Options
Merencamkan yang satu, menyatukan yang rencam: Kes bahasa Melayu serantau
Loading...
Type
Book chapter
Citation
Roksana Bibi Abdullah. (2012). Merencamkan yang satu, menyatukan yang rencam: Kes bahasa Melayu serantau. In Abdul Hamid Mahmood, Siti Saniah Abu Bakar, & Sanat Md. Nasir (Eds.), Memartabatkan bahasa Melayu: Pengajian bahasa (pp. 195-206). Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Abstract
Kertas kerja yang telah dijadikan bab dalam buku ini membicarakan kepelbagaian istilah dan kata dalam bahasa Melayu di peringkat serantau. Penggunaan bahasa Melayu di peringkat serantau semakin menyimpang di mana masing-masing kawasan yang digarisi sempadan politik khususnya mempunyai penggubalan kata atau istilah yang tersendiri. Usaha menyeragamkan di peringkat serantau juga banyak mengalami hambatan dan cabaran. Senarai kata/istilah yang mempunyai kerencaman bentuk di rantau ini telah disenaraikan serta dipadankan dengan alternatif-alternatif yang wujud dengan berdasarkan komponen makna yang didukung. Penyimpangan sedemikian boleh melebarkan lagi jurang perbezaan bahasa Melayu di peringkat serantau dan jika tiada usaha penyeragaman yang bersungguh-sungguh, maka, penutur-penutur bahasa Melayu di negara-negara yang berbeza di rantau ini akan menghadapi masalah dalam komunikasi kerana ketiadaan unsur saling faham memahami bagi bahasa yang satu.
Date Issued
2012
Publisher
Universiti Pendidikan Sultan Idris