Options
Tentang gelar: Wak dan Cik [About the title of “Wak and Cik”]
Citation
Muhammad Ariff Ahmad. (1992, May 15). Tentang gelar: Wak dan Cik [About the title of “Wak and Cik”; Radio broadcast transcript]. In Sari Bahasa. Singapore Broadcasting Corporation (SBC). https://hdl.handle.net/10497/20088
Author
Muhammad Ariff bin Ahmad
Abstract
Transkrip ini adalah dari siaran rancangan Sari Bahasa di SBC, W94.2, mengenai gelar 'wak dan cik'. Gelar 'wak' itu berasal dari kekata 'kawak' yang bermakna tua atau sudah tua dan gelar 'cik' berasal dati kata 'kecik'; yang kecil umurnya atau muda daripada ibu bapa seseorang. Maka abang atau kakak kepada ibu bapa kita dipanggil dengan gelar 'wak' dan adik-adik kepada ibu bapa kita pula dipanggil dengan gelar 'cik'. Begitupun apabila berdepan dengan orang-orang yang lebih tua atau muda daripada ibu bapa kita dipanggil dengan gelar 'wak' atau 'cik'. Menggunakan gelaran itu kepada mereka yang bukan dalam lingkungan keluarga dapat merapatkan hubungan dan mendapat simpati mereka. Dalam lingkungan pekerjaan, orang-orang atasan atau orang yang diberi kuasa mengarah dan menasihat, dipanggil 'wak' juga dan dalam lingkungan dagang, antara penjual dengan pembeli, biasanya, yang rnenjual dipanggil 'wak'. Orang yang mempunyai banyak pengalaman dan kepakaran dalam bidang mereka kadang-kadang digelar 'kawak' seperti 'sasterawan kawak', 'seniman kawak' dan sebagainya.
This transcript was delivered in a program Sari Bahasa broadcasted by SBC, W94.2 and is about the titles 'wak' and 'cik'. The title 'wak' is derived from the word 'kawak' meaning elder or old, and the title 'cik' comes from the word 'kecik'; younger than one's parents. Therefore, the older brothers or sisters to our parents are called by the title 'wak ' and the younger siblings to our parents are called by the title 'cik'. Likewise, when faced with older or younger people than our parents, we call them with the titles 'wak' or 'cik'. The titles are also used for people outside of the family circle, which can form close relationships and get their sympathy. In a working environment, superiors or persons empowered to lead and advise are called 'wak'. In a trading environment, the seller will usually be called 'wak' between sellers and buyers. People who have lots of experience and expertise in their fields are sometimes given the title 'kawak' such as 'sasterawan kawak', 'seniman kawak' and so forth.
Date Issued
May 15, 1992