Options
Majlis pelancaran majalah: Ibu, Pesona dan Usahawan Sukses [Launch of the magazines: Ibu, Pesona and Usahawan Sukses]
Citation
Muhammad Ariff Ahmad. (2000). Majlis pelancaran majalah: Ibu, Pesona dan Usahawan Sukses [Launch of the magazines: Ibu, Pesona and Usahawan Sukses; Speech transcript].
https://hdl.handle.net/10497/20198
https://hdl.handle.net/10497/20198
Author
Muhammad Ariff bin Ahmad
Abstract
Ucapan ini disampaikan di majlis sempena pelancaran tiga buah majalah Malaysia: lbu, Pesona dan Usahawan Sukses. Ketiga-tiga majalah terbitan ini menggunakan bahasa Melayu baku, iaitu bahasa Melayu standard yang difahami sekalian umat Melayu yang mendiami alam Melayu seluruhnya. Majalah 'Ibu' itu membentangkan isu-isu yang mengenai keibuan, seperti mendidik dan mengasuh anak. Majalah 'Usahawan Sukses' pula selain dari memaparkan profil usahawan-usahawan yang berjaya, ia juga memberi banyak petua bagaimana hendak menjadi usahawan yang berjaya. Kandungan majalah 'Pesona' tertumpu pada hal-hal yang pelik tetapi benar. Dengan kehadiran tiga majalah itu ke alam bacaan pembaca di Singapura diharapkan ia akan menjadi jambatan yang menghubungkan pembaca dan penulis kededua daerah dengan mengadakan wadah karya tulisan penulis-penulis Singapura dalam majalah-majalah tersebut. Akhirnya penyampai berharap dengan kehadiran ketiga-tiga majalah itu akan mendatangkan manfaat kepada pembaca, penulis yang menyumbang, penerbit dan juga kepada sekalian pembeli yang melariskan pemasaran.
The speech was delivered at the launch ceremony of three Malaysian magazines: Ibu, Pesona and Usahawan Sukses. These three publications use the Malay baku language, which is standard Malay, a level that is understood by all Malays and those living in the Malay world. The magazine titled 'Ibu' presents issues with regard to motherhood, such as educating and nurturing children whereas the magazine 'Usahawan Sukses' in addition to featuring profiles of successful entrepreneurs, also provides insights and tips on how to become successful entrepreneurs. The contents of 'Pesona' magazine focuse on events or things that are strange but true. With the presence of these three magazines to the Singapore readers the speaker hopes that it will be a bridge linking the readers and writers of the two districts and be a new platform for featuring the writings of Singapore's writers. The speaker hopes that the presence of these magazines will benefit readers, the writers who contribute the articles as well as the publishers.
Date Issued
January 28, 2000
Description
Speech delivered at the launch of the magazines: Ibu, Pesona dan Usahawan Sukses, 28 January 2000, Pusat Islam Jamiyah, Singapore