Now showing 1 - 10 of 20
  • Publication
    Metadata only
    Penyerapan bahasa dalam pertembungan budaya
    (Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2015)
    Masyarakat natif pengguna bahasa Melayu sentiasa mencari usaha agar bahasa yang digunakan itu mampu memenuhi setiap keperluan komunikasi bagi pelbagai latar dan laras. Maka itu, bahasa Melayu yang digunakan dalam era moden ini telah banyak berubah dalam perkembangan masyarakatnya yang sama-sama mendayungi arus perkembangan ilmu. Bagi memenuhi keperluan komunikasi dalam pelbagai bidang, bahasa Melayu telah menyerap banyak sekali kata-kata asing melalui proses peminjaman dari bahasa-bahasa asing.
      69
  • Publication
    Metadata only
    Bahasa Bawean di Singapura: Satu kajian pengalihan dan pengekalan
    (Persatuan Bawean Singapura, 2015)
    Masyarakat Melayu di Singapura rata-rata mempunyai latar belakang yang rencam dan berasal usul dari pelbagai daerah di rantau ini, termasuklah Pulau Bawean. Kajian ini menyingkap sejauh mana bahasa Bawean masih mampu bertahan dalam konteks Singapura. Kajian ini juga telah memanfaatkan teori rangkaian sosial (social network theory) yang meninjau penggunaan bahasa yang dipilih oleh para responden sewaktu berkomunikasi dengan interlokutor dari pelbagai latar. Hasil pengumpulan data dari kelompok masyarakat Bawean dalam 3 generasi yang berbeza, bukti kukuh diperolehi di mana bahasa Bawean dalam konteks Singapura dapat dikelompokkan sebagai ‘endangered language’. Kelompok generasi ketiga secara keseluruhan tidak mampu menggunakan bahasa Bawean. Walau bagaimanapun, masyarakat Bawean merupakan golongan yang aktif menjalankan pelbagai aktiviti dan berusaha mengekalkan bahasa Bawean di Singapura.
      31
  • Publication
    Open Access
    Kedudukan wanita dalam karya Masuri S.N.
    Dalam karya-karya yang dihasilkan oleh para sasterawan, kedudukan wanita dapat ditinjau dari pelbagai sudut dan peranan. Wanita boleh dipaparkan sebagai mendukung nilai-nilai luhur dan menyumbang dalam kesejahteraan kehidupan duniawi dan ukhrawi; atau sebagai sampah masyarakat yang jijik dan menjadi punca kepada kerosakan moral serta nilai-nilai kemanusiaan. Apa pun gambaran yang dilukiskan untuk wanita dalam karya-karya sastera, mengikut arus plot, tema, latar dan tujuan penulisan itu, kewajaran huraian sangatlah penting dipertimbangkan. Pemilihan kosa kata yang tepat, bentuk bahasa yang tidak berbau seksis, gambaran yang tidak berlebih-lebihan terhadap unsur-unsur tabu dan kejayaan penyampaian berdasarkan kesantunan budaya masayarakat adalah ciri-ciri penting yang sering menjadi pertimbangan penulis-penulis yang disanjungi. Faktor-faktor inilah yang akan dianalisis dalam cerpen-cerpen Masuri S.N., agar dapat dipaparkan di manakah kedudukan wanita dari kaca mata sasterawan unggul ini.
      415  549
  • Publication
    Open Access
      607  1753
  • Publication
    Metadata only
    Hakisan pengaruh bahasa Melayu di Singapura: Impaknya kepada perkembangan bahasa dan bangsa
    (Persatuan Bahasa Moden Malaysia, 2015)
    Bahasa Melayu di Singapura menghadapi pelbagai cabaran bagi pelestariannya. Walaupun statusnya telah diangkat sebagai bahasa kebangsaan dan salah satu daripada bahasa rasmi, namun dari segi realitinya, penggunaannya amat terbatas dan keupayaan bahasa dalam kalangan penutur natifnya juga kian merosot. Perkara ini disorot dengan meninjau sebab musabab serta impaknya terhadap masa depan bahasa Melayu di Singapura.
      27
  • Publication
    Metadata only
    Inculcation of Malay values and culture in language pedagogy in Singapore
    (Springer, 2016)
    Language and education policy in Singapore focuses on the inculcation of moral values and culture along with the so-called ‘mother tongue’ instruction. Efforts to inculcate appreciation of culture and values through Malay language instruction are based on the concept of Arif Budiman: the learned person who contributes to society or the goal of becoming a righteous and knowledgeable person. Efforts are made to produce students who are proficient in the Malay language and are appreciative of its culture. However, there is little, if any, research on how values and culture are treated in Malay language classes. Therefore, this chapter examines how and to what extent culture and moral values are incorporated into language instruction in lower primary Malay language lessons.
      46
  • Publication
    Metadata only
    Model bahasa Melayu tinggi di Singapura: Yang mana satu? [Determining the standard Malay language model in Singapore]
    (National Institute of Education, Nanyang Technological University (NIE NTU), Singapore, 2019)
      100
  • Publication
    Metadata only
    Masuri S.N.: Sasterawan Melayu di persada dunia
    (National Institute of Education, Nanyang Technological University (NIE NTU), Singapore, 2011) ; ;
    Buku yang diedit oleh tiga orang editor ini meneliti tulisan dan sumbangan Masuri S N, seorang penyair dan penulis Singapura.
      26
  • Publication
    Metadata only
    Merencamkan yang satu, menyatukan yang rencam: Kes bahasa Melayu serantau
    (Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2012)
    Kertas kerja yang telah dijadikan bab dalam buku ini membicarakan kepelbagaian istilah dan kata dalam bahasa Melayu di peringkat serantau. Penggunaan bahasa Melayu di peringkat serantau semakin menyimpang di mana masing-masing kawasan yang digarisi sempadan politik khususnya mempunyai penggubalan kata atau istilah yang tersendiri. Usaha menyeragamkan di peringkat serantau juga banyak mengalami hambatan dan cabaran. Senarai kata/istilah yang mempunyai kerencaman bentuk di rantau ini telah disenaraikan serta dipadankan dengan alternatif-alternatif yang wujud dengan berdasarkan komponen makna yang didukung. Penyimpangan sedemikian boleh melebarkan lagi jurang perbezaan bahasa Melayu di peringkat serantau dan jika tiada usaha penyeragaman yang bersungguh-sungguh, maka, penutur-penutur bahasa Melayu di negara-negara yang berbeza di rantau ini akan menghadapi masalah dalam komunikasi kerana ketiadaan unsur saling faham memahami bagi bahasa yang satu.
      31