-'bersongkok', 'ambil'-'terambil' and so forth. Some prefixes do not change the phonemes of the base words except for the prefixes 'me' and 'pe' where there are some differences. However, not all word formations with the prefix 'me' and 'pe' do not change the word phonemes. The writer listed these phonemes in the article. If the phonemes of the base words that is to be applied to the prefix of 'me' or 'pe' is other than the phonemes listed, then it is subjected to the 'penasalan' rules. Base words such as 'basuh' will be 'membasuh, pembasuh'; 'dapat' will be 'mendapat; pendapat' and so forth. This 'penasalan' rule is a common rule, involving all Malay language words, whether the word is originally Malay or newly invented words.
Date Issued
May 25, 1992