Options
Masuri S.N. sekilas pandang, seteguk air: Murid, guru dan pengetua istimewa
Citation
Kamsiah Abdullah. (2008, July). Masuri S.N. sekilas pandang, seteguk air: Murid, guru dan pengetua istimewa [Paper presentation]. Seminar Masuri S. N., Singapura.
Author
Kamsiah Abdullah
Abstract
Nama Masuri S.N. terkenal sebagai seorang penyair agung Dunia Melayu yang telah mengharumkan nama Singapura, ternpat beliau lahir dan berkarya hingga ke akhir hayatnya. Karya-karya beliau terutama sajak-sajaknya kerap dideklamasikan oleh para peminat seni kesusasteraan Melayu di mana-mana diadakan majlis dan acara bahasa dan kebudayaan. Namun ramai yang tidak begitu sedar bahawa Masuri S.N. atau Cikgu Masuri adalah juga seorang pendidik yang berwibawa yang telah meninggalkan jejaknya yang istimewa dalam dunia pendidikan. Pengaruh beliau di kalangan teman-teman dan anak muridnya amat besar. Gelaran Cikgu yang lebih akrab disebut dalam kalangan mereka walaupun mereka lebih maklum jiwa seni guru mereka sebagai seorang penyair ulung yang telah mencapai tara£ mulia sebagai tokoh Tun Seri Lanang dan Doktor Kehormat. Kertas kerja ini akan cuba mengenali sekilas pandang sambil menyelami sekadar seteguk air, wajah Masuri dalam kehidupannya sebagai seorang murid, guru pelatih, 'pegawai pelajaran' lulusan dari SITC dan pengetua sekolah yang menyumbang sebagai seorang guru Melayu dalam gerak kocak zaman persekolahan Melayu hingga ke akhir hayatnya. Detik-detik sumbangan dan pengaruh sepanjang zaman daripada 1) semasa baru masuk ke sekolah, 2) pelatihannya sebagai seorang guru, 3) perjawatannya sebagai guru muda di sekolah rendah Melayu, 4) kemudian ke fasa sekolah Menengah dan akhirnya, 5) sebagai seorang pengetua akan cuba diselidiki, dicerakin dan dipersembahkan.
Date Issued
July 2008
Description
This paper was presented at the Seminar Masuri S. N. (2008), held in Singapore from 26 – 27 Julai 2008