Now showing 1 - 10 of 18
  • Publication
    Metadata only
    Kuasa dan manifestasi kuasa: Syair perjalanan Sultan Lingga dan YTM Riau pergi ke Singapura
    (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2021)
    Makalah ini membicarakan suatu analisis terhadap Syair Perjalanan Sultan Lingga dan Yang DiPertuan Muda Riau Pergi ke Singapura dan Peri Keindahan Istana Sultan Johor yang Amat Elok, sebuah syair karangan Raja Khalid Hitam. Melalui suara naratif dan konteks penghasilan syair tersebut, makalah ini meneroka bagaimana pengarang syair ini, yakni Raja Khalid Hitam menggambarkan kuasa dan manifestasi kuasa dalam karyanya.
    This paper discusses an analysis of Syair Perjalanan Sultan Lingga and Yang DiPertuan Muda Riau Pergi ke Singapura dan Peri Keindahan Istana Sultan Johor yang Amat Elok, a poem written by Raja Khalid Hitam. Through the narrative voice and context of the poem's creation, this paper explores how the author of the poem, Raja Khalid Hitam, depicts power and power manifestations in his work.
      134
  • Publication
    Metadata only
      45
  • Publication
    Metadata only
    Rawsyanfikri: Jauhari yang mengenal manikamnya
    (Asian Languages and Cultures Academic Group, National Institute of Education, Nanyang Technological University, 2011)
    Kajian ini membincangkan ciri-ciri rawsyanfikri sebagaimana ia terungkap dalam karya Masuri S.N. Penelitian dibuat dari sudut pemikiran dan kepengarangan beliau melalui karya-karya dalam genre puisi dan prosa, khususnya sajak, cerpen dan penulisan esei berdasarkan tiga peringkat pengkaryaan beliau.
      38
  • Publication
    Restricted
    Tradisi sastera Johor-Riau : suatu kajian terhadap syair sejarah = The Johor-Riau literary tradition : a study on its historical poems
    Tradisi sastera Johor-Riau menyaksikan penghasilan sejumlah besar puisi berbentuk syair. Genre ini terhasil dalam beberapa jenis seperti syair fiksyen bersifat roman, syair agama, syair nasihat dan syair sejarah. Syair sejarah dibezakan melalui naratif-naratif tertentu yang terkandung dalam teks; antaranya ialah seperti peristiwa tentang peperangan, perkahwinan, kematian atau pelayaran tokoh-tokoh dari golongan elit istana mahupun tokoh-tokoh bukan Melayu dari kalangan Cina.

    Kajian ini berpusat kepada enam syair sejarah iaitu; Syair Perang Johor, Syair Kisah Engku Puteri, Syair Sultan Mahmud di Lingga, Syair Perkahwinan Tik Sing, Syair Pangeran Syarif Hasyim dan Syair Perjalanan Sultan Lingga dan YTM Riau. Kesemuanya dihasilkan di Riau, khususnya di pusat pentadbiran YTM Riau di Pulau Penyengat, dari tahun 1844 hingga 1893. Untuk mengkaji perkembangan sebuah tradisi kepenyairan yang berlangsung selama lebih kurang setengah abad, kajian ini menggunakan kerangka konseptual Puitika Sastera Melayu yang dibina oleh Muhammad Haji Salleh (2006) sebagai teras perbincangan. Dengan menggunakan konsep-konsep seperti pengarang, teks, khalayak serta latar penciptaannya, kajian ini cuba meneroka puitika pengarang Melayu ketika maraknya kuasa kolonial di ambang abad ke-20.

    Kajian ini berharap dapat menyerlahkan kepenyairan pengarang dan mengenal pasti bagaimana pengarang memanifestasikan pandangannya terhadap peristiwa-peristiwa sejarah yang dirakam ke dalam bentuk syair.
      543  169
  • Publication
    Metadata only
    Keledang: Analisis dari sudut psikoanalisis Lacan
    (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2013)
    Makalah ini meneliti aspek kejiwaan dan konflik batin manusia dengan mengaplikasikan Teori Psikoanalisis Lacan. Kajian ini meneroka pengalaman pengarang A. Samad Said dari aspek bawah sedar. Beliau menampilkan keresahan dan pergolakan jiwa watak-watak dalam novel Keledang yang terbingkai dalam daerah kejiwaan manusia iaitu; Rekaan, Sebenar (Real) dan Simbolik.
      43
  • Publication
    Metadata only
    Pemikiran dan gaya mengarang Raja Ali Haji
    (Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia, 2017)
    Buku ini mengetengahkan pemikiran dan kepengarangan Raja Ali Haji sebagai seorang tokoh sasterawan. Kajian ke atas 5 karya Raja Ali Haji telah dilakukan untuk menelusuri jalur pemikiran beliau. Buku ini berguna kepada peminat sastera yang ingin mengenali karya-karya Raja Ali Haji dengan lebih dekat.
      44
  • Publication
    Open Access
    Rawsynfikri: Jauhari yang mengenal manikamnya
    (2008-07)
    Sasterawan yang berfungsi bergerak dalam kelompok masyarakat yang cenderung kepada falsafah ilmu dan budaya yang dapat menghasilkan pembahasan natijah. Sebagai 'laureate' dalam masyarakat, kelompok ini mencerna pemikiran yang tersimpul dalam sulaman seni yang indah. Mereka merenung dan memerhati, berfikir dan berempati, bermuhasabah dan meneliti dengan pemberdayaan yang bersosok waja, demi menjalankan tugas menegur dan menyinggul dengan ampuh serta mengapungkan pemikiran mereka melalui karya teks yang mencorakkan budaya rawsynfikri. Dalam perkembangan kesusasteraan Melayu moden, budaya ini telahpun wujud, melalui sasterawan yang gigih menekuni ketukangannya, Masuri S.N. Kertas ini meneliti dan membincangkan ciri-ciri rawsyanfikri sebagaimana ia terungkap dalam karya Masuri S.N. Penelitian dibuat dari sudut pemikiran dan kepengarangan beliau melalui karya-karya dalam genre puisi dan prosa, khususnya sajak, cerpen dan penulisan esei berdasarkan tiga peringkat pengkaryaan beliau.
      248  575
  • Publication
    Open Access
    Cikgu Ariff yang kukenal
    (National Institute of Education, Nanyang Technological University (NIE NTU), Singapore, 2020)
    Mohd Rahman Daud
    ;
    Buku ini merupkan sebuah tulisan Mohd Raman Daud mengenai pengalaman peribadi beliau terhadap tokoh dalam bidang pendidikan, bahasa, persuratan dan kebudayaan Melayu, Dr Muhammad Ariff Ahmad. Buku ini mengisahkan beberapa sumbangan besar Cikgu Ariff dan pengalaman menarik Mohd Raman Daud bersama-sama beliau.
    This book is a compilation of writings by the author, Mohd Raman Daud on a literary figure, Dr Muhammad Ariff Ahmad or Cikgu Ariff as he was affectionately known. The author shares his personal encounter with the esteemed educator, author and community leader who had dedicated a great part of his life to Malay language and Malay teacher's education.
      126  163
  • Publication
    Metadata only
    Citra murni insan dalam dunia pendidikan: Sebuah feskrip untuk Abbas Mohammad Shariff
    (National Institute of Education, Nanyang Technological University (NIE NTU), Singapore, 2011) ;
    A. Rahman Hanafiah (Abdul Rahman Hanafiah)
    ;
    Buku ini merupakan sebuah penghormatan dari NIE untuk seorang tokoh akademik yang telah berkhidmat dengan penuh dedikasi. Ia juga penghargaan kolektif dari pelbagai pertubuhan Melayu-Islam dan institusi di Singapura kepada Dr Haji Abbas bin Mohd Shariff atas sumbangan beliau kepada masyarakat dan negara. Dr Abbas adalah lambang tokoh Arif Budiman dalam bidang pendidikan. Semoga jasanya akan dikenang oleh masyarakat kini dan akan datang.
      54