Options
Sudah cabut jari kelingking [Removal of the little finger]
Citation
Muhammad Ariff Ahmad. (1993). Sudah cabut jari kelingking [Removal of the little finger]. https://hdl.handle.net/10497/20479
Author
Muhammad Ariff bin Ahmad
Abstract
Tulisan ini adalah cerita pendek yang bertajuk 'Sudah cabut jari kelingking'. Dua orang anak muda, seorang lelaki dan seorang perempuan datang menemui Haji Muin dan meminta nasihat dan buah fikiran. Mereka ingin bertunang dan ibubapa mereka tidak menghalang perhubungan mereka. Namun seminggu sebelum majlis, Pak Sabar (bapa Sabariah) tidak mengizinkan setelah mendapat tahu yang bapa Subari adalah Haji Abdul Syukur. Ketika darjah IV pada tahun 1953 mereka telah bertengkar berpunca usikan kawan-kawan akan nama mereka; seorang Sabar, seorang Syukur. Kemudian bertumbuk sehingga bercabut-cabut jari kelingking yang kononnya melambangkan keputusan 'berpatah arang berkerat rotan'. Pak Sabar berkata yang dia telah bersumpah dengan menyebut 'sumpah wannabi' maka dia rasa dia tidak boleh memungkiri sumpahnya. Cikgu Kasmani telah menasihati mereka yang kisah itu sudah berlalu 40 tahun dan waktu itu kedua-dua mereka itu baru berumur 10 tahun, belum akil baligh, maka kesilapan yang mereka lakukan itu pasti akan diampunkan Allah. Jadi sumpah Pak Sabar pada 1953 itu tidak valid. Namun Pak Sabar masih tidak memaafkan Haji Syukur. Subari mengatakan bahawa mereka ingin 'kahwin lari' tetapi Haji Muin menegah kerana 'kahwin lari' bukan budaya Melayu dan menasihatkan mereka ikut adat pepatih dan 'kahwin menyerambi'. Mereka berjanji bertemu minggu hadapan di Masjid selepas solat Jumaat. Apabila tiba hari Jumaat, hanya Sabariah seorang diri yang datang menemui Haji Muin. Sabariah menunjukkan berita mengenai kemalangan motorsikal yang telah meragut nyawa Subari pada hari Rabu. 'Nasi sudah menjadi bubur' dan Pak Sabar menyesal akan sikapnya yang tidak sabar itu dan meminta maaf kepada Pak Haji Syukur. Pak Haji Syukur berkata yang 'ajal seseorang itu sudah terjanji, apabila datang waktunya tak siapa dapat memungkiri, maka dia redha melepaskan anaknya pergi. Pak Haji Syukur bersyukur kerana musibah yang menimpanya itu telah menyebabkan kembalinya silaturrahmi antaranya dengan Pak Sabar yang tidak sabar, yang telah terputus selama 40 tahun itu.
This article is a short story entitled 'Sudah cabut jari kelingking'. Two young people, a man and a woman came to Haji Muin to seek advice. They wanted to get engaged and their parents are agreeable to their relationship. However, a week before the ceremony, Pak Sabar (Sabariah's father) did not allow it after learning that Subari's father was Haji Abdul Syukur. During grade IV in 1953 they had an argument after friends teased their names; Sabar (meaning patience), Sykur (meaning gratitude). Then they fought until they pulled out their little fingers which supposedly symbolized thedecision of 'berpatah arang berkerat rotan' (severing all ties). Pak Sabar said that he had sworn by saying the oath 'sumpah wannabi' and feel that he could not break his oath. Cikgu Kasmani advised them that the story has passed 40 years and at that time both of them were only 10 years old, have not reached puberty, and their mistakes will surely be forgiven by Allah as Pak Sabar's oath in 1953 was invalid. But Pak Sabar persisted to not forgive Pak Haji Syukur. Subari said that they wanted to 'kahwin lari' (eloped) but Haji Muin said that it is not part of Malay culture and advised them to follow customs and marry according to 'kahwin menyerambi'. They promised to meet next week at the Mosque after Friday prayers. When Friday arrived, Sabariah alone came to see Haji Muin. Sabariah showed the news of a motorcycle accident that claimed Subari's life on Wednesday. 'Nasi sudah menjadi bubur' and Pak Sabar regrets his impatient attitude and apologizes to Pak Haji Syukur. Pak Haji Syukur said that a person's death has been promised, when the time comes, no one can deny and he is willing to let his son go. Pak Haji Syukur is grateful because the tragedy that befell him has led to the return of friendship between him and the impatient Pak Sabar, which has been broken for 40 years.
Date Issued
February 27, 1993