Options
Asas2 tatabahasa Melayu: Tarap perwujudan [Basics of Malay grammar: Level of representation]
Citation
Muhammad Ariff Ahmad. (1965, November). Asas2 tatabahasa Melayu: Tarap perwujudan [Basics of Malay grammar: Level of representation]. Paper presented at Perwanit Course, 14 November 1965, Singapore. https://hdl.handle.net/10497/21164
Author
Muhammad Ariff bin Ahmad
Abstract
Tulisan 'Asas-asas tatabahasa Melayu - tarap perwujudan' adalah untuk kursus Perwanit yang diadakan pada November 1965. Tujuan berchakap dan berbahasa adalah untok menyampaikan sesuatu yang terbayang dalam fikiran dan riaksi orang yang mendengar percakapan itu menjadi ukuran untok memastikan apakah perkataan itu benar-benar menggambarkan tayangan fikiran kita dengan betul. Inilah yang disebutkan nahu atau tatabahasa atau jalanbahasa atau peramasastera. Berbahasa-lisan memerlukan kita bercakap dengan seseorang dengan secara langsung maka riaksi akan timbul secara sepontan. Dengan ini, suara serta gaya pengucapan yang dapat terlihat dan terdengar itu menolong mengelakkan pengeliruan. Tetapi, pada bahasa tulisan seseorang hanya dapat melihat tulisan-tulisan yang ditulis untuknya. Alat pemahaman yang digunakan untuk memahami fikiran ialah tayangan fikiran semata-mata dan ini fikiran antara penulis dan pembaca yang kontra kerap mengelirukan; untuk mengelakkan kekeliruan maka kedua-dua penulis dan pembaca harus menggunakan ukuran pemahaman yang sama terhadap bahasa yang mereka gunakan itu. Penulis memberi contoh-contoh wacana untuk menjelaskan. Menurut Prof. Dr. Prijani, tatabahasa Melayu dan tatabahasa Indonesia itu hasil pekerjaan orang-orang asing iaitu Inggeris dan Belanda; dan semua tatabahasa Melayu dan Indonesia yang dibuat oleh orang Melayu/Indonesia hanya terjemahan atau saduran atau kutipan dari hasil pekerjaan orang-orang Inggeris/Belanda itu. Sebelum ini, kita belajar tatabahasa Melayu mengikut kaedah Arab, iaitu kaedah menghafal. Penulis mengongsikan bagaimana dia melanjutkan mengaji tatabahasa Melayu dengan mengafal pengembangan kata perbuatan melalui buku 'Julong Bachaan' dalam tahun 1932. Penulis memberi contoh-contoh wacana untuk menjelaskan. Yang dikatakan ayat ialah rangkaian perkataan-perkataan yang boleh memberikan sekurang-kurangnya satu pemikiran dan yang dikatakan pemikiran itu mestilah ada benda yang hendak diceritakan dan ada hal benda itu yang hendak diterangkan. Benda yang nak diceritakan itu disebut 'bendayat', dan hal benda yang hendak diterangkan disebut 'ceritayat'. Penulis juga memberi contoh jenis-jenis ayat. Pengetahuan asas tentang pembahagian jenis kata-kata yang disampaikan hanyalah tentang teori penjenisan dan pengelasan jenis-jenis perkataan. Teori pengajaran ilmu bahasa menurut penjenisan kata-kata ini adalah dari pendapat ahli falsafah Yunani, Aristoteles. Di Indonesia bahasanya memelayukan istilah-istilah Aristoteles menerusi pandangan Belanda, sedang kita di Malaya menurut ukoran-ukuran dan tapisan-tapisan Inggeris pula. Berdasarkan Inggeris, Tuan Haji Zaaba menyampaikan pengetahuan penjenisan perkataan itu kapada kita dengan ketetapan lima jenis sahaja iaitu: (1) nama (2) perbuatan (3) sifat (4) sendi (5) seruan. Akan lebeh peraktikal jikalau penjenisan itu dibuat langsung menurut kelas-kelasnya untuk menjadi lapan kelas saperti yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Sukatan Pelajaran Singapura, dan tidak lima jenis tetapi ada pecahan-nya lagi saperti yang dianjoukan oleh Tuan Zaaba itu. Pengelaskan jeniskata yang merupakan: (1) katanama (2) gantinama (3) kata perbuatan (4) rupakata (5) rupakata (6) sendinama, (7) sendikata,(8) kata seruan. Penulis menyenaraikan contoh-contoh jeniskata.
This paper is about the basics of Malay grammar - level of representation and is part of the Perwanit course held in November 1965. The main objective of using language is to speak and present something which is imagined in the mind and the reaction of the listener is gauged whether the words used are true descriptions of the speaker's thoughts. This is called grammar or structure and system of the language. Vocal language requires us to talk to someone directly thus a reaction will arise spontaneously. With this, the voice and style of utterance that can be heard and seen helps to avoid confusion. But, in the written language one can only see the writings that are written for him. The comprehension tool used to understand the mind is a mere reflection of the mind and this may not match between the writer and the reader. To avoid confusion then both writers and readers should use the same measure of understanding of the language that they use. The author gives examples of discourse to explain. According to Prof. Dr. Prijani, the Malay and Indonesian grammar was formulated by foreigners from the UK and the Netherlands; and all the Malay and Indonesian grammar made by the Malay / Indonesian were only translation, excerpts or quotes from the work of the English / Dutch people. Before this, grammar was learned using the Arabic methods, ie memorising. The author shares how he went on to study by memorising the expanding of words through the book 'Julong Pustaka' in the year 1932. The writer gave examples of discourse to explain. A sentence is a series of words that can give at least one thought and what the thought says is something which is to be told and something which is to be explained. The thing which is to be told is called 'bendayat', and the thing which is to be explained is called 'cheritayat'. The author also gave examples of types of sentence. The basic knowledge of the division of word types presented in this paper is only about the theory of classification and classification of word types. The theory of teaching of linguistics according to the classification of these words originally comes from the opinion of the Greek philosopher, Aristotle. In Indonesia, the language is made 'Malay' from the Aristotlic terms through the eyes of the Dutch, whereas in Malaya, we follow according to the English. Based on the English language, Tuan Haji Zaaba conveys the knowledge that there are five types of words, namely: (1) name (2) action (3) adjective (4) preposition (5) interjection. It would be more practical if classification is done directly according to its classes which is eight classes as determined by the Singapore Education Syllabus, and not five types but with more divisions such as recommended by Zaaba. The classification of the types of words are: (1) nouns (2) pronouns (3) verbs (4) descriptive words (5) dascriptive words (6) prepositions (7) prepositions,(8) interjections. The writer lists examples of word types.
Date Issued
1965
Description
Paper presented at the Perwanit Course on 14 November 1965.