Options
Perayaan Hari Raya [Hari Raya celebration]
Citation
Muhammad Ariff Ahmad. (1982). Perayaan Hari Raya [Hari Raya celebration]. https://hdl.handle.net/10497/20042
Author
Muhammad Ariff bin Ahmad
Abstract
Teks ini mengenai perayaan Hari Raya Puasa, juga disebut 'Aidilfitri' atau 'Aidil-Mubarak'. Selain daripada merupakan satu perayaan agama, Hari Raya Puasa juga adalah satu pengalaman kebudayaan di mana beberapa kebiasaan tradisi/warisan dan seni digiatkan secara serentak. Kegiatan-kegiatan merayakan Hari Raya termasuk kebiasaan-kebiasaan kebudayaan yang selaras dengan ajaran Islam dan ada yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Oleh sebab orang-orang Melayu merayakan Hari Raya ini secara besar-besaran, maka ramai rakan bukan Melayu menyangka bahawa Hari Raya Puasa merupakan 'tahun baharu' bagi orang-orang Melayu. Hari pertama dalam bulan Muharram merupakan bermulanya tahun Hijrah tetapi ia bukanlah cuti umum dan tidak disambut secara besar-besaran seperti Hari Raya Puasa. Kebudayaan pula menganjurkan masyarakat kita supaya membuat persediaan dan mengaturkan Hari Raya itu sebaik-baiknya. Begitupun, kedua-dua ajaran 'agama' dan 'kebudayaan' itu sama-sama menentang pembaziran. Ungkapan 'sebaik-baiknya' itu ditafsirkan oleh Islam sebagai perbuatan yang pertengahan - sederhana manakala kebudayaan membataskan 'sebaik-baiknya' menerusi peribahasanya 'buat baik berpada-pada' buat jahat jangan sekali'.
This text is about Hari Raya Puasa celebrations, commonly referred to as 'Aidilfitri' or 'Aidil-Mubarak'. Apart from being a religious celebration, Hari Raya Puasa is a cultural experience where several traditions/cultural heritages are concurrently being promoted. Hari Raya celebrations include cultural habits that are in line with Islamic teachings, and some are not contrary to Islam's teachings. Due to their habits of celebrating Hari Raya in a big way, many of non-Malays thought that the Hari Raya Puasa is a beginning of the new year for the Malay people. The 1st of Muharram is the beginning of the new Hijrah year, but it is not a public holiday and the day is not celebrated in a big way such as Hari Raya Puasa. Culture advocates the community to prepare and organize the Hari Raya festivities to be as best as possible. However, both the teachings of 'religion' and 'culture' are against wastage. The expression 'sebaik-baiknya' is interpreted by Islam as something modest while culture limits 'sebaik-baiknya' through the proverb do good to others and do not do evil.
Date Issued
July 2, 1982