Options
Perancangan bahasa di Singapura : pengekalan dan anjakan Bahasa Melayu sejak 1965
Author
Tajudin Jaffar
Supervisor
Kamsiah Abdullah
Abstract
Kajian tentang perancangan bahasa telah lama dilakukan di banyak negara. Melalui perancangan bahasa, penggunaan bahasa dapat dikawal perkembangannya ke arah yang diinginkan meskipun kadangkala proses ini mengambil waktu yang agak lama.
Kajian ini meneliti perkembangan perancangan bahasa di Singapura dan kesannya sejak Singapura mencapai kemerdekaan pada tahun 1965. Dasar bahasa di Singapura yang diistilahkan sebagai dasar pragmatik - iaitu dasar yang bertujuan bagi memenuhi keperluan sebuah negara membangun, telah membawa perubahan terhadap penggunaan bahasa di Singapura: bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa ibunda penduduknya. Bahasa Melayu juga tidak terlepas daripada kesan perubahan tersebut.
Sebelum 1965, bahasa Melayu merupakan bahasa utama Singapura - bahasa kebangsaan dan juga salah satu bahasa rasmi di Singapura. Setelah hampir empat dekad berlalu, bahasa Melayu masih mempunyai taraf yang sama. Namun realiti penggunaan bahasa Melayu telah berubah dengan penekanan terhadap bahasa Inggeris, bahasa yang dianggap neutral dalam negara yang penduduknya terdiri daripada pelbagai bangsa, dan bahasa yang dirasakan perlu bagi mengharungi era globalisasi.
Kajian ini cuba memaparkan haluan penggunaan bahasa Melayu di kalangan masyarakat Melayu Singapura dalam rangkaian sosial mereka. Haluan penggunaan ini akan dilihat daripada perspektif kaitannya dengan perancangan bahasa di Singapura sejak tahun 1965.
Dalam bab pertama, kajian ini akan memberikan latar belakang dan tujuan kajian. Latar belakang ini termasuklah suasana bahasa sebelum tahun 1965 agar perbandingan dapat dilakukan dengan suasana bahasa selepas 1965. Selain itu, diberikan juga secara ringkas perkembangan sistem pendidikan Melayu yang berkait rapat dengan perancangan bahasa Melayu di Singapura. Dalam bab ini juga dinyatakan tujuan dijalankan kajian ini, kepentingannya serta kaedah-kaedah yang akan digunakan.
Untuk memberikan penerangan yang lebih mendalam serta pandangan-pandangan yang lebih bernas, bab kedua menyentuh kajian-kajian yang berkaitan dengan bidang perancangan bahasa, pengekalan dan anjakan bahasa. Takrif dan pengertian bidang perancangan bahasa, pengekalan dan anjakan bahasa serta teori-teori yang pernah dikemukakan oleh para pengkaji dari luar negara mahupun dalam negara disertakan dalam bab ini. Untuk memberikan gambaran perbandingan dengan dua bahasa etnik utama yang lain di Singapura, pengekalan dan anjakan penggunaan bahasa di kalangan masyarakat Cina dan India di Singapura juga disentuh.
Bab ketiga memberikan reka bentuk kajian ini dan pendekatan yang digunakan. Melalui pendekatan yang diterangkan, iaitu dengan menggunakan kaedah soal selidik dan data banci, dapatan kajian dihasilkan. Ini termasuk penerangan tentang borang soal selidik, item-item yang terdapat dalam borang soal selidik serta prosedur menjalankan kajian. Cara menganalisis data yang diperoleh daripada kajian yang dijalankan juga diterangkan.
Bab seterusnya, iaitu bab keempat memaparkan analisis data yang telah diperoleh daripada kajian yang telah dijalankan. Data yang dipaparkan menunjukkan peratusan kekerapan penggunaan bahasa Melayu berdasarkan domain-domain bahasa yang telah dipilih. Peratusan kekerapan yang terperinci bagi setiap domain diberikan agar pemilihan bahasa responden dalam domain-domain yang berbeza dapat dilihat dengan jelas. Bab ini juga menganalisis data banci bagi tahun 1980, 1990 dan 2000. Banci penduduk yang awal daripada itu tidak memberikan data tentang penggunaan bahasa masyarakat Singapura. Data dianalisis berdasarkan umur, peringkat pendidikan, dan tahap literasi masyarakat Melayu di Singapura.
Bab yang terakhir menunjukkan dapatan kajian. Bab ini merumuskan dapatan penggunaan bahasa dalam sepuluh domain yang telah dikaji serta data banci yang dianalisis. Pengkaji membuat kesimpulan berdasarkan hasil implikasi kajian yang telah dijalankan. Disarankan juga kajian-kajian lanjut yang boleh dilakukan.

Date Issued
2004
Call Number
PL5106 Taj
Date Submitted
2004