Options
Bengkel Sintaksis MAPS/CDIS [MAPS/CDIS Syntax Workshop]
Citation
Muhammad Ariff Ahmad. (1986). Bengkel Sintaksis MAPS/CDIS [MAPS/CDIS Syntax Workshop; Speech transcript]. https://hdl.handle.net/10497/20370
Author
Muhammad Ariff bin Ahmad
Abstract
Bengkel ini adalah yang terakhir dalam siri 4 pertemuan buat pusingan tahun 1986. Penyampai mengongsikan pendapat beliau tentang bahasa sebagai suatu yang menyeluruh yang terdiri daripada beberapa aspek yang terdisiplin, seperti aspek sintaksis misalnya, yang saling babit-membabit dalam pembentukan satu-satu unit bahasa. Namun, penyampai berharap bahawa apabila membincangkan sintaksis, janganlah sampai terabai masalah aspek-aspek tatabahasa yang lain seperti morfologi, semantik, logika bahasa dan sebagainya. Penyampai memberikan contoh-contoh kekata yang dipetik daripada kertas-kertas kerja yang akan dibentangkan kelak. Kekata 'bengkel bahasa' diharapkan menjadi tempat guru-guru bahasa untuk memperbaiki serta mempertingkatkan pengembangan dan penggunaannya sambil memperkemaspengajaran. Seperti mana Islam mengajar supaya kita menyelesaikan masalah apapun menerusi musyawarah maka bengkel-bengkel seperti ini amat sesuai dijadikan dewan musyawarah untuk menyelesaikan banyak masalah mengenai pengembangan dan pengajaran bahasa.
This workshop is the last workshop in a series of 4 workshops for the year 1986. The speaker shared on the Malay language as something comprehensive, consisting of several disciplinary aspects such as syntax, which is interconnected in the formation of a language unit. However, the presenter hopes that when discussing syntax, other aspects such issues of grammar problems such as morphology, semantics, logics and so on are not ignored. The speaker provided examples of small words which are taken out from the workpapers that will be presented later. The 'bengkel bahasa' is hopefully to be one of the language teachers' platforms to improve and enhance the expansion of the Malay language and usage as well as improving the efficiency in teaching the language. As Islam teach us that we can solve any problems through consultative discussion then workshops such as this is most suitable to be one of the ways to solve problems regarding language development and teaching.
Date Issued
August 30, 1986
Description
Speech delivered at the Bengkel Sintaksis MAPS/CDIS, 30 August 1986, East
Coast Primary School, Singapore
Coast Primary School, Singapore