Options
Kedudukan wanita dalam karya Masuri S.N.
Citation
Roksana Bibi Abdullah. (2008, July 26-27). Kedudukan wanita dalam karya Masuri S.N. [Paper presentation]. Seminar Masuri S. N., Singapore.
Abstract
Dalam karya-karya yang dihasilkan oleh para sasterawan, kedudukan wanita dapat ditinjau dari pelbagai sudut dan peranan. Wanita boleh dipaparkan sebagai mendukung nilai-nilai luhur dan menyumbang dalam kesejahteraan kehidupan duniawi dan ukhrawi; atau sebagai sampah masyarakat yang jijik dan menjadi punca kepada kerosakan moral serta nilai-nilai kemanusiaan. Apa pun gambaran yang dilukiskan untuk wanita dalam karya-karya sastera, mengikut arus plot, tema, latar dan tujuan penulisan itu, kewajaran huraian sangatlah penting dipertimbangkan. Pemilihan kosa kata yang tepat, bentuk bahasa yang tidak berbau seksis, gambaran yang tidak berlebih-lebihan terhadap unsur-unsur tabu dan kejayaan penyampaian berdasarkan kesantunan budaya masayarakat adalah ciri-ciri penting yang sering menjadi pertimbangan penulis-penulis yang disanjungi. Faktor-faktor inilah yang akan dianalisis dalam cerpen-cerpen Masuri S.N., agar dapat dipaparkan di manakah kedudukan wanita dari kaca mata sasterawan unggul ini.
Date Issued
July 2008
Description
This paper was presented at the Seminar Masuri S. N., held in Singapore from 26 – 27 Julai 2008.