Options
Kenyataan akhbar ASAS '50 mengenai pendidikan wajib dan madrasah [ASAS '50 press statement on compulsory education and madrasah]
Citation
Muhammad Ariff Ahmad. (2000). Kenyataan akhbar ASAS '50 mengenai pendidikan wajib dan madrasah [ASAS '50 press statement on compulsory education and madrasah]. https://hdl.handle.net/10497/19979
Author
Muhammad Ariff bin Ahmad
Abstract
Asas 50 menyambut baik hasrat pemerintah untuk mengadakan pendidikan wajib di sekolah rendah dan mendapati falsafah pendidikan wajib itu sejajar dengan lunas Islam bahawa pendidikan adalah fardu. Asas 50 juga berpandangan bahawa pendidikan madrasah institusi Islam, sebagaimana masjid dan wakaf, perlu diberi pertimbangan khususnya dalam konteks berbilang agama Singapura. Kepentingan pendidikan madrasah selaras dengan tuntutan agama demi melahirkan para cendiakawan, ulama dan asatizah. Asas 50 menyarankan agar sistem madrasah menggabungkan pra-persekolahan dengan peringkat rendah untuk menyiapkan para pelajarnya memasuki pendidikan peringkat menengah. Asas 50 juga menyokong agar peluang yang lebih luas diterokai untuk merealisasikan model Pendidikan Madrasah Nasional yang dilakarkan oleh MUIS. Mutu institusi madrasah haruslah dipertingkatkan lagi dan ini termasuk menampilkan aspek-aspek sosio-ekonomi dari sudut agama. Walaupun sistem madrasah sepenuh masa adalah di luar pentadbiran pemerintah, tetapi kerana adanya mata pelajaran sekular, maka masih ada pemantauan pemerintah dan bantuan subsidi yang diberikan. Masyarakat Islam mestilah mengukuhkan sumbangan mereka kepada Dana Madrasah kelolaan MUIS sebagai tanggungjawab mereka terhadap agama dan demi melahirkan lulusan madrasah dan para cendiakawan. Keutamaan Asas 50 ialah untuk memastikan pemerintah prihatin akan keperluan masyarakat Islam di samping memberikan isyarat untuk melakukan perubahan dan penyesuaian demi kecemerlangan pendidikan madrasah.
Asas 50 welcomes the government's move to implement Compulsory Education (CE) in primary schools as CE philosophy is in line with the Islamic principles of education. Asas 50 feels that Madrasah education must be given specific considerations or exceptions, in the context of multi-religious Singapore because Madrasahs are Islamic institutions such as Mosques and Wakaf. Madrasah education aims to produce scholars and religious teachers. Asas 50 suggests that the madrasah system combines pre-school with primary school to better prepare students for the secondary education later. Asas 50 also supports the Madrasah National Education Model which is being planned by MUIS. The quality of Madrasah must be further enhanced, and this includes raising all aspects of social-economy issues from the perspective of religion. The Madrasah system may not be under the purview of administration of the government, but because there are secular subjects in madrasah, the government still monitors and offers subsidies. The Muslim community must strengthen their contribution for the Madrasah Fund that helps to produce the graduates, scholars and intellectuals. The priority of Asas 50 is to ensure that the government is attentive to the needs of the Muslim community as well as to indicate our willingness to make changes and adaptations towards the excellence of the Madrasah education.
Date Issued
April 20, 2000