Options
Rawsynfikri: Jauhari yang mengenal manikamnya
Citation
Kartini Anwar. (2008, July 26-27). Rawsynfikri: Jauhari yang mengenal manikamnya [Paper presentation]. Seminar Masuri S. N., Singapore.
Abstract
Sasterawan yang berfungsi bergerak dalam kelompok masyarakat yang cenderung kepada falsafah ilmu dan budaya yang dapat menghasilkan pembahasan natijah. Sebagai 'laureate' dalam masyarakat, kelompok ini mencerna pemikiran yang tersimpul dalam sulaman seni yang indah. Mereka merenung dan memerhati, berfikir dan berempati, bermuhasabah dan meneliti dengan pemberdayaan yang bersosok waja, demi menjalankan tugas menegur dan menyinggul dengan ampuh serta mengapungkan pemikiran mereka melalui karya teks yang mencorakkan budaya rawsynfikri. Dalam perkembangan kesusasteraan Melayu moden, budaya ini telahpun wujud, melalui sasterawan yang gigih menekuni ketukangannya, Masuri S.N. Kertas ini meneliti dan membincangkan ciri-ciri rawsyanfikri sebagaimana ia terungkap dalam karya Masuri S.N. Penelitian dibuat dari sudut pemikiran dan kepengarangan beliau melalui karya-karya dalam genre puisi dan prosa, khususnya sajak, cerpen dan penulisan esei berdasarkan tiga peringkat pengkaryaan beliau.
Date Issued
July 2008
Description
This paper was presented at the Seminar Masuri S. N., held in Singapore from 26 – 27 Julai 2008.