Speech Transcripts
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing Speech Transcripts by Issue Date
Now showing 1 - 20 of 78
Results Per Page
Sort Options
- PublicationOpen AccessKetinggian budi [The height of kindness](1948-07)Muhammad Ariff bin AhmadUcapan ini adalah sebahagian daripada cenderamata SITC dan mengongsikan beberapa rangkap pantun. Menerusi kata-kata yang digunakan dalam pantun tersebut, dapatlah dilihat betapa tingginya kedudukan 'budi' dalam kehidupan kita sehari-hari. Dalam peraturan hidup, berkelakuan tidak baik tidak akan meningkatkan diri ke darjah yang tinggi atau membuat kita berjaya. Jika ingin berkehendakkan hidup yang baik, maka perbaikilah budi terlebih dahulu. Menurut ahli filosofi yang pernah berkata bahawa setiap yang terjadi kepada diri seseorang juga akan terjadi kepada masyarakat'. Demikianlah halnya budi. Ketinggian dan kepercayaan ramai terhadap sesuatu masyarakat semuanya memandangkan kepada budinya. Penulis mengajak kita membina satu gedung budi yang bertapak kuat dalam dada setiap anak untuk menjadi anak negeri yang baik.
398 143 - PublicationOpen AccessMinggu Kesetiaan Kebangsaan [National Loyalty Week](1959-12-03)Muhammad Ariff bin AhmadUcapan ini disampaikan di Minggu Kesetiaan Kebangsaan bertarikh 3hb Disember hingga 9hb Disember 1959. Kerajaan Singapura telah menganjurkan satu perayaan yang dinamakan minggu kesetiaan kebangsaan di mana setiap sekolah akan menjalankan rancangan masing-masing untuk merayakan minggu kesetiaan ini. Penyampai mengenalkan bendera negara di mana ia menjadi lambang pertama kita dan juga di mana terhimpunnya segala cita-cita dan ikrar kita. Setiap objek dalam bendera kita ini mengambarkan suasana dan cita-cita kita lahir dan batin. Penyampai menerangkan makna warna, bulan dan bintang yang tertera pada bendera. Ucapan diakhiri dengan mengajak hadirin untuk menyanyikan lagu kebangsaan untuk memulakan perayaan minggu kesetiaan kebangsaan.
164 109 - PublicationOpen AccessUchapan penutup oleh Muhamad Ariff Ahmad [Closing speech by Muhammad Ariff Ahmad](1963)Muhammad Ariff bin AhmadUcapan ini adalah daripada petikan ucapan Muhamad Ariff Ahmad sebagai Ketua 1 Asas 50. Beliau tidak dapat hadir dari awal kerana ada urusan lain. Ucapan ini telah disampaikan di simposium kedua Asas '50 dan diadakan dalam bidang perayaan Minggu Bahasa Kebangsaan Singapura. Simposium kedua ini dilakukan untuk mengemukakan serta membincang masaalah mengenai bahasa Kebangsaan. Tiga aspek perkembangan bahasa Kebangsaan akan dibicarakan dalam simposium ini dan tiga penceramah akan mengemukakan pendapatnya, masing-masing mengenai: pengajaran, amalan dan nilainya, serta pengaruh kesusasteraan bahasa Kebangsaan itu. Asas '50 telah memulakan langkah memperjuangkan tujuan bahasa Melayu sejak tahun 1950. Ucapan mengimbas kembali persidangan-persidangan dan kongres-kongres yang telah dihadiri Asas '50 dari mula ia ditubuhkan sehingga PTM mengistiharkan bahawa bahasa Melayu akan menjadi bahasa Kebangsaannya dan Singapura mengikuti ketetapan itu dengan pemakaian empat bahasa sejajar. Setelah diusahakan oleh pemerintah untuk memajukan dan menggunakan bahasa Kebangsaan mulai bulan Julai 1959, maka kerajaan telah mempamerkan angka-angka rasmi hasil usaha itu, iaitu jumlah orang dewasa bukan Melayu yang telah lulus bahasa Kebangsaan. Namun, daripada sambutan umum/rakyat, yang katanya sedia menumpukan taat setianya kepada negara kita ini, dapat kita mengukur tanggapan mereka terhadap bahasa kebangsaan. Penulis juga mengongsikan tentang adanya pendapat yang menyatakan bahawa bahasa kebangsaan kita itu tidak ada nilai ekonomi. Tetapi sebagai rakyat kita tidak harus bersikap hanya memandang keuntungan. Kalau kita mahu menjadi rakyat, kita mestilah sanggup mengalami segala yang dialami oleh negara.
309 76 - PublicationOpen AccessUchapan Ketua 1 di majlis diskusi nobel [Chairman 1 speech at the novel discussion event](1964-01-11)Muhammad Ariff bin AhmadUcapan ini disampaikan oleh saudara Masuri, sebagai Ketua 2 Asas 50. Tujuan yang tersebut dalam undang-undang Asas 50 adalah untuk mengadakan pengajian yang mendalam berkenaan dengan perkembangan kesusasteraan dan kebudayaan Melayu dari semasa ke semasa. Ia juga bertujuan untuk mempelajari sesuatu ciptaan, serta mencipta sesuatu yang baharu dan segar untuk memupuk dan menyuburkan kesusasteraan. Seperkara yang paling hangat dibincangkan pada masa lalu adalah mengenai perbincangan tentang faham ‘seni untuk seni’ dan ‘seni untuk masyarakat’. Kerana perbincangan-perbincangan yang jujur itu mengakibatkan perpecahan antara rakan-rakan seangkatan maka rancangan perbincangan telah diberhentikan sementara. Namun dalam peroses kedewasaan, pengalaman itu didapati menambahkan pengetahuan dan usaha-usaha begitu dimulakan lebih-lebih lagi sambutan daripada peminat-peminat sangat menggalakkan. Pertemuan kali ini diadakan untuk mengadakan perbincangan khas mengenai novel 'Tak ada jalan keluar', karya Suratman Markasan, seorang anggota Asas 50. Dan pada lain masa akan diadakan perbincangan novel yang serupa ini. Hadirin diajak berbincang sebegini supaya dapat sama-sama menggalakkan penulis-penulis novel yang lain untuk menaikkan mutu penulisannya. Sebelum rancangan perbincangan dimulakan, ucapan terima kasih diberikan kepada penganjur dan penerbit yang telah menyediakan tempat perbincangan, hadiah buku untuk penyemakan, penggunaan pejabat untuk menjalankan urusan menyelenggarakan perkara-perkara yang bersangkut paut dengan majlis ini dan lain-lain.
112 133 - PublicationOpen AccessUchapan dasar Ketua Satu [Basic speech by Chairman One](1964-08-23)Muhammad Ariff bin AhmadPenyampai menyatakan keinginannya supaya Hari Asas '50 dijadikan acara tahunan. Penyampai menukil sejarah penubuhan Asas '50 dan mengharapkan yang tiap-tiap anggota Asas '50 membarui tekad perjuangan mencapai cita-cita Asas '50. Jawatankuasa Minggu Bahasa Kebangsaan Asas '50 telah menyediakan acara untuk sambutan Hari Asas '50. Di antaranya adalah ceramah yang merupakan kajian-kajian tentang perkembangan kesusasteraan di masa kini yang akan dibentangkan oleh penceramah jemputan.
110 84 - PublicationOpen AccessUchapan Ketua Satu Asas '50: Diskusi sastera Asas ’50: Memperkatakan pendapat Prof. Dr. A. Teeuw: Mengenai nobel-nobel Melayu modern [Speech by Asas '50 Chairman One: Asas '50 literature discussion: Addressing the opinion of Prof. Dr. A.Teeuw: About the modern Malay novels](1964-12-27)Muhammad Ariff bin AhmadUcapan ini disampaikan di acara diskusi sastera Asas 50 di mana penyampai selaku Ketua Asas 50 ingin membincangkan tentang dua anggapan Kuala Lumpur terhadap Singapura iaitu; bahawa Asas 50 sudah tidak bertenaga lagi dan kedua bahawa kegiatan-kegiatan kesusasteraan di Singapura ini sudah mati semenjak beberapa tokoh kesusasteraan Singapura berpindah ke Kuala Lumpur. Penyampai juga tidak menganggap perlunya untuk menyahut cabaran untuk menjawab anggapan-anggapan begitu dengan bentuk polemik panjang lebar. Tetapi merasakan yang ia lebih manfaat kalau dijawab deng menggunakan karya kerana sebagai penulis, maka mestilah terus bergerak, bekerja dan menghasilkan karya.
140 241 - PublicationOpen AccessUchapan pembukaan oleh Ketua Satu, Saudara Muhammad Ariff Ahmad [Opening speech by Chairman One, Mr Muhammad Ariff Ahmad](1965)Muhammad Ariff bin AhmadUcapan ini adalah ucapan pembukaan oleh Ketua 1, dengan bertujuan untuk mengkaji perkara-perkara yang telah dan yang akan dijalankan oleh Asas 50 sebagai pertubuhan Bahasa dan Sastera. Tiap-tiap anggota Asas 50 mempunyai tanggungjawab terhadap Asas 50 dan beliau berharap akan dapat dikerjakan juga mana-mana projek yang bengkalai. Antaranya adalah kursus sastera yang dirancangkan yang bengkalai kerana tujuannya terlalu besar. Mungkin ia dapat dikerjakan jikalau dimulakan untuk dijadikan sebagai kursus untuk anggota. Sumbangan anggota Asas 50 dalam siri ceramah kebudayaan melalui Radio Malaysia di Singapura sangat ketara. Malangnya rancangan ceramah ini dihentikan pada bulan Julai dan Ogos dan apabila dihidupkan semula pada awal tahun 1965 pertubuhan-pertubuhan diminta menghubungi langsung penerbitnya kerana ia tidak lagi dikelolakan oleh LTK sebagaimana mula-mulanya. Diharapkan jawatankuasa akan membuat hubungan langsung kepada pihak Radio untuk Asas 50 beri sumbangan dalam siri ceramah-ceramah itu.
149 116 - PublicationOpen AccessUchapan Ketua 1 kepada Meshuarat Agung ke-14 Angkatan Sasterawan ‘50 [Speech by Chairman One at the Angkatan Sasterawan ’50 14th General Meeting](1966-02-27)Muhammad Ariff bin AhmadUcapan ini diberikan sebagai ketua Asas '50 dan penyampai berkongsi penyata tahun ke-13 yang menunjukkan prestasi dan pungutan yuran Asas '50 yang agak lemah. Namun, masih terlihat usaha para anggota menghasilkan karya dan masih ramai orang dan kumpulan yang percaya pada Asas '50 terutamanya tentang kesusasteraan Melayu. Asas '50 bercadang untuk mengadakan kongres bahasa untuk mempelajari dan mengkaji sejauh mana rumusan kongres terdahulu telah terlaksana. Asas '50 juga telah memberikan contoh-contoh huraian yang belum dilaksanakan dengan ejaan baharu bahasa Melayu. Ini mendapat sokongan daripada LTK dan juga pemerintah Singapura hinggalah terbentuknya jawatankuasa ejaan. Antara tugas-tugas jawatankuasa itu adalah mengkaji laporan-laporan berkenaan dengan ejaan rumi Melayu dan kemudian mengusulkan satu sistem ejaan Rumi Melayu kepada pemerintah untuk dilaksanakan. LTK menerima cadangan Asas '50 untuk melaksanakan Kongres Bahasa yang mana anggota LTK menjadi anggota Asas '50. Penyampai meminta pencalonan anggota-anggota untuk dilantik mewakili Asas '50 dalam kongres itu. Penyampai juga berpesan kepada ahli untuk membuktikan ikrar mereka semasa mereka diwawancara ketika bermohon untuk menjadi anggota,iaitu perjanjian untuk lebih melibatkan diri dengan Asas '50.
320 103 - PublicationOpen AccessUchapan Pengerusi LTK kepada Majlis Pembukaan Kongres Bahasa Kebangsaan Singapura [Speech by the Chairman of LTK at the Opening Ceremony of Singapore National Language Congress](1966-08-15)Muhammad Ariff bin AhmadUcapan ini disampaikan di majlis pembukaan Kongres Bahasa Kebangsaan Singapura. Kongres Bahasa Kebangsaan ini adalah yang pertama diadakan semenjak Singapura merdeka dan penaungnya adalah Ketua Negara, Presiden Republik Singapura, Encik Yusof Ishak. Bahasa yang dipersoalkan bukan lagi bahasa yang dianggap seperti bahasa golongan namun kini didaulatkan sebagai bahasa kebangsaan. Maka peranan bahasa kebangsaan ini lebih besar daripada peranan bahasa Melayu itu sendiri dalam pembangunan rakyat.
305 104 - PublicationOpen AccessBulan Bahasa Kebangsaan 1966 [National Language Month 1966](1966-12-10)Muhammad Ariff bin AhmadUcapan ini disampaikan di penghujung kempen Bulan Bahasa Kebangsaan 1966. Sesuai dengan dasarnya bahawa LTK (Lembaga Tetap Kongres) sentiasa ingin mencari jalan untuk berusaha dan memajukan, mempopularkan dan menggalakkan penggunaan bahasa Melayu, LTK menyambut baik tawaran bekerja sama dari mana-mana pihak untuk kepentingan bahasa kebangsaan itu.
105 100 - PublicationOpen AccessUcapan MAS terhadap penubuhan Pakatan Karyawan Tanahair [MAS's speech on the establishment of Pakatan Karyawan Tanahair](1970-08-10)Muhammad Ariff bin AhmadUcapan ini mengenai penubuhan Pakatan Karyawan Tanahair (PAKAT). Penyampai merupakan pengerusi Badan Amanah Dana Jymy Asmara iaitu satu badan yang bertujuan untuk mengumpulkan dana untuk mengubati kebutaan mata Jymy Asmara. Jymy Asmara adalah seorang penulis yang telah melalui banyak kesusahan hinggalah dia meninggal dunia.
85 110 - PublicationOpen AccessUcapan pembukaan Ketua 1 ASAS '50 [Opening speech by the Chairman 1 of ASAS '50](1973-05-13)Muhammad Ariff bin AhmadUcapan sempena sambutan memperingati tokoh Amir Hamzah. Ucapan menyentuh tentang Pesta Sajak ke-2 anjuran Bahagian Melayu Radio Singapura dan Dialog Sastera ke-5 anjuran Asas '50. Kegiatan ini merupakan kolaborasi kedua-dua pihak bagi menyuburkan iklim kesusasteraan dengan mengadakan kegiatan-kegiatan seperti ceramah, perkampungan sastera serta penerbitan majalah sastera.
201 97 - PublicationOpen AccessKertas ucapan kepada tamu dan peserta "Perkampungan Sastra 73" [Speech delivered to the guests and participants of the "Perkampungan Sastra 73"](1973-08-04)Muhammad Ariff bin AhmadKertas ucapan ini telah di sampaikan di perkampungan sastera pada tahun 1973. Penyampai membincangkan tentang 'tatatertib dan tatacara perkampungan' yang merangkumi aktiviti, apresiasi dan kreativiti sastera. Penyampai menyebut tentang aktiviti sastra.
112 139 - PublicationOpen AccessUcapan Haji Muhd Ariff Ahmad, wakil MUIS ke Musabaqah Al-Quran [Speech by Haji Muhd Ariff Ahmad, MUIS representative at the Al-Quran Recitation Contest](1978-02-18)Muhammad Ariff bin AhmadUcapan ini disampaikan di majlis musabaqah Al-Quran anjuran Persatuan Belia Bedok. Penyampai merujuk dari Surat Al-'Alaq di mana perintah pertama yang diturunkan Allah SWT adalah membaca. Maka alangkah ruginya orang-orang yang tidak pandai membaca. Penyampai juga berceritakan tentang kisah yang lucu tetapi benar. Untuk mendapatkan nikmat yang sebenarnya dari bacaan, kita haruslah faham apa-apa erti atau maksud yang dibacakan itu. Mengikut teori membaca, sekurang-kurangnya ada empat kemahiran yang hendak dicapai untuk meletakkan seseorang itu sebagai pandai membaca. Dengan mengadakan musabaqah membaca Al-Quran seperti yang dilakukan ini maka sekurang-kurangnya ternyata ada usaha untuk mencapai kemahiran elementari dalam membaca itu.
106 103 - PublicationOpen AccessUcapan Muhammad Ariff Ahmad, wakil MUIS ke Majlis Sambutan Maulud Nabi di daerah Woodland/Marsiling [Speech by Muhammad Ariff Ahmad, MUIS representative at the Prophet's Maulud celebration in Woodland/Marsiling district](1978-03-25)Muhammad Ariff bin AhmadBanyak kumpulan masyarakat Islam telah bergilir-gilir mengadakan perayaan Maulud Nabi. MUIS akan mengadakan satu kajian mengenai sambutan-sambutan tersebut untuk melihat kesan-kesan yang diperolehi daripadanya, merangkumi semua aspek baik yang positif mahupun negatif. Ini adalah untuk memperkemaskan sambutan-sambutan yang akan diadakan pada tahun-tahun akan datang. Penceramah jemputan akan menyampaikan pandangan mereka terhadap kehidupan Rasulullah dan ajarannya untuk dihayati semua dan dijadikan iktibar. Penyampai menyarankan untuk mengadakan sambutan besar-besaran yang bersatu oleh semua golongan masyarakat dalam daerah tertentu.
123 105 - PublicationOpen AccessUcapan Haji Muhammad Ariff Ahmad, wakil MUIS ke Majlis Sambutan Maulud kawasan Sembawang/Nee Soon [Speech by Haji Muhammad Ariff Ahmad, MUIS representative to the Maulud celebration in Sembawang/Nee Soon district](1979-03-11)Muhammad Ariff bin AhmadUcapan ini mengenai akal sebagi kurniaan Allah SWT untuk memproses, mengukur, menimbang dan menilai sesuatu yang berkaitan dengan kehidupan manusia. Ketidaksesuaian penggunaan akal boleh menyebabkan orang yang punya akal itu menjadi gila. Penyampai merujuk pada majlis sambutan maulud pada 16 Februari di mana ucapan Presiden MUIS pada masa itu supaya umat Islam 'bersederhana dalam segala hal' dan menerangkan "....orang-orang yang cuba beramal melampaui batas yang disuruh, paling ringgan akan disinggahi apa yang disebut 'gila-ism'".
120 76 - PublicationOpen AccessUcapan Maulud - Whampoa/Toa Payoh [Maulud Speech - Whampoa/Toa Payoh](1980-03-01)Muhammad Ariff bin AhmadUcapan sempena majlis sambutan Maulud. Ia membicarakan tentang pelbagai acara perayaan maulid yang diadakan. Ucapan disertakan dengan saranan agar acara-acara yang diadakan itu haruslah disambut dengan tekad dan ikrar ke arah kebajikan.
137 71 - PublicationOpen AccessBuona Vista Secondary School Speech Day 1980(1980-08-01)Muhammad Ariff bin AhmadUcapan - sempena Hari Ucapan dan majlis penyampaian hadiah di Sekolah Menengah Bouna Vista. Penyampai ucapan menyentuh tentang pencapaian sekolah dan memetik mesej Pengetua sekolah mengenai kepentingan untuk berjaya dalam pendidikan. Beliau juga menekankan pentingnya tabiat membaca sebagai suatu kaedah untuk memperolehi pengetahuan.
175 78 - PublicationOpen AccessUcapan perasmian pameran “Tunas 80” Angkatan Pelukis Aneka Daya [Inauguration speech for "Tunas 80" Angkatan Pelukis Aneka Daya exhibition](1980-08-30)Muhammad Ariff bin AhmadAda tiga perkara yang menghubungkan manusia dengan kebudayaan: cipta, iaitu pemikiran/falsafah; rasa, iaitu perasaan yang terkesan oleh keadaan hidup dan pengalaman; dan karsa, iaitu kemahuan/kehendak yang mendorong manusia mencapai kesempurnaan hidup sebagai manusia yang berbudaya. Banyak cara yang diamalkan manusia untuk saling berhubungan; saling menyampaikan dan menerima cipta, rasa dan karsa. Contohnya, secara lisan dengan menggunakan bahasa tulisan, bahasa gerak tubuh dan juga seniman yang menggunakan unsur-unsur seninya sebagai bahasa pengantara. Pelukis berbicara menerusi lorek dan warna lukisannya. Tetapi, tidak ramai orang yang dapat memahami dan berbicara dalam bahasa pelukis yang disampaikan menerusi lorek dan warna itu. Adakala tanpa disedari, tindakan ibubapa yang mematahkan semangat berani mencuba anak-anak kecil membunuh sifat bakat kreativiti anaknya dalam kegiatan melukis. Ibubapa yang bijaksana akan mengalirkan kelakuan, seperti menconteng dinding, ke arah yang lebih bermanfaat. Dengan ini, karsa murni kanak-kanak itu dapat terus berkembang dan menghasilkan ciptaan-ciptaan kreatif yang berfaedah. Galakan yang membina haruslah disokong dengan kegiatankegiatan yang bersistem supaya dapat mendorong pelukis-pelukis kecil untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi lagi. Penyampai menggalakkan kanak-kanaka yang berbakat menjadi pelukis untuk terus memajukan diri dan kebolehannya dan berharap pameran-pameran yang akan datang akan menunjukkan karya-karya yang lebih tinggi mutunya.
107 85