Please use this identifier to cite or link to this item:
http://hdl.handle.net/10497/20454
Title: | Authors: | Issue Date: | 8-Oct-1988 |
Citation: | Muhammad Ariff Ahmad. (1988, October 8). M27 [Radio broadcast transcript]. In Nordin Kassim (Producer), Mestika Pusaka. Singapore Broadcasting Corporation (SBC). https://hdl.handle.net/10497/20454 |
Abstract: | Transkrip ini adalah dari skrip M27 dari rancangan Mestika Pusaka dari siaran Radio 2, SBC dan adalah perbincangan peribahasa mengenai kehidupan manusia. Orang-orang bijaksana selalu berkata bahawa sesiapa yang tiada tahu wajib belajar dan yang tahu harus mengajar. Yang mengajar haruslah betul-betul tahu bukan sampai dikata 'bagai si rabun memimpin si buta'. Peribahasa ini juga menyindir orang-orang yang dirinya sendiri belum terurus; sudah hendak mengurus hal orang lain. Peribahasa 'seperti embun di hujung rumput' mengungkap sesuatu perkara yang tidak kekal atau suatu sifat yang amat sementara. Seperti muda-mudi yang sedang berkasih, peribahasa itu menggambarkan kasih yang sebentar sahaja; kasih yang mekar selagi bertentang mata, selagi lidah lunak berbicara namun apabilah kekasih tiada sejati dan mula berundur menarik diri maka si penderita cinta merasa kecewa; 'di sangka panas sampai ke petang, kiranya hujan di tengah hari'. Peribahasa ini juga diungkapkan apabila seseorang yang sentiasa mengharapkan untung dalam niaganya tetapi, rugi tiba-tiba menimpanya. Peribahasa 'diam ubi berisi, diam penggali berkarat' mengungkap bahawa diam orang yang berakal itu berfikir; dan fikirannya itu membina dan memajukan masyarakat; tetapi diam orang bebal ialah diam yang sia-sia sahaja malah, kadang-kadang diam yang membawa mudarat. Skrip ini membincangkan tentang peribahasa-peribahasa lain seperti: 'diam, diam lepu', 'air yang tenang jangan disangka tiada buaya', 'belum duduk sudah berlunjur', 'belum bertaji sudah hendak berkokok', 'belum bergigi sudah hendak menggigit' dan lain-lain. Kanak-kanak yang hendak berlagak bagai orang dewasa dikatakan sebagai 'belum betul membilang jari sudah hendak berkuasa sendiri', 'belum pandai membuang ingus sudah hendak berjuang lidah' dan 'belum lepas tali uri sudah hendak ·bangkit berdiri'. Kalau pengetahuan baru ada sedikit jangan cuba mencabar [apalagi melawan] orang yang memang ahli atau pakar dalam ilmu yang diperbincangkan seperti peribahasa 'kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga'. Cara yang elok dilakukan ialah 'mengukur baju di badan sendiri' dan padankan dengan kemampuan dan keupayaan kita sendiri. Peribahasa 'cermat masa banyak, jimat masa sedikit' mengajar kita supaya jangan boros, membazir dan berbuat sesuatu yang sia-sia untuk sentiasa berwaspada setiap masa dan berbelanja yang perlu sahaja. Skrip ini membincangkan banyak lagi peribahasa-peribahasa lain. This transcript is from the M27 script of the programme Mestika Pusaka from Radio 2, SBC and is about proverbs relating to human lives. Wise people always say that anyone who does not know must study and those who know must teach. Those who teach must really know what they are teaching else they will be like the proverb 'bagai si rabun memimpin si buta'. This proverb also alludes to people who wants to take care of other people's affairs when they themselves are not capable to look after their own needs. The proverb 'seperti embun di hujung rumput' means something that is not permanent or of a very temporary nature. Like young people in love, the proverb describes love that is short-lived; love that blooms as long as the eyes meet, as long as the soft tongue speaks but when love begins to fade and begins to withdraw then the person will feel disappointed; 'di sangka panas sampai ke petang, kiranya hujan di tengah hari'. This proverb is also expressed when a person who always expects a profit in his business but suddenly he encountered a loss. The proverb 'diam ubi berisi, diam penggali berkarat' means that the silent man thinks; and he thinks of ways to build and advance society; but the silence of fools is just silence and useless, in fact, sometimes silence that brings harm. This script discusses other proverbs such as: 'diam, diam lepu', 'air yang tenang jangan disangka tiada buaya', 'belum duduk sudah berlunjur', 'belum bertaji sudah hendak berkokok', 'belum bergigi sudah hendak menggigit' and others. Children who want to act like adults are said to 'belum betul membilang jari sudah hendak berkuasa sendiri', 'belum pandai membuang ingus sudah hendak berjuang lidah' and 'belum lepas tali uri sudah hendak bangkit berdiri'. If there is little knowledge, do not try to challenge people who are experts in the knowledge and this is discussed in the proverb ' 'kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga'. A good way is to 'mengukur baju di badan sendiri' and match it to our own abilities and capabilities. The proverb 'cermat masa banyak, jimat masa sedikit' teaches us not to be extravagant, wasteful and do something useless. We need to always be alert at all times and spend only what is necessary. This script discusses many other proverbs. |
URI: | File Permission: | Open |
File Availability: | With file |
Appears in Collections: | Radio Broadcast Transcripts |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
MAS-UM-157.pdf | 363.8 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.