Options
Uchapan Ketua 1 di majlis diskusi nobel [Chairman 1 speech at the novel discussion event]
Other titles
Ucapan Ketua 1 di majlis diskusi nobel
Citation
Muhammad Ariff Ahmad. (1964). Uchapan Ketua 1 di majlis diskusi nobel [Chairman 1 speech at the novel discussion event; Speech transcript]. https://hdl.handle.net/10497/20981
Author
Muhammad Ariff bin Ahmad
Abstract
Ucapan ini disampaikan oleh saudara Masuri, sebagai Ketua 2 Asas 50. Tujuan yang tersebut dalam undang-undang Asas 50 adalah untuk mengadakan pengajian yang mendalam berkenaan dengan perkembangan kesusasteraan dan kebudayaan Melayu dari semasa ke semasa. Ia juga bertujuan untuk mempelajari sesuatu ciptaan, serta mencipta sesuatu yang baharu dan segar untuk memupuk dan menyuburkan kesusasteraan. Seperkara yang paling hangat dibincangkan pada masa lalu adalah mengenai perbincangan tentang faham ‘seni untuk seni’ dan ‘seni untuk masyarakat’. Kerana perbincangan-perbincangan yang jujur itu mengakibatkan perpecahan antara rakan-rakan seangkatan maka rancangan perbincangan telah diberhentikan sementara. Namun dalam peroses kedewasaan, pengalaman itu didapati menambahkan pengetahuan dan usaha-usaha begitu dimulakan lebih-lebih lagi sambutan daripada peminat-peminat sangat menggalakkan. Pertemuan kali ini diadakan untuk mengadakan perbincangan khas mengenai novel 'Tak ada jalan keluar', karya Suratman Markasan, seorang anggota Asas 50. Dan pada lain masa akan diadakan perbincangan novel yang serupa ini. Hadirin diajak berbincang sebegini supaya dapat sama-sama menggalakkan penulis-penulis novel yang lain untuk menaikkan mutu penulisannya. Sebelum rancangan perbincangan dimulakan, ucapan terima kasih diberikan kepada penganjur dan penerbit yang telah menyediakan tempat perbincangan, hadiah buku untuk penyemakan, penggunaan pejabat untuk menjalankan urusan menyelenggarakan perkara-perkara yang bersangkut paut dengan majlis ini dan lain-lain.
This speech was presented by Masuri, Head 2 of Asas 50. The purpose of Asas 50 as indicated in the laws guiding the establishment of Asas 50 is to conduct in-depth studies in regard to the development of Malay literature and culture from time to time. This also means to learn about a new creation and creating something new and fresh to nurture and nourish Malay literature. In the past, one of the hot topics that was discussed was about understanding art for art (seni untuk seni) and art for society (seni untuk masyarakat). The honest opinions in the discussion resulted in a split between members and these discussion sessions were temporarily stopped. However, in the maturing process, the experience led to increase in knowledge and efforts were made to continue such discussions especially when response was very encouraging. This meeting was held to hold a special discussion on the novel 'Tak ada jalan keluar', written by Suratman Markasan, a member of Asas 50. There will be other times when discussions such as this will be held to discuss other novels. Discussions such as these will help to encourage other novel writers to improve the quality of their writings. Before discussion begins, speaker express his appreciation to the organisers, sponsors as well as others who have assisted towards organising this event.
Date Issued
January 11, 1964