Options
Citation
Muhammad Ariff Ahmad. (1988, June 17). M13 [Radio broadcast transcript]. In Nordin Kassim (Producer), Mestika Pusaka. Singapore Broadcasting Corporation (SBC). https://hdl.handle.net/10497/20429
Author
Muhammad Ariff bin Ahmad
Abstract
Transkrip ini adalah dari skrip M13 dari rancangan Mestika Pusaka dari siaran Radio 2, SBC dan adalah perbincangan mengenai kelakuan yang di babitkan dengan naluri dan tabiat 'anjing'. Orang yang tidak mengenang budi diibaratkan 'seperti melepaskan anjing tersepit'. Dan orang yang diberi muka lalu menjadi sombong dan bongkak diberikan peribahasa 'anjing ditepuk menjungkit ekor' ataupun 'bagai kaduk naik junjung'. Orang yang tamak dan haloba dianggap sebagai 'macam anjing dengan bayang' dan 'seperti anjing berebut tulang'. Skrip ini juga membincangkan peribahasa2 seperti: 'anjing diberi makan nasi takkan kenyang', 'anjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas, namun kalau ada kesempatan, nescaya berulang-ulang juga ke tempat najis itu', 'anjing biasa makan tahi, jika tak makan mencium ada juga', 'anjing itu, kalau dipukul sekali pun, berulang juga ia ke tempat yang banyak tulang'. Peribahasa2 ini menunjukkan kelakuan2 negatif orang yang suka bergelumang dengan maksiat. Orang yang tidak mengendahkan apa yang berlaku di keliling hidupnya dan tidak menyesuaikan diri dengan kehidupan moden diibaratkan sebagai 'sepuluh jong masuk, anjing bercawat ekor juga'. Peribahasa 'anjing menyalak bukit takkan runtuh' membahasakan bahawa orang yang rendah kedudukannya dalam masyarakat, jika mereka mencela, menegur atau menasihat orang2 mulia atau orang terhormat, maka celaan, teguran dan nasihat itu tidak menjejas orang2 terhormat tadi. Dan jika orang yang menasihati orang yang mulia itu di umpamakan 'bagai anjing buruk kepala' maka bertambah-tambahlah tidak lakunya nasihat tadi. Bagaimanapun, jika hal itu berlaku kepada darah dagingnya sendiri, orang akan menerimanya dengan rasa kesal maka wujudlah peribahasa 'anjing kepada orang, raja kepada kita', buruk atau baik anak itu, anak sendiri juga. Skrip ini membincangkan banyak lagi peribahasa2 lain.
This transcript is from the M13 script of the programme Mestika Pusaka from Radio 2, SBC and is about the discussion of the behaviors associated with 'dog' instincts and habits. People who do not remember kindness are likened to 'seperti melepaskan anjing tersepit'. And the person who becomes arrogant and haughty because other people always give in to them is like 'anjing ditepuk menjungkit ekor' or 'bagai kaduk naik junjung'. Greedy people are considered 'macam anjing dengan bayang' and 'seperti anjing berebut tulang'. This script also discusses proverbs such as: 'anjing diberi makan nasi takkan kenyang', 'anjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas, namun kalau ada kesempatan, nescaya berulang-ulang juga ke tempat najis itu', 'anjing biasa makan tahi, jika tak makan mencium ada juga', 'anjing itu, kalau dipukul sekali pun, berulang juga ia ke tempat yang banyak tulang'. These proverbs show the negative behaviors of people who like to live in vice. A person who ignores what is going on around his life and does not adapt to modern life is likened to the proverb 'sepuluh jong masuk, anjing bercawat ekor juga'. The proverb 'anjing menyalak bukit takkan runtuh' saying that people who have a low position in society, if they criticize, reprimand or advise people who are of higher standing, then the admonitions and advice do not affect the people that they target. And if the person who advises them is likened to be 'bagai anjing buruk kepala', then the advice will not be heeded at all. However, if it happens to their own flesh and blood, then they will accept it with much regret as in the proverb 'anjing kepada orang, raja kepada kita', whether the child is good or bad, the child is theirs. This script discusses many other proverbs.
Date Issued
June 17, 1988