Options
Kanak-kanak dwibahasa Melayu belajar membaca menggunakan buku dwibahasa
Citation
Mukhlis Abu Bakar. (2016). Kanak-kanak dwibahasa Melayu belajar membaca menggunakan buku dwibahasa. In Prosiding Persidangan Antarabangsa Pengajian Alam Melayu (pp. 164-185). Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia; School of Oriental and African Studies, London.
Abstract
Dalam sistem pendidikan Singapura, dua bahasa wujud secara berasingan: bahasa Inggeris bahasa pengantar bagi semua mata pelajaran isi seperti Matematik dan Sains manakala bahasa ibunda dipelajari sebagai satu mata pelajaran. Kajian antarabangsa menunjukkan bahawa sistem seperti ini dalam suasana kehidupan masyarakat yang mengutamakan bahasa Inggeris bukanlah sistem yang terbaik untuk menghasilkan pelajar yang selesa dan cekap berdwibahasa. Kadar kanak-kanak Singapura yang lebih kerap menggunakan bahasa Inggeris di rumah daripada bahasa ibunda telah meningkat tahun demi tahun, menjejaskan pelestarian bahasa ibunda sebagai bahasa seharian. Kajian yang dilaporkan dalam kertas kerja ini menyelidiki cara buku dwibahasa digunakan dalam usaha mengembalikan minat dan keupayaan membaca dalam bahasa Melayu di kalangan kanak-kanak Melayu. Ia meneroka nilai strategi yang melibatkan kanak-kanak prasekolah dan keluarga mereka membaca bersama dalam bahasa Melayu dan Inggeris menggunakan buku dwibahasa. Sepuluh kanak-kanak tadika menyertai sesi membaca dengan ibu bapa mereka di rumah dan dengan rakan-rakan di sekolah selama enam bulan. Analisis nota lapangan dan data temu bual menunjukkan bahawa kanak-kanak sedar akan perbezaan morfologi, fonologi dan ejaan antara bahasa. Penggunaan strategi merentas bahasa termasuk amalan dwibahasa yang meliputi alih kod, terjemahan, dan pembinaan kosa kata dwibahasa. Satu kekuatan khusus buku dwibahasa ialah cara ia membantu kanak-kanak membaca dalam bahasa yang lemah. Walau bagaimanapun, peranan ibu bapa penting dalammemberi sokongan beterusan agar anak-anak berminat terhadap bahasa warisan mereka dalam suasana yang mana kanak-kanak ini sudah mula tidak menggunakan bahasa tersebut secara aktif.
Date Issued
2016