Radio Broadcast Transcripts
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing Radio Broadcast Transcripts by Author "Muhammad Ariff bin Ahmad"
Now showing 1 - 20 of 143
Results Per Page
Sort Options
- PublicationOpen Access[Akronim](1982-05)Muhammad Ariff bin AhmadTranskrip ini adalah dari Siri Bimbingan Bahasa Melayu di radio mengenai 'Akronim'. 'Akronim' ialah singkatan daripada sesuatu frasa, tetapi tidak semua singkatan daripada frasa itu adalah akronim. Ciri-ciri yang menonjol untuk membezakan antara singkatan yang 'akronim' dan singkatan yang 'bukan-akronim' boleh dilihat. Contoh singkatan jenis 'akronim' seperti 'jejatas', 'jabanah', 'cerpen' dan lain-lain. 'Akronim' juga mengandungi sebutan yang menyamai perkataan biasa dan mempunyai makna leksikal masing-masing seperti 'Asas' (Angkatan Sasterawan) – yang menyamai perkataan biasa yang bermakna ‘dasar’, ‘yang paling mula’; dan Mendaki (Majlis Pendidikan Anak-anak Islam) – iaitu bermakna memanjat, naik ke atas. Singkatan yang bukan-akronim tidak boleh dibaca sebagai sebuah perkataan. Singkatan ini dibaca dengan menyebutkan abjad-abjadnya seperti KGMS (Kesatuan Guru-guru Melayu Singapura). 'Skronim' juga ditulis dengan huruf kecil atau huruf besar, tetapi singkatan yang bukan-akronim mestilah dieja dengan huruf besar.
1383 331 - PublicationOpen Access
242 140 - PublicationOpen AccessEjaan Rumi bahasa Melayu ejaan baru dan ejaan yang disempurnakan [Malay language Rumi spelling from the new to the improved](1987)Muhammad Ariff bin AhmadTranskrip ini adalah untuk siaran Radio 2, SBC, mengenai sejarah ejaan rumi bahasa Melayu ejaan baharu dan ejaan yang disempurnakan. Kata sepakat telah diperoleh dan kedua-dua pemerintah (Persekutuan Tanah Melayu dan Indonesia) telah bersetuju hendak menggunakan sistem ejaan Melindo serentak pada 1 Januari 1964. Apabila berlaku peristiwa konfrontasi Indonesia-Malaysia pada September 1963, perjanjian itu terbatal dan pelaksanaan Ejaan Melindo terencat. Sebaik selesainya konfrontasi, telah dimulakan kembali kerjasama menyatukan sistem ejaan bagi Malaysia dan Indonesia. Gabungan jawatankuasa ejaan itu telah mengkaji semula Ejaan Melindo dan mewujudkan satu sistem ejaan yang praktikal, ekonomikal dan ilmiah untuk bahasa Malaysia dan Indonesia. Dua buah risalah ejaan Malaysia-KOTI telah diterbitkan dalam tahun 1972 dan risalah panduan ejaan menunjukkan bahawa pembinaan ejaannya menggunakan abjad yang sama. Mengisahkan perihal perkembangan, perubahan dan penyamaan ejaan Rumi bahasa Melayu dan bahasa Indonesia tidak lengkap tanpa menyebut MBIM (Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia, sekarang MABBIM apabila negara Brunei menyertai sebagai anggota tetap pada tahun 1989). Majlis ini telah mengkaji secara terperinci ejaan yang terpakai di Indonesia dan di Malaya pada masa itu serta Ejaan Melindo sebelum merumuskan satu sistem ejaan yang dipakai sekarang ini di kedua-dua wilayah itu. Ini kemudiannya diikuti oleh Singapura dan Brunei. Masalah ejaan dianggap MABBIM sudah selesai walaupun masih terdapat perbezaan-perbezaan kecil. Sekarang, MABBIM memusatkan usahanya pada penetapan istilah dan perkamusan.
2366 1421 - PublicationOpen AccessEjaan Rumi bahasa Melayu ejaan yang selalu disalaheja [Malay language Rumi spelling errors](1987)Muhammad Ariff bin AhmadTranskrip ini adalah untuk siaran Radio 2, SBC, mengenai ejaan Rumi bahasa Melayu, iaitu ejaan-ejaan yang selalu disalah eja. Apabila Ejaan Rumi dirasmikan penggunaannya, tahun 1972 di Malaysia dan di Indonesia; tahun 1977 di Singapura, beberapa kesilapan yang menonjol terdapat dalam tulisan-tulisan sama ada di suratkhabar atau di kaca televisyen. Kesilapan itu berlaku kerana banyak orang menyangka bahawa perubahan ejaan itu berlaku pada penggunaan /o/ ke /u/ dan /e/ ke /i/ sahaja; seperti 'hormat' dieja 'hurmat', 'mereka' dieja 'merika', 'oleh' dieja 'olih' dan sebagainya. Selain daripada itu terdapat juga dalam pengejaan 'di' dan 'ke' yang dituliskan serangkai dengan kata dasarnya. Jawatankuasa Bahasa Melayu (Kementerian Kebudayaan Singapura) menasihatkan pengguna-pengguna bahasa Melayu di sini supaya menggunakan Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1981) sebagai pedoman mengejakan ejaan-ejaan umum dan dengan ini, banyak kesilapan yang menonjol mulai berkurangan. Pelajaran IRK (Pengetahuan Agama Islam) diajarkan di sekolah-sekolah menerusi bahasa Melayu tulisan rumi. Maka itu, banyak istilah khusus yang terguna dalam pelajaran itu yang perlu disebut menurut sebutan asalnya. Demi kepentingan ilmu pengetahuan, kaedah yang sama mesti diterapkan kepada pengejaan Melayu mengenai istilah-istilah khusus yang dipetik daripada bahasa asalnya. Juga mengelirukan banyak orang ialah tentang penasalan yang berlaku apabila kata dasar diimbuhi dengan awalan 'pe' atau 'me' dan menyalah eja kata dasar yang bermula dengan konsonan lemah serta diimbuhi awalan 'ke' seperti; 'tepi' menjadi 'ketepi'. Tetapi, apabila diimbuhi lagi dengan awalan 'me', maka jadilah kekata 'mengetepikan' dan bukan 'mengenepikan'.
783 294 - PublicationOpen AccessEjaan Rumi bahasa Melayu sehingga ejaan Melindo [Malay language spelling from Rumi to Melindo spelling](1987)Muhammad Ariff bin AhmadTranskrip ini adalah untuk siaran Radio 2, SBC, mengenai sejarah ejaan rumi bahasa Melayu sehingga ejaan Melindo. Selain daripada mengaturkan undang-undang ejaan rumi bahasa Melayu, Za'ba telah menyusun suatu daftar ejaan jawi dan rumi. Dalam masa Malaya diduduki Jepun akhbar 'Utusan Melayu', yang menjadi 'Marai Shimbun' pada masa itu, telah menerbitkan majalah bulanan 'Semangat Asia' dalam tulisan rumi. Dalam tahun 1943, Pemerintahan Malaya dan Sumatera telah disatukan dan di Singapura terbit sebuah lagi majalah bertulisan rumi, bernama 'Fajar Asia'. Namun, masih terdapat perbezaan beberapa ejaan pada kedua-dua majalah itu. Selain daripada perbezaan pada harmonisasi vokal, 'Fajar Asia' telah juga menerbitkan kekata baharu daripada kekata Melayu sendiri. Dan, pada 19 Mac 1947, Encik Soewandi, Menteri Pengajaran Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia telah mengumumkan penggunaan ejaan rumi baharu bagi bahasa Indonesia, yang bernama Ejaan Soewandi. Pada tahun 1956, Ejaan Asas 50 dan Ejaan PBMUM telah dibincangkan dalam agenda mengadakan satu sistem Ejaan Rumi yang sesuai digunakan bersama di Malaya dan di Indonesia. Berdasarkan itu, satu Kaedah Baharu Ejaan Rumi Bahasa Melayu diperkenalkan sebagai Ejaan Kongres. Pada tahun 1957, satu jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji Ejaan Kongress dan membawanya ke perundingan dengan Panitya Ejaan Republik Indonesia. Maka itu, lahirlah Ejaan Melindo, iaitu Ejaan Melayu Indonesia.
655 416 - PublicationOpen AccessEjaan Rumi bahasa Melayu sehingga ejaan Za’ba [Malay language spelling from Rumi to Za'ba spelling](1987-02-16)Muhammad Ariff bin AhmadTranskrip daripada rancangan Sari Bahasa yang disiarkan di SBC, W2. Penulis membicarakan tentang sejarah perkembangan sistem ejaan (Rumi) bahasa Melayu yang meliputi sistem ejaan yang dihasilkan oleh orang Eropah sehingga sistem ejaan yang dihasilkan Za'ba. Penulis menyenaraikan contoh-contoh untuk menunjukkan perubahan dalam sistem ejaan lama kepada sistem ejaan yang disusun Za'ba pada tahun 1933.
1352 1134 - PublicationOpen AccessKebudayaan dan masyarakat [Culture and society](1977-04-01)Muhammad Ariff bin AhmadTranskrip ini bertajuk ‘kebudayaan dan masyarakat’ dan disiarkan di Radio Singapura. Kebudayaan manusia dijelmakan oleh daya cipta dan rasa yang mencetuskan daya mencipta sesuatu bagi manusia untuk memperbaiki hidupnya selaras dengan alam dan zamannya. Perbezaan-perbezaan alam dan zaman menyebabkan keadaan dalam satu masyarakat itu berbeza dengan kebudayaan masyarakat yang lain. Unsur-unsur kebudayaan boleh mempengaruhi perubahan dalam kebudayaan sesuatu masyarakat. Misalnya mata pencarian di negara-negara perindustriaan berbeza dengan mata pencarian di kampung-kampung dan yang di luar bandar. Terdapat perbezaan jika dibandingkan aktiviti ekonomi di Singapura sebelum dan sesudah merdeka. Jenerasi ibubapa terdahulu menganggap bahawa 'adat' adalah disiplin yang mampu mengawal masyarakat dari kecabulan oleh unsur-unsur luar. Jenerasi kini pula sudah menolak banyak adat yang tidak sesuai dengan alam dan zaman sekarang. Generasi masa hadapan merupakan satu masyarakat integrasi yang intergrasi terbina dari unsur-unsur yang bersifat kepentingan umum. Jika integrasi itu berlaku dalam bentuk asimilasi, maka ia adalah berita yang menggembirakan, tetapi jika ia berlaku dalam bentuk akulturasi (kemasukan yang baru menghapuskan yang sedia ada) mungkin kebudayaan intergrasi itu akan merugikan satu pihak sambil menguntungkan yang lain. Perubahan-perubahan yang bersebabkan akulturasi atau asimilasi telah dan sedang berlaku pada kebudayaan, seperti kesenian, bahasa dan sastera, pendidikan, pengajaran dan lain-lain lagi. Penyampai menukil ucapan Menteri Negara Kanan bagi Kementerian Pelajaran yang menyatakan bahawa para pemimpin berhasrat agar kebudayaan, tradisi, nilai-nilai dan sikap-sikap ketimuran kita dipelihara di samping mempelajari teknologi barat yang perlu dimiliki untuk mencapai taraf kebudayaan material yang tinggi dalam kehidupan sekarang dan akan datang. Peranan bahasa dalam praktik sesuatu kebudayaan amatlah penting.
331 171 - PublicationOpen AccessM1(1988-02-14)Muhammad Ariff bin AhmadTranskrip ini adalah dari skrip M1 dari rancangan Mestika Pusaka dari siaran Radio 2, SBC dan adalah mengenai peribahasa yang menyentuh 'adat' seperti peribahasa; hidup dikandung adat, mati dikandung tanah; biar mati anak jangan mati adat dan sebagainya. Kekata 'adat' terpakai dalam bahasa Melayu dengan makna; 'sifat yang lazim bagi sesuatu benda' misalnya; adat air cair, adat api panas, adat gula manis dan lain2 sebagainya. Tetapi kekata 'adat' itu bermakna juga; 'peraturan yang sudah diamalkan turun-temurun semenjak dahulu kala' yang sudah menjadi semacam undang2 untuk dipatuhi oleh masyarakat yang mencipta adat itu. Dalam bahasa modennya, adat peraturan itu disebut 'discipline'. Ungkapan 'tidak beradat' dibahasakan kepada orang yang tidak sopan dan ia sama maknanya dengan 'kurang ajar'. Mereka yang melakukan kelakuan bersalah adat itu dikeluarkan dari masyarakat golongannya seperti peribahasa 'biar mati anak jangan mati adat'. Peribahasa 'hidup dikandung adat, mati dikandung tanah' menegaskan bahawa hidup manusia mestilah terkawal oleh peraturan2 tertentu seperti adat berumahtangga dan berjiran. Peribahasa 'adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah' ialah adat yang tidak berubah dan tetap untuk zaman berzaman. Bagaimanapun apabila adat itu diselaraskan dengan syarak dan terdapatlah beberapa adat yang bertentangan dengan syarak maka wajiblah kita meninggalkan adat dan menegakkan syarak. Dalam masa mengerjakan adat atau memenuhi kewajipan haruslah sentiasa ingat bahawa mengerjakan sesuatu hendaklah menurut kebiasaan yang sah dari segi adat dan sah dari segi syarak. Skrip ini membincangkan banyak lagi tentang peribahasa2 lain seperti; adat periuk berkerak, adat lesung berdedak; adat muda menanggung rindu, adat tua menahan ragam; dan adat lurah timbunan sarap.
154 68 - PublicationOpen AccessM10(1988-05-19)Muhammad Ariff bin AhmadTranskrip ini adalah dari skrip M10 dari rancangan Mestika Pusaka dari siaran Radio 2, SBC dan adalah perbincangan mengenai peribahasa yang mempunyai kekata 'mata'. Mata ialah anggota deria yang utama dan frasa 'dari mata turun ke hati' mengungkap bahawa kedatangan segala perkara bermula dari mata; sama ada yang membawa bahagia atau yang mendatangkan malapetaka. Demikian pula pengajaran peribahasa: 'kerana mata, buta; kerana hati, mati' yang bermakna barangsiapa mengikut hawa nafsu akhirnya pasti binasa. Skrip ini membincangkan peribahasa2 lain seperti: 'hilang di mata di hati jangan', 'sumbang di mata, binasa di hati', 'mata telah rabun, bandar pun terbuka; gigi sudah gugur, tebu pun menjadi', 'biar putih tulang jangan putih mata' dan banyak lagi. Peribahasa 'beraja di mata bersultan di hati', bermaksud orang yang melakukan sesuatu menurut kehendak hatinya sendiri dan bertindak 'membujur lalu melintang patah' adalah orang yang keras hati dan kemahuannya dan juga keras kepala. Tetapi apabila 'silap mata pecah kepala' kerana melakukan sesuatu kerja tanpa kira bicara, kesudahannya mendapat bencana. Adapun peribahasa2 seperti: 'berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul', 'mata memandang apa hendak sakit; bahu yang memikul timpa perasaan', 'mata tahu memandang sahaja, bahu juga yang tahu beratnya' dapat kita lihat perhubungan mata dengan bahu. Walaupun mata tidak terasa berat memikul seperti bahu, namun mata masih terasa berat memandang. Peribahasa: 'bermata, mata kayu; bertelinga, telinga kuali' menyindir sikap setengah2 orang yang disebut pemimpin padahal dia tidak memimpin, dia hanya menyuruh pengikutnya berbuat apa yang boleh mendorong dia lebih ke depan. Dia tidak mengambil berat dan tidak peka terhadap masalah jemaahnya. Peribahasa2 'mata tidur bantal berjaga', 'mata kejam bantal membuat ragam', 'kepala rebah, mata melayang; bantal bangkit main wayang' adalah sindiran untuk perempuan curang dan tidak setia. Skrip ini membincangkan banyak lagi peribahasa2 lain.
107 183 - PublicationOpen AccessM11(1988-05-25)Muhammad Ariff bin AhmadTranskrip ini adalah dari skrip M11 dari rancangan Mestika Pusaka dari siaran Radio 2, SBC dan adalah perbincangan mengenai kelakuan. Pantun umpama boleh diteliti menerusi dua sudut perhatian. Pertama, perhatian biasa dan kedua, perhatian dari sudut bahasa. Kebijaksanaan peribahasa 'ikan busuk jangan dibuang, buat perencah taruknya kayu' itu ialah bahawa, orang2 yang kurang keupayaan jangan dihina kerana mereka masih lagi berguna untuk melakukan kerja2 yang sesuai dengannya yang mungkin orang2 sempurna segan melakukannya. Tiap2 orang ada kelebihannya sendiri dan ini di tunjukkan dalam peribahasa 'kuat ikan kerana radai; kuat burung kerana sayap; kuat ketam kerana sepit' dan begitu juga dengan kelebihan manusia yang terletaknya di akal. Akal yang disalah guna mendatangkan bencana 'bagai senjata makan tuannya', 'bagai nanah memaman darah'. Skrip ini juga membincangkan peribahasa2 seperti: 'ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan', 'ikan digulai sudah melompat', 'anak ikan dimakan ikan, tahu makan tahu simpan', 'hilang ikan dalam kerabu' dan banyak lagi. Peribahasa 'sebab nila setitik rosak susu sebelanga' itu persis dengan makna peribahasa 'ikan seekor rosakkan ikan setajau' atau 'ikan sekambu rosak oleh ikan seekor'. Peribahasa2 itu menyindir seseorang penjenayah jika dicampurkan dalam kumpulan belia yang masih suci pasti belia2 suci itu akan terpengaruh dan akan menjadi pengikut. Namun lain pula makna peribahasa 'seekor kerbau membawa lumpur semuanya terpalit' yang bererti kesalahan atau kejahatan seseorang itu membabit atau membawa-bawa rakan2 sekumpulannya. Yang jahat tetap seorang penjahat itu sahaja, cuma kerana kelakuannya rakan2nya terbabit bukan terlibat atau menjadi penjahat sama. Peribahasa 'terkilat ikan di air sudah tahu jantan betinanya' membahasakan seseorang yang sangat awas perhatiannya serta sangat pandai rnenangkap perkataan orang. Manakala ungkapan2 'sedang yang ditapak tangan lagikan sukar, inikan pula yang masih berenang di air' dan 'jauhari juga yang mengenal manikam' membahasakan hanyalah orang yang cukup mahir, bijaksana dan ahli ilmu sahaja yang mengetahui 'mana yang kaca mana yang batu..mana yang asli mana yang palsu'. Skrip ini membincangkan banyak lagi peribahasa2 lain.
294 169 - PublicationOpen AccessM12(1988-06-06)Muhammad Ariff bin AhmadTranskrip ini adalah dari skrip M12 dari rancangan Mestika Pusaka dari siaran Radio 2, SBC dan adalah perbincangan mengenai kehidupan bermasyarakat. Di dalam peribahasa 'seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul', frasa 'berjalan betul' membawa pengertian bergerak dan bertindak menurut hukum kerama. Malangnya ibubapa ketam yang hendak membetulkan jalan anaknya pun berjalan menyisi juga. Maka itu peribahasa itu adalah sindiran kepada orang yang cuba mengajar orang lain supaya berbuat baik padahal dirinya sendiri bukan orang baik. Peribahasa 'anak anjing takkan menjadi anak musang jebat' tidak selaras dan senada dengan peribahasa 'anak kambing takkan menjadi anak harimau'. 'Musang jebat' di anggap berkedudukan tinggi lagi mulia dari anjing dan peribahasa yang kedua bermaksud bahawa orang yang penakut atau pengecut tidak akan menjadi berani seperti anak harimau. Peribahasa 'anak di riba di letakkan, kera di hutan disusui' dan 'kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran' menemplak sikap setengah2 orang yang kononnya suka 'berbuat bakti' rnenolong menyelesaikan pekerjaan orang lain sedangkan tanggungjawabnya sendiri diabaikan. Lain pula kalau peribahasa 'anak kandung ditimang-timang, anak tiri ditenking-tengking' dan 'anak sendiri disayang anak tiri dibengkeng' bermakna sikap 'berat sebelah' yang terlalu kelihatan. Skrip ini membincangkan peribahasa2 seperti: 'buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali', 'panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari', 'anak harirnau jangan dibela pelihara', 'anak harimau jangan diajak bertampar, ingat-ingat kukunya', 'anak harimau jangan diajar makan daging' dan banyak lagi. Peribahasa 'anak kera hendak diajar memanjat' adalah suatu sindiran terhadap orang yang hendak menunjukkan kepandaiannya untuk mengajarkan sesuatu kepada seseorang yang disangkanya tiada tahu padahal orang itu ialah pakar dalam hal yang hendak diajar. Peribahasa ini tidak sesuai diselaraskan dengan tindakan: anak Melayu hendak diajar bahasa Melayu kerana ia merupakan tindakan yang perlu demi mempertingkat mutu generasi baru dari segi ilmu dan sikap bahasa. Skrip ini membincangkan banyak lagi peribahasa2 lain.
151 151 - PublicationOpen AccessM13(1988-06-17)Muhammad Ariff bin AhmadTranskrip ini adalah dari skrip M13 dari rancangan Mestika Pusaka dari siaran Radio 2, SBC dan adalah perbincangan mengenai kelakuan yang di babitkan dengan naluri dan tabiat 'anjing'. Orang yang tidak mengenang budi diibaratkan 'seperti melepaskan anjing tersepit'. Dan orang yang diberi muka lalu menjadi sombong dan bongkak diberikan peribahasa 'anjing ditepuk menjungkit ekor' ataupun 'bagai kaduk naik junjung'. Orang yang tamak dan haloba dianggap sebagai 'macam anjing dengan bayang' dan 'seperti anjing berebut tulang'. Skrip ini juga membincangkan peribahasa2 seperti: 'anjing diberi makan nasi takkan kenyang', 'anjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas, namun kalau ada kesempatan, nescaya berulang-ulang juga ke tempat najis itu', 'anjing biasa makan tahi, jika tak makan mencium ada juga', 'anjing itu, kalau dipukul sekali pun, berulang juga ia ke tempat yang banyak tulang'. Peribahasa2 ini menunjukkan kelakuan2 negatif orang yang suka bergelumang dengan maksiat. Orang yang tidak mengendahkan apa yang berlaku di keliling hidupnya dan tidak menyesuaikan diri dengan kehidupan moden diibaratkan sebagai 'sepuluh jong masuk, anjing bercawat ekor juga'. Peribahasa 'anjing menyalak bukit takkan runtuh' membahasakan bahawa orang yang rendah kedudukannya dalam masyarakat, jika mereka mencela, menegur atau menasihat orang2 mulia atau orang terhormat, maka celaan, teguran dan nasihat itu tidak menjejas orang2 terhormat tadi. Dan jika orang yang menasihati orang yang mulia itu di umpamakan 'bagai anjing buruk kepala' maka bertambah-tambahlah tidak lakunya nasihat tadi. Bagaimanapun, jika hal itu berlaku kepada darah dagingnya sendiri, orang akan menerimanya dengan rasa kesal maka wujudlah peribahasa 'anjing kepada orang, raja kepada kita', buruk atau baik anak itu, anak sendiri juga. Skrip ini membincangkan banyak lagi peribahasa2 lain.
299 123 - PublicationOpen AccessM14(1988-06-28)Muhammad Ariff bin AhmadTranskrip ini adalah dari skrip M14 dari rancangan Mestika Pusaka dari siaran Radio 2, SBC dan adalah perbincangan mengenai peribahasa yang dianggap sebagai pembimbing kehidupan. Perbilangan ialah serangkai pepatah dan bidalan yang timbal menimbal merupakan hukum atau perlembagaan hidup manusia yang diterapkan menerusi peribahasa. Skrip ini membincangkan tentang peribahasa seperti: 'siapa menjala siapa terjun', 'siapa berhutang siapa membayar', 'siapa salah siapa bertimbang', 'siapa membunuh siapa kena bunuh'. Kita hidup dalam alam perlumbaan dan untuk berjaya dan cemerlang dalam kehidupan haruslah menyertai perlumbaan. Peribahasa 'siapa cerdik tinggi naik; siapa calak menang berhitung' bermakna bahawa orang yang pandai berkata-kata [walaupun kadang-kadang perkataannya itu tidak benar], orang akan terpengaruh dan percaya kepada perkataannya. Manakala peribahasa 'si bodoh makanan si cerdik, si lemah makanan si gagah' maka jika tidak mahu jadi makanan si cerdik, mestilah jadi orang cerdik. Peribahasa: 'ceki dua lawang' mengungkap orang yang mempunyai dua peluang untuk beroleh keuntungan. Dalam bahasa percakapan 'awang' atau 'peluang' itu disebut juga 'lubang' dan frasa 'lubang kerja' bermaksud 'peluang bekerja'. Peribahasa 'gali lubang tutup lubang' menyindir seseorang yang mengambil peluang meminjam wang untuk membayar hutang tetapi masih terbelenggu oleh hutang. Skrip ini juga membincangkan peribahasa seperti: 'siapa lu siapa gua', 'seperti kera sumbang', 'bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing', 'siapa makan cabai dialah berasa pedas', 'siapa luka siapa menyiuk, siapa sakit siapa mengaduh', 'siapa berkotek siapa bertelur ' dan banyak lagi. Peribahasa: 'siapa berkata harus berkota' atau 'barang yang dikata itulah kota' menuntut supaya janji harus ditepati dan janji itu letaknya di lidah. Kata mesti di kotakan dan jika tidak mahu ditagih bukti jangan pepandai mengikat janji. Seperti peribahasa 'siapa gatal dialah menggaru' yang memberi makna: barangsiapa yang melakukan sesuatu yang tidak senonoh maka dialah yang harus menanggung akibatnya. Skrip ini membincangkan banyak lagi peribahasa2 lain.
117 119 - PublicationOpen AccessM15(1988-07-05)Muhammad Ariff bin AhmadTranskrip ini adalah dari skrip M15 dari rancangan Mestika Pusaka dari siaran Radio 2, SBC dan adalah perbincangan mengenai hidup berkeluarga. Apabila orang berkata: 'bagai kacang lupakan kulit' maka diibaratkan orang itu sebagai seseorang yang lupa akan asal keturunannya; ataupun tidak mengenang jasa orang yang berbudi khususnya ibu bapanya sendiri. Ibu bapalah yang memelihara, melindungi dan menyara segala-galanya seperti peribahasa 'bagai menatang minyak yang penuh'. Di lakukan dengan sangat cermat sehingga minyak itu tidak menitik apalagi akan tumpah. Skrip ini juga membincangkan tentang peribahasa2 seperti: 'takut titik lalu tumpah', 'takut akan hantu, lari ke pandam', 'takut akan mayat terpeluk bangkai', 'takut di hantu terpeluk ke bangkai' yang semuanya bermakna keadaan seseorang yang takut rugi sedikit lalu menderita kerugiaan yang banyak. Peribahasa 'bagai.melukut ditepi gantang' itu menyindir seseorang yang tidak diperlukan dalam keluarganya ataupun dalam masyarakatnya tetapi ia kadang2 digunakan orang sebagai alasan merendah diri tatkala diajak bersama-sama memberi sumbangan untuk menjayakan sesuatu pekerjaan. Orang begini menggunakan peribahasa itu sebagai orang merajuk atau untuk mengelakkan diri daripada terlibat dalam pekerjaan yang tak dapat disertai. Peribahasa 'bagai aur dengan tebing' pula mengungkap juga persahabatan yang sangat karib, sangat rapat seperti isi dengan kuku dan juga perihal suami-isteri yang sangat berkasih-kasihan ibarat: 'kok bukit sama didaki', 'kok lurah sama dituruni', 'yang berat sama dipikul', 'yang ringan sama dijinjing', 'hati gajah sama dilapah', 'hati nyamuk sama dicecah'. Namun bak kata bagai 'gigi dengan lidah, ada kalanya tergigit juga' bermaksud yang bahawa perhubungan orang bersanak famili atau yang bersuami isteri memang banyak gendala, sentiasa teruji. Lain lah halnya, jika rakan hubungan seseorang itu tiada setia dan ada yang bersikap seperti yang dibahasakan peribahasa 'telunjuk lurus kelingking berkait' yang menyindir orang yang kelihatan manis perkataannya tetapi busuk niatnya. Orang begini pada lahirnya tampak berbudi tetapi hakikatnya disebaliknya. Ibarat peribahasa 'rosak badan kerana penyakit; rosak bangsa kerana laku' maka peribahasa itu lebih mencela perbuatan keji seseorang kerana kekejian itu menjejas nama baik keluarga, masyarakat dan bangsanya. Skrip ini membincangkan banyak lagi peribahasa2 lain.
86 73 - PublicationOpen AccessM16(1988-07-09)Muhammad Ariff bin AhmadTranskrip ini adalah dari skrip M16 dari rancangan Mestika Pusaka dari siaran Radio 2, SBC dan adalah perbincangan peribahasa mengenai sifat manusia. Manusia memang sentiasa berniat dan berbuat baik, namun dalam perjalanan menuju kebaikan itu adakala mereka terdorong atau terpesong ke simpang yang membawa tempat celaka atau menjadikannya sesat. Peribahasa 'sesat di hujung jalan; balik ke pangkal jalan' atau 'sesat surut terlangkah kembali' menganjurkan seseorang apabila tersedar yang mereka telah melakukan kesilapan atau kesalahan, maka hendaklah segera mereka berhentikan perbuatan salah itu. Peribahasa 'bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar' adalah satu nasihat supaya sentiasa berhati-hati, bercermat dan beringat jangan sampai orang akan 'memulangkan paku buah keras' yakni memulangkan kata-kata mengungkit-ngungkit kesalahan seseorang yang hampir di lupai supaya seseorang itu tidak mengulangi lagi kesilapan atau kesalahan yang telah dilakukan itu. Skrip ini membincangkan tentang peribahasa seperti: 'sudah kalah baru berkubu', 'sudah terantuk baru tengadah', 'sudah kecurian baru mengunci pintu', 'sudah lulus baru hendak melantai', 'terperlus maka hendak menutup lubang' dan banyak lagi. Menurut peribahasa 'belum duduk sudah berlunjur' bermaksud yang pekerjaan harus dilakukan berperingkat-peringkat mengikut tahap demi tahap supaya pekerjaan itu selamat. Seperti juga peribahasa 'membilang dari se; membaca dari alif' merupakan suatu nasihat supaya menggarap tugas dengan tertib; yang dahulu didahulukan yang kemudian dikemudiankan, ibarat peribahasa 'bertangga naik berjenjang turun'. Ia menganjurkan supaya setiap pekerjaan digarap menurut aturan yang ditentukan. Jika hendak mengajar mengajarlah mulai dari yang mudah dan meningkat kepada yang payah. Peribahasa 'segan berkayuh perahu hanyut' digunakan orang untuk menempelak seseorang yang malas bekerja kerana orang yang malas tak ada ubatnya. Adapun kekatah 'segan' di peribahasa itu bermakna 'malu dan segan' namun 'malu' yang dikatakan orang beriman lagi budiman adalah 'malu' yang dituntut Islam seperti peribahasa 'takut kerana salah, berani kerana benar'. Peribahasa boleh juga bermaksud menempelak seseorang yang telah berbuat salah tetapi takut mengadapi pengadilan. Skrip ini membincangkan banyak lagi peribahasa lain.
133 137 - PublicationOpen AccessM17(1988-07-15)Muhammad Ariff bin AhmadTranskrip ini adalah dari skrip M17 dari rancangan Mestika Pusaka dari siaran Radio 2, SBC dan adalah perbincangan peribahasa mengenai manusia. Kelainan sekitaran menjadikan manusia tidak sama; tidak sama sifat perangainya, tidak sama budi bicaranya, tidak sama daya upayanya dan, tidak sama pula mutu peribadinya. Peribahasa 'belakang parang diasah lagikan tajam' mengumpamakan bahawa seseorang walaupun bodoh, jika diajar dan diasuh dengan sempurna lambat laun menjadi pandai juga. Seperti peribahasa 'genggam bara api biar sampai jadi arang' menganjurkan bahawa apabila melakukan sesuatu pekerjaan hendak lah dikerjakan dengan sungguh-sungguh tapi jangan sampai 'berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi' yang mengungkap sikap orang yang segera berundur apabila menghadapi cabaran. Skrip ini membincangkan tentang peribahasa seperti: 'hidup pohon biar berbuah, hidup manusia biar berfaedah', 'hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati ', 'hutang semir belum langsai, hutang kajang datang pula' dan banyak lagi. Demikian pula halnya dengan peribahasa 'mengukur baju di badan sendiri' dimana tiap pekerjaan yang hendak dibuat haruslah sesuai dari segi kebolehan dan kemampuan. Sikap 'mengata dulang paku serpih; mengata orang aku yang lebih' atau 'mengata dulang bawak serpih, mengata orang awak yang lebih' menempelak seseorang yang gemar mencela atau mengata-ngata orang lain padahal dirinya sendiri lebih buruk daripada orang yang dikatai. Peribahasa 'berjalan pelihara kaki, bercakap pelihara lidah' atau 'berjalan selangkah mengadap surut berkata sepatah difikirkan' mengajari manusia supaya sentiasa memikirkan kelakuan dan perbuatan yang mungkin boleh membangkitkan persengketaan. 'Berjalan selangkah mengadap surut' bermakna menengok atau menoleh ke belakang. Maka untuk mengekalkan keharmonian dan keamanan orang bermasyarakat, kita disindir peribahasa dengan katanya 'berjalan sampai ke batas, belayar sampai ke pulau' yang mengajari manusia bahawa tiap yang dilakukan atau dikerjakan adalah mempunyai tujuan dan matlamat tertentu. Skrip ini membincangkan banyak lagi peribahasa lain.
118 134 - PublicationOpen AccessM18(1988-07-26)Muhammad Ariff bin AhmadTranskrip ini adalah dari skrip M18 dari rancangan Mestika Pusaka dari siaran Radio 2, SBC dan adalah perbincangan peribahasa mengenai kehidupan manusia. Kadang-kadang kita terjebak di dalam keadaan serba salah seperti peribahasa 'ditelan mati emak, diluahkan mati bapak' yang menyingkap keadaan orang yang sudah putus asa menghadapi keadaan serba salah tanpa huraian yang munasabah. Peribahasa 'untung sabut timbul; untung batu tenggelam' menunjukkan orang tidak yakin kepada kebolehan dirinya dan berserah kepada keadaan. Mereka mungkin terlupa peribahasa 'berapalah besar dan dalamnya Laut Kalzum, besar dan dalam lagi dada manusia' atau 'dada manusia tidak dapat diselam' yang mengungkap bahawa tiada siapa dapat menduga pengetahuan dan kemahuan manusia. Skrip ini turut membincangkan peribahasa seperti: 'kuman di seberang laut tampak, gajah bertengger di pelupuk mata tiada tampak tadi', 'langit dapat dilukis; sudut kambut diserayakan', 'hendak menegakkan benang basah ', 'bangkai gajah, bolehkah ditudung dengan nyiru' dan banyak lagi. Seseorang yang ingin mencapai suatu kebaikan atau hendak melakukan sesuatu kerja kebajikan tetapi tiada upaya melakukannya disindir peribahasa 'akan memikul tidak berbahu; akan menjunjung tiada berkepala'. Di sini kekata 'bahu' itu mengungkap tenaga atau alat untuk bekerja dan 'kepala' itu mengungkap akal atau ilmu. Peribahasa 'yang dikejar tiada dapat; yang dikendong berciciran' itu menyindir orang yang mengejar keuntungan yang banyak tetapi belum pasti diperolehi namun dia sanggup meninggalkan keuntungan yang sedikit tetapi yang sudah pasti 'dalam tangan'. Ungkapan 'dalam tangan' memberikan makna 'sudah tentu akan didapat' atau 'sudah sedia terpunya' maka tak payah dicari di mana-mana. Juga 'orang yang untung sekarung rugi seguni' sama seperti nasib orang 'yang dikejar tiada dapat, yang dikendong berciciran' dan 'mendengarkan guruh di langit, air di tempayan dicurahkan'. Penulis mengongsikan cerita kesusasteraan rakyat yang mendongengkan kisah seorang saudagar yang mahu cepat kaya hingga akhirnya dia papa sekali. Skrip ini membincangkan banyak lagi peribahasa lain.
108 79