Speech Transcripts
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing Speech Transcripts by Author "Muhammad Ariff bin Ahmad"
Now showing 1 - 20 of 78
Results Per Page
Sort Options
- PublicationOpen AccessAgama dan kebudayaan dalam masyarakat kosmopolitan [Religion and culture in the cosmopolitan society](1987-06-06)Muhammad Ariff bin AhmadUcapan ini mengenai agama dan kebudayaan dalam masyarakat kosmopolitan. Penyampai mentakrifkan tiga hal yang yang berkaitan dengan topik ini iaitu; agama, kebudayaan dan masyarakat kosmopolitan. Penyampai juga membincangkan tentang masyarakat warga negara Singapura yang tidak dapat dianggap masyarakat kosmopolitan kerana dalm banyak hal masyarakat itu terikat oleh satu kebangsaan. Maka penyampai cuma melihat dari sudut kelompok Melayu sahaja. Kesimpulannya adalah amalan kebudayaan tidak ditegah oleh agama selagi amalan itu tidak bertentangan dengan ajaran agama.
128 133 - PublicationOpen AccessAlu-aluan seminar dan peraduan menyanyikan lagu-lagu Melayu asli [Welcome speech at the seminar and native Malay songs singing contest](2003-08-28)Muhammad Ariff bin AhmadLagu-lagu Melayu Asli merupakan warisan biduan leluhur yang terwaris kepada waris-warisnya, seniman penyanyi zaman kini. Namun, kehidupan budaya itu bergantung kepada situasi tiga faktor (manusia, zaman dan lokasi). Melalui irama dan wacana lagu-lagu Melayu Asli, masyarakat dapat mengagak kesantunan bahasa Melayu pada zaman dahulu. Untuk memelihara harmoni dalam kehidupan masyarakat majmuk seperti di tanah air ini, haruslah bijaksana kerana asas harrnoni ialah akur dalam perkara-perkara yang sama dan toleran pada perkara-perkara yang berbeza. Penyampai berharap agar seminar dan peraduan menyanyi ini akan merupakan sukat ukur bagi menilai lagu-lagu Melayu Asli yang sedang menghadapi cabaran faktor-faktor manusia, zaman dan lokasi yang telah disebutkan tadi.
185 94 - PublicationOpen AccessASAS 50 25 tahun [25 years of ASAS '50]Muhammad Ariff bin AhmadPada umumnya, Asas 50 telah dilahirkan pada 6 Ogos 1950 di rumah kediaman penulis tetapi umum tidak mengetahui tentang kisah-kisah pra-lahir Asas 50. Penyampai menyingkap beberapa kisah pra-lahir Asas 50 agar menjadi suatu pengetahuan dan perhatian anggota-anggota Asas 50 yang muda-muda. Keinginan penulis untuk mengajak penulis-penulis setanah air supaya bersatu dalam sebuah persatuan sudah ada semenjak beliau menuntut di maktab perguruan lagi. Apabila ebeliau dilantik menjadi anggota jawatan BPP/KGMS, beliau mencadangkan supaya KGMS mengambil inisiatif mengundang para penulis, pengarang dan ahli-ahli bahasa Melayu untuk menubuhkan kesatuan. Penyampai juga menyenaraikan anggota-anggota pengasas dan juga jawatan protem untuk menggubal undang-undang dan perlembagaan Asas 50. Dan pada 30 September 1950, pertemuan diadakan untuk mengesahkan undang-undang perlembagaan, merancang kegiatankegiatan dan perlantikan jawatankuasa bagi tahun pertama (1950-1951).
384 125 - PublicationOpen AccessBengkel interaktif pengajaran peribahasa [Workshop for interactive teaching of proverbs](2003-03-18)Muhammad Ariff bin AhmadUcapan ini disampaikan di majlis pembukaan bengkel interaktif pengajaran peribahasa dan juga pelancaran buku 'Peribahasa Menjana Minda'. Penyampai mendahului dengan mengucapkan terima kasih kepada penganjur dan juga penulis Mohamad Gani Ahmad yang juga mantan Pegawai Pakar Kurikulum Bahasa Melayu di Kementerian Pendidikan Singapura. Penyampai membincangkan kekata 'peribahasa' yang difahami orang sebagai satu wacana yang halus dan mendorong kepada kebaikan. Beliau merujuk kepada buku-buku tentang peribahasa terdahulu seperti '200 tanya jawab sastera Indonesia' (1954) oleh Dr Usman Effendi dan 'Ilmu mengarang Melayu' (1934) oleh Za'bar dan lain-lain. Buku 'Peribahasa Menjana Minda' ini dapat membantu pengajar dan pelajar dengan baik kerana kandungannya yang penuh dengan peribahasa yang dibincangkan maknanya dan ditunjukkan contoh penggunaannya. Peribahasa yang kumpulkan adalah yang terambil daripada senarai peribahasa yang harus dipelajari pelajar-pelajar di sekolah-sekolah rendah dan menengah di Singapura.
326 92 - PublicationOpen AccessBengkel Sintaksis MAPS/CDIS [MAPS/CDIS Syntax Workshop](1986-08-30)Muhammad Ariff bin AhmadBengkel ini adalah yang terakhir dalam siri 4 pertemuan buat pusingan tahun 1986. Penyampai mengongsikan pendapat beliau tentang bahasa sebagai suatu yang menyeluruh yang terdiri daripada beberapa aspek yang terdisiplin, seperti aspek sintaksis misalnya, yang saling babit-membabit dalam pembentukan satu-satu unit bahasa. Namun, penyampai berharap bahawa apabila membincangkan sintaksis, janganlah sampai terabai masalah aspek-aspek tatabahasa yang lain seperti morfologi, semantik, logika bahasa dan sebagainya. Penyampai memberikan contoh-contoh kekata yang dipetik daripada kertas-kertas kerja yang akan dibentangkan kelak. Kekata 'bengkel bahasa' diharapkan menjadi tempat guru-guru bahasa untuk memperbaiki serta mempertingkatkan pengembangan dan penggunaannya sambil memperkemaspengajaran. Seperti mana Islam mengajar supaya kita menyelesaikan masalah apapun menerusi musyawarah maka bengkel-bengkel seperti ini amat sesuai dijadikan dewan musyawarah untuk menyelesaikan banyak masalah mengenai pengembangan dan pengajaran bahasa.
289 84 - PublicationOpen AccessBicara Jauhari 1(1995-03-19)Muhammad Ariff bin AhmadUcapan ini disampaikan di majlis Bicara Jauhari 1 anjuran Asas '50. Penyampai juga membentangkan penglibatan Asas 50 seperti mengukuhkan hubungannya dengan PPJ (Persatuan Penulis Johor) terutamanya berhubung dengan urusan Dialog Selatan dan juga dialog dengan badan-badan lain untuk membicarakan hal penerbitan dan berkongsi pengetahuan dan pengalaman sastera.
148 140 - PublicationOpen AccessBulan Bahasa Kebangsaan 1966 [National Language Month 1966](1966-12-10)Muhammad Ariff bin AhmadUcapan ini disampaikan di penghujung kempen Bulan Bahasa Kebangsaan 1966. Sesuai dengan dasarnya bahawa LTK (Lembaga Tetap Kongres) sentiasa ingin mencari jalan untuk berusaha dan memajukan, mempopularkan dan menggalakkan penggunaan bahasa Melayu, LTK menyambut baik tawaran bekerja sama dari mana-mana pihak untuk kepentingan bahasa kebangsaan itu.
105 100 - PublicationOpen AccessBuona Vista Secondary School Speech Day 1980(1980-08-01)Muhammad Ariff bin AhmadUcapan - sempena Hari Ucapan dan majlis penyampaian hadiah di Sekolah Menengah Bouna Vista. Penyampai ucapan menyentuh tentang pencapaian sekolah dan memetik mesej Pengetua sekolah mengenai kepentingan untuk berjaya dalam pendidikan. Beliau juga menekankan pentingnya tabiat membaca sebagai suatu kaedah untuk memperolehi pengetahuan.
175 78 - PublicationOpen AccessForum Sastera Wanita KAMUS [KAMUS Women’s Literature Forum](1992-07-18)Muhammad Ariff bin AhmadUcapan ini disampaikan di suatu forum anjuran KAMUS dengan tema: sastera wanita - peranan dan cabaran. Forum ini membincangkan hal-hal yang bersangkut-paut dengan penulis-penulis wanita. Sekitar tahun 50-an, banyak penulis wanita seperti Wancik Abdullah, Rayuan Sukma, Ashikin Budiman, Djah Lelawati dan banyak lagi, memenuhi ruangan sastera majalah-majalah pada masa itu. Namun, kebanyakan daripada mereka tumbuh dan menghilang atau timbul dan tenggelam seolah-olah kehabisan daya upaya. Ada yang menulis sekadar untuk mendapatkan gelaran 'penulis' atau 'sasterawan' dan mula sibuk dengan kesibukan yang tidak perlu dan seterusnya memberikan alasan tidak ada masa untuk menulis. Ada juga yang berhenti menulis apabila menjadi isteri atau ibu sebab tanggungjawab sebagai isteri/ibu dikatakan begitu sibuk untuk mereka menulis dan yang berpindah bidang karya daripada sasterawan ke usahawan. Penyampai merujuk kepada penulis allahyarham Noor S I yang telah meninggalkan serangkai kata yang sangat berhikmat kepada penulis lain: ‘sekali jadi penulis kita mesti terus menulis hingga ke akhir hayat’. Penyampai yakin bahawa rahsia bagi Noor S I untuk berjaya menjadi penulis yang menulis hingga akhir hayatnya adalah dengan mengazamkan kemahuannya, direlakannya segala suka-duka pengalamannya menjadi penulis, diperkukuh ketahanannya dan diperhebat segala percubaannya. Jika penulis-penulis wanita, yang hadir di forum ini bersedia dan bertindak untuk menhadapi masalah dan cabaran yang dikemukakan, maka mereka akan lebih bersedia dan berperanan lebih besar dalam menghasilkan karya yang lebih baik menjalang abad ke-21.
107 118 - PublicationOpen AccessKata alu-aluan: Malam Senandung Deli [Welcome speech: Senandung Deli Night]Muhammad Ariff bin AhmadMalam Senandung Deli dianjurkan oleh Karim Iskandar sebagai lanjutan kegiatan tahunannya mengumpul dan memperkenalkan para seniman-seniwati dengan mengambil sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri. Walaupun kegiatan-kegiatan tahun lampau tetamu-tetamu terkumpul daripada kalangan penyanyi dan pelakon, kemudian dicampurkan dengan wartawan hiburan, namun penganjur mula mengimbau karyawan sastera untuk turut serta. Ungkapan 'Senandung Deli' itu sinonim dengan 'Lagu Melayu Asli' yang murni dan kebanyakan sasterawan akan mengaitkan nama Deli itu dengan roman 'Merantau ke Deli' karya Hamka (1941). Penyampai merujuk kepada kisah dan tempat itu yang dinamakan Deli dan mengajak tetamu mengambil iktibar untuk memanfaatkan pertemuan itu.
101 130 - PublicationOpen AccessKertas ucapan kepada tamu dan peserta "Perkampungan Sastra 73" [Speech delivered to the guests and participants of the "Perkampungan Sastra 73"](1973-08-04)Muhammad Ariff bin AhmadKertas ucapan ini telah di sampaikan di perkampungan sastera pada tahun 1973. Penyampai membincangkan tentang 'tatatertib dan tatacara perkampungan' yang merangkumi aktiviti, apresiasi dan kreativiti sastera. Penyampai menyebut tentang aktiviti sastra.
112 139 - PublicationOpen AccessKetinggian budi [The height of kindness](1948-07)Muhammad Ariff bin AhmadUcapan ini adalah sebahagian daripada cenderamata SITC dan mengongsikan beberapa rangkap pantun. Menerusi kata-kata yang digunakan dalam pantun tersebut, dapatlah dilihat betapa tingginya kedudukan 'budi' dalam kehidupan kita sehari-hari. Dalam peraturan hidup, berkelakuan tidak baik tidak akan meningkatkan diri ke darjah yang tinggi atau membuat kita berjaya. Jika ingin berkehendakkan hidup yang baik, maka perbaikilah budi terlebih dahulu. Menurut ahli filosofi yang pernah berkata bahawa setiap yang terjadi kepada diri seseorang juga akan terjadi kepada masyarakat'. Demikianlah halnya budi. Ketinggian dan kepercayaan ramai terhadap sesuatu masyarakat semuanya memandangkan kepada budinya. Penulis mengajak kita membina satu gedung budi yang bertapak kuat dalam dada setiap anak untuk menjadi anak negeri yang baik.
398 143 - PublicationOpen AccessKisah KGMS: Suatu kenangan [The story of KGMS: A memory](1988-05-07)Muhammad Ariff bin AhmadUcapan ini adalah mengenai kisah Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura (KGMS) yang merupakan pengalaman daripada sudut penyampai. Ia menyelubungi penubuhan KGMS di mana ia didaftarkan sebagai kesatuan sekerja, pusat KGMS di mana ia beroperasi sehinggalah perjuangan KGMS untuk memperbaiki taraf hidup, ilmu serta latihan untuk ahli-ahli KGMS. Ia juga telah menganjurkan pertemuan kesusasteraan untuk memajukan bahasa Melayu di Singapura. Penyampai juga menyalinkan surat keberhasilan perjuangan KGMS (tentang kenaikan gaji guru-guru) dan juga tulisannya tentang peristiwa pelibatan KGMS dengan soal-soal kebangsaan.
135 118 - PublicationOpen AccessMajlis Bicara Ilmiah II [Bicara Ilmiah II event](2000-08-12)Muhammad Ariff bin AhmadUcapan ini disampaikan dimajlis Bicara Ilmiah II Singapore sempena Bulan Bahasa 2000. Penyampai membincangkan perjalanan Bulan Bahasa Melayu (BBM) dan juga apabila bahasa Melayu diangkat menjadi bahasa Kebangsaan bagi Singapura sejak Mei 1959. Beliau juga berkongsi perkembangan bahasa Melayu baku dalam segi pendidikan dan bagaimana BBM dipuncaki dengan penyampaian Hadiah Sastera dan Hadiah Persuratan yang diberi nama Anugerah Tun Seri Lanang. Ketika BBM2000 diadakan pula, ada yang menyatakan bahawa 'pesta' bulan bahasa ini adalah ibarat 'melepas batuk ditangga' sahaja dan beberapa wira Bulan Bahasa telah menjawab, membidas dan menyanggah anggapan itu. Penyampai mengongsikan madah seorang sasterawan, Surapathy, yang menasihati kita supaya memeriksa diri sama ada usaha BBM yang dipertingkat dan diperhebat setiap tahun itu sudah selesai atau sampai matlamatnya. Pada hemat penyampai, kita masih dalam proses mencapai matlamat dan mengesyorkan selesainya BBM2000 ini, diadakan kegiatan Mingguan Bahasa untuk menggarap teori-teori yang telah dikumpulkan sepanjang 12 atau 18 tahun itu dan menggunakan bahasa Melayu Baku dalam kehidupan kita seharian.
338 112 - PublicationOpen AccessMajlis Keharmonian Aidilfitri 1997 [1997 Aidilfitri Harmony Event](1997-03-02)Muhammad Ariff bin AhmadUcapan disampaikan dengan iringan doa dan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Budaya atau kultur selalu diterjemahkan sebagai cara-cara manusia hidup atau 'way of life' tetapi bagi orang Islam, yang dimaksudkan 'way of life' ialah agama. Oleh sebab orang Melayu beragama Islam, maka sistem dan nilai hidupnya terikat kepada kedua-duanya, iaitu agama dan budaya. Untuk memelihara dan mengamalkan kebudayaan Melayu, para budayawan telah bersetuju terhadap beberapa hal tentang agama dan budaya; mengekalkan nilai budaya selaras dengan ajaran Islam, meninggalkan nilai-nilai negatif yang bertentangan dengan Islam dan memperkenalkan nilai-nilai progresif yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Penyampai juga berkongsi pengalaman membentangkan kertas kerja di Seminar Adat Melayu se-Nusantara dan mewakili pihak Melayu Singapura. Seminar itu telah menggariskan 10 teras kebudayaan demi perkembangan hidup orang-orang Melayu Singapura. Penyampai mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang akan menerima sijil terutama yang akan menerima Hadiah Cemerlang. Mudah-mudahan pencapaian itu akan menjadi contoh kepada rakan-rakan mereka yang sedang mendaki kejayaan dan menjadi pendorong untuk mereka mencapai kejayaan yang lebih tinggi lagi. Penyampai mengucapkan syabas kepada ibubapa pelajar kerana memberikan peluang pada pelajar-pelajar mendapatkan bimbingan unutuk mencapai keselesaan kehidupan duniawi dan ukhrawi dengan menghantar anak-anak ke sekolah sekular dan madrasah.
318 72 - PublicationOpen AccessMajlis pelancaran majalah: Ibu, Pesona dan Usahawan Sukses [Launch of the magazines: Ibu, Pesona and Usahawan Sukses](2000-01-28)Muhammad Ariff bin AhmadUcapan ini disampaikan di majlis sempena pelancaran tiga buah majalah Malaysia: lbu, Pesona dan Usahawan Sukses. Ketiga-tiga majalah terbitan ini menggunakan bahasa Melayu baku, iaitu bahasa Melayu standard yang difahami sekalian umat Melayu yang mendiami alam Melayu seluruhnya. Majalah 'Ibu' itu membentangkan isu-isu yang mengenai keibuan, seperti mendidik dan mengasuh anak. Majalah 'Usahawan Sukses' pula selain dari memaparkan profil usahawan-usahawan yang berjaya, ia juga memberi banyak petua bagaimana hendak menjadi usahawan yang berjaya. Kandungan majalah 'Pesona' tertumpu pada hal-hal yang pelik tetapi benar. Dengan kehadiran tiga majalah itu ke alam bacaan pembaca di Singapura diharapkan ia akan menjadi jambatan yang menghubungkan pembaca dan penulis kededua daerah dengan mengadakan wadah karya tulisan penulis-penulis Singapura dalam majalah-majalah tersebut. Akhirnya penyampai berharap dengan kehadiran ketiga-tiga majalah itu akan mendatangkan manfaat kepada pembaca, penulis yang menyumbang, penerbit dan juga kepada sekalian pembeli yang melariskan pemasaran.
273 79 - PublicationOpen AccessMajlis penutup: Perkhemahan Sastera Pelajar Pra-U Tampines JC [Closing ceremony: Tampines JC Pre-U Students' Literary Camp](2001)Muhammad Ariff bin AhmadUcapan ini disampaikan di upacara penutup perkhemahan sastera untuk para pelajar Program Bahasa Pilihan Melayu. Perkhemahan bertujuan untuk memperkenalkan, memupuk, memajukan serta memperkembangkan kesusasteraan Melayu dalam kalangan intelek Melayu di Singapura yang akan datang. Kaitan sastera dengan bahasa dan budaya amat rapat. Bahasa adalah perakam, pemangkin dan wahana sastera. Budaya pula adalah isi dan jiwa bagi sastera. Cikgu Muhammad Ariff Ahmad merujuk kepada watak Kitul dalam Hikayat Hang Tuah dan juga Sejarah Melayu yang mewakili orang yang gemar berbicara tentang apa yang mereka tidak tahu. Cikgu berpendapat bahawa masih ramai yang berbicara dengan menggunakan istilah yang mereka tidak fahami. Peranan penting ASAS 50 juga disentuh. Selepas penubuhannya, ASAS 50 telah berunding dengan penerbit-penerbit agar para penulis diberikan honorarium. ASAS 50 juga telah mengadakan forum untuk membincangkan slogan 'seni untuk seni' dan 'seni untuk masyarakat'. Dalam mesyuarat agung ke-46 (2001), ASAS 50 telah menyatakan rancangannya untuk mengadakan Akademi Sastera dan Hibah Sastera. Kedua-dua projek ini akan melibatkan kegiatan kesusasteraan di sekolah-sekolah rendah hingga ke peringkat Pra-Universiti. Cikgu Muhammad Ariff berharap khemah sastera ini dapat menggalakkan para peserta untuk mendalami pengetahuan bahasa Melayu di samping mengenali sastera dan budaya.
361 122